Salam Perjuangan

18 Julai 2011

DR LO' LO' KEMBALI KE RAHMATULLAH : AL-FATIHAH



AHLI  parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. 

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.(sumber:HD, 17/7/11)


TB: Kami mendapat pengesahan berhubung kembalinya Allahyarham ke rahmatullah kira-kira jam 10.13 malam 17 Julai 2011 (Ahad). TB, team TBD dan ahli keluarga kami merakamkan setinggi-tinggi tahziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dimasukkan Allah SWT bersama-sama di kalangan para solihin dan syuhada. Walaupun TB mengikuti perkembangan dan mengenali YB Dr Lo'Lo' secara jauh tetapi TB kagum dengan semangat juang serikandi bunga bangsa ini.Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Al Fatihah. 

Tiada ulasan: