Salam Perjuangan

24 Julai 2011

KURANG HORMON PUNCA UBAN?



MEWARNAKAN RAMBUT SERING DILAKUKAN UNTUK MENUTUP UBAN.


SAHABAT saya Nuri mengeluh kerana rambutnya nipis dan beruban. ‘‘Kalau tak pergi ke saloon sebulan sekali bagi mewarnakan rambut sudah tentu saya akan kelihatan seperti berusia 70-an,’’ katanya. Nuri berasa hairan kerana ibu dan bapanya mempunyai rambut yang hitam dan lebat. Jika dikira faktor keturunan sudah pasti dia dari jenis keturunan berambut lebat tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Usia Nuri baru menginjak empat 4o tahun namun rambut banyak yang beruban. Ini membuatkan Nuri mencuba pelbagai jenis rawatan bagi memulihkan semula rambutnya. Sebut saja jenis rawatan pasti dia telah pun mencuba. Namun hasil yang diperolehi kurang memuaskan.

“Mengapakah sesetengah orang macam saya cepat beruban? Apakah rawatan terbaik? Adakah harapan bagi saya untuk memiliki rambut hitam dan lebat semula?” tanya Nuri bertalu-talu.

Menurut kajian seorang profesor anti-penuaan, kekurangan melanocyte stimulating hormone (MSH) boleh menyebabkan rambut cepat beruban. Menurutnya MSH merupakan hormon jenis peptide yang dihasilkan di dalam otak kita. Hormon ini dihasilakan dari satu molekul panjang (pro opiomelanocortin) dan akhirnya berpecah kepada beberapa hormon lain. Kekurangan hormon ini boleh jadi disebabkan faktor kurang protein tertentu dalam darah atau berkaitan dengan faktor hormon adrenal yang kurang.

Fakta menarik mengenai hormon MSH
- Penting bagi menstimulasi sel sel melanosit yang mengeluarkan pigmen pada kulit dan rambut kita. Pigmen berwarna ini dinamakan melanin.

Apabila matahari memancar MSH akan bertindak meningkatkan pengeluaran melanin yang turut menjadi sunblock iaitu sel tabir suria yang penting. Secara tidak langsung ia melindungi diri daripada terkena kanser kulit atau sebarang masalah berkaitan matahari.

- MSH juga menghalang rambut daripada menjadi beruban. Kajian saintifik menunjukkan kehadiran MSH memulihkan rambut uban menjadikan ia hitam semula. Lebih-lebih lagi apabila rawatan dibuat dengan menggunakan hormon yang saling bertindak secara synergistic keputusan yang didapati adalah memuaskan.

- MSH mengurangkan selera makan. Seseorang yang kurang MSH didapati mudah menjadi gemuk disebabkan peningkatan ini.

- MSH turut mengurangkan keradangan kulit dan membantu seseorang yang mengalami ekzema

- MSH meningkatkan keupayaan seksual menjadikan seseorang itu lebih berminat terhadap hubungan seks. Bagi wanita ia meningkatkan rangsangan seks terhadap sentuhan dan bagi lelaki pula meningkatkan keupayaan seks menjadikan seseorang lelaki itu mampu berereksi lebih lama.

- MSH mungkin meningkatkan jangka hayat. Seseorang yang berambut hitam dan lebat hidup lebih lama dari seseorang yang tampak tua dan berambut putih.

Satu lagi kaedah menarik bagi meningkatkan pertumbuhan rambut ialah pengunaan PRP (Platlet rich plasma). PRP merupakan ekstrak daripada darah kita sendiri. Darah diambil daripada tubuh sebanyak 10 hingga 12 cc dan kemudian diproses menggunakan mesin khas. Darah yang diproses diambil patinya di mana ia mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan stem sel dan juga hormon tertentu. Ia kemudiannya disuntik pada kulit kepala.

Di negara-negara maju seperti Korea, Amerika Syarikat dan negara Arab, mereka menggunakan PRP meskipun setelah rawatan tanam rambut dibuat. Ia kerana PRP menjadikan rawatan tanam rambut lebih berjaya dan peratusan rambut tumbuh adalah lebih banyak. Suntikan PRP juga sering digunakan untuk memudakan kulit muka dan hasilnya amat baik sekali. Suntikan PRP pada muka mengurangkan garis halus membuatkan kulit tampak mulus dan lebih baik.
PRP juga sesuai digunakan bagi menyembuhkan luka kerana ia mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Bagi pesakit kencing manis yang mempunyai luka yang sukar untuk sembuh, luka yang sedikit boleh menjadi parah sehingga membawa kepada potong kaki. Maka kaedah sebegini boleh digunakan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka itu. Biasanya PRP disapukan sahaja pada kawasan luka selepas luka dicuci. Proses ini membuatkan luka cepat sembuh.

Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara membangun dan belum mencapai taraf negara maju, namun kita tidak ketinggalan dalam bidang perubatan anti penuaan. Selain sikap terbuka kerajaan, sokongan perlu diberikan kepada doktor serta saintis dalam bidang ini bagi membolehkan kita mencapai tahap yang lebih tinggi. Kritikan berasakan pengetahuan yang cetek tanpa memberi ruang kepada penigkatan ilmu dalam bidang ini akhirnya akan merugikan negara kita. Pelancongan perubatan bukan sahaja menyaksikan orang luar datang menjalani pembedahan. Mereka turut mahu meningkatkan penampilan dengan mencuba pelbagai jenis perubatan anti penuaan di negara ini kerana kosnya jauh lebih murah berbanding di negara mereka.(sumber: UM,24/7/11)

TB dimaklumkan bahawa hormon MSH ini boleh didapati dengan menemui doktor di klinik. 

Tiada ulasan: