Salam Perjuangan

25 Julai 2011

PENGIRAN ANAK PUTERI 'AZEMAH TERIMA SARJANA : TAHNIAH DAN SYABAS!




Pengiran Anak Puteri 'Azemah menerima penganugerahan ijazah Sarjana.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah berkenan menerima penganugerahan Ijazah Sarjana (M.A.) dalam Global Media and Postnetionel Communications with Merit dari School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar  berkata, penganugerahan Ijazah Sarjana itu disembahkan ke hadapan majlis Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah oleh Baroness Helena Kennedy, QC, Presiden School of Oriental and African Studies.

Majlis penganugerahan berlangsung di Hogan Hall, Institute of Education, University of London.Berangkat hadir ke majlis penganugerahan berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Bonda Yang Teramat Mulia.(sumber: MP)

TB ucapkan tahniah kepada 'Tuan Puteri' yang manis rupawan ini kerana kejayaan memperoleh ijazah sarjana pada usia muda. Semoga 'Tuan Puteri' akan dilindungi Allah SWT dalam sihat sejahtera dan terus maju lagi meraih kejayaan akademik di peringkat kedoktoran. TB masih teringat pada masa lalu, apabila berjoging di trek pinggiran Sungai Damuan seringkali TB merasakan kedamaian alam di lstana Nurul lman.

2 ulasan:

alisha berkata...

Tahniah TB, alisya pernah jua berada di brunei bersama keluarga tika dulu tenang dan mendamaikan,

TIUB BOCOR berkata...

Tentu ada meninggalkan memori indah di Brunei ya...T.Kasih.