Salam Perjuangan

20 Julai 2011

BRUNEI: OH, ASTERAWANI BRUNEI: KAMI RINDU "GEMA NUSANTARA"

TB menerima pertanyaan beberapa teman berhubung dengan penerbitan antologi GEMA NUSANTARA yang  merupakan antologi puisi sempena Pertemuan Penyair Nusantara di Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam, Julai 2010 lalu (jikalau silap,TB pohon maaf).

TB secara peribadi pernah juga bertanyakan kepada Sdr ZefriArief, Setiausaha Asterawani Brunei yang tampak sibuk , hilir-mudik dan mundar-mandir sewaktu berlangsungnya pertemuan tersebut. Zefri memberitahu segala-galanya dalam proses penerbitan dan akan menyusul kelak. Namun hingga saat ini, sudah hampir satu tahun, khabar dan bayangannya pun TB tidak pernah dengar, tidak pernah tahu lagi.

TB harap apa yang dikata sewajarnya dikotakan. TB pernah mengenali baik teman-teman Brunei di sana; mesra dan kerap ingatkan sahabat-taulan di Semenanjung Malaysia ini. Apa khabar Hj Daud Taha,Hj Mohamad Haji Omar, Awang Pawi, Dr Haji  Abdullah dan lain-lain? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak! (TB).

Tiada ulasan: