TB diberitahu rakan, ada penyampaian Hadiah Sastera Johor semalam (30 Julai 2011) anjuran Yayasan Warisan Negeri Johor. TB pun tidak begitu sangat mengikutinya. TB pun tidak tahu dan tidak pasti susur-galurnya.Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain, sudah tidak dipedulikan orang pada era yang serba kebendaan ini.
Apatah lagi teman-teman penulis dan penggiat seni budaya yang pernah berganding bahu bersama TB pada tahun-tahun 1970-an dan awal 1980-an di Johor ramai yang telah kembali ke rahmatullah.Sekadar ingatan dan sedekah al-Fatiha buat Allahyarham Kadir Bawok,Aris Tahir (Said Tahir), Mahfar Tahir, Jufri Sitam, Saparman Bakri dan lain-lain; semoga Allah menempatkan roh mereka di kalangan para solihin.
Sesekali untuk menghilangkan rindu lama, TB ke Batu Pahat bertemu Cikgu Said Jamhari (Said Johor) yang kini berusia 70-an untuk bertanya khabar sambil bercerita nostalgia. Walaupun jarak usia TB agak jauh dengan mereka tapi hubungan kami agak akrab.TB sememangnya menghormati penulis vateran kerana daripada mereka TB timba pengalaman yang serba rencah ragamnya.Ada juga TB bertemu Zam lsmail yang kini dengan dunia persaraannya. TB tabik kerana Zam bukan sahaja berjaya dalam kerjaya dan penulisan bahkan pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Johor dan Tokoh Guru peringkat kebangsaan suatu waktu dahulu. Tahniah! TB tidak tahu di manakah kini lsmail Kayat, Haji Juraimi, Jumanoh Abdul Bunga....jika ada sesiapa yang mengenalinya beritahulah TB.
Apapun Hadiah Sastera Johor yang disampaikan semalam, TB tidak pasti sama ada tetap stereotaip atau ada kelainan. TB ingin tahu siapakah para hakim/pengadil atau jurinya yang bijaksana itu yang memilih para pemenangnya.Oleh kerana hadiah ini bukan suatu pertandingan tetapi suatu penilaian berdasarkan karya-karya penulis 'anak-anak Johor' yang telah tersiar di mana-mana media dalam tempoh tertentu maka ketidakterbatasan tema, bentuk,bahasa, mesej dan visi tentulah menjadi ukuran dan nilai taranya.
Justeru, memilih karya berdasarkan objektif dan falsafah tertentu TB rasa kurang mengena. Lebih-lebih lagi nama-nama penulis/penyair yang ada tercatat dalam karya-karya yang dikirimi tidak dapat mengelakkan daripada elemen-elemen prasangka.Apapun hendak dikata apa..biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Salam kemenangan kepada semua. Masih TB ingat .'sekali menulis,tetap menulis'. (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan