Salam Perjuangan

25 Julai 2011

KASIH SAYANGKU TERHADAP WANITA

KASIH sayangku kepada wanita umpama bunga yang mekar.Apatah lagi wanita ibarat permata yang terkubur di lembah kejahilan.Kemudian kehebatan wanita lantaran kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum mawar yang mekar mewangi disinari cahaya dek insan yang berbudi luhur.

Justeru Rasulullah S.A.W telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi sehingga pengorbanan wanita sentiasa dikenang oleh setiap insan lantaran lagi kelembutannya yang luhur menyejukkan hati insan yang memandangnya.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan kehinaan akibat dosa yang dilakukan.Namun wanita yang suka mendedahkan aurat dan 'bersahabat' dengan iblis serta melakukan dosa menyebabkan mereka menjadi penghuni neraka. Nahuzubillah.....

0leh itu wanita yang memahami hakikat kewanitaannya sahaja akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya sendiri ke jalan yang diredai Allah S.W.T. (diolah dan disesuaikan daripada buku 'Curahan Kasih Suami,Penerbit Darul Nu'man: Kuala Lumpur:2009)


TB amat merasakan betapa wanita amat perlu hadir dalam kehidupan seorang lelaki.Bahkan jikalau dari sudut positif ada dinyatakan kejayaan mercu  puncak hidup seorang lelaki (suami) boleh dinilai; siapa pendamping atau suri dalam kehidupannya.Teringat TB sebuah lagu nyanyian lto yang ada menyebut bahawa perempuan itu adalah penawar dan juga racun....perempuan itu adalah ibu,anak, isteri dan kekasih bagi seorang lelaki.....Sayangilah wanita ke arah kebaikan ke jalan Allah kerana Allah jua.

Tiada ulasan: