Salam Perjuangan

19 Mac 2015

TANAH JOHOR


Ampun Tuanku. Patik hamba rakyat Johor faham...tetapi Tuanku apa yang menggusarkan rakyat keturunan patik lama kelamaan '10,20.50 tahun akan datang akhirnya Johor 'dikuasai,ditadbir dsb' oleh Singapura. Contoh Shenzen - Hong Kong boleh diterima tetapi tidak sama sbb Shenzen-Hong Kong mereka di bawah SATU NEGARA,SATU BANGSA....Singapura-Johor berbeza politik tadbir dan bangsanya.Contoh klasik hampir/lebih 100 tahun lalu bagaimana Almarhum Sultan Hussin (Tengku Long Hussin? jika tidak silap patik) 'memajak' Singapura kepada Raffle Singapura semata-mata mahu mendapat elaun maka apa sudah jadi dengan Singapura yang suatu masa dahulu 'milik kita'? Ampun Tuanku....