KEMENTERIAN Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.
"Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian. "Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini, hari ini.
Rais berkata, kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya. - (sumber:Bernama, 16/7/11)
TB : Semasa Datuk Rais Yatim jadi 'orang kuat' Parti Semangat 46 dahulu (kini telah dibubarkan) sebagai Timbalan Presiden parti, TB sering ikuti ceramah dan tulisan beliau yang panjang lebar di beberapa akhbar tabloid.Kebetulan TB dahulu peminat beliau kerana latar belakangnya seorang guru yang asalnya lepasan MPB,Lembah Pantai kemudian sambung belajar dalam LLB dan PhD dalam bidang guaman. Ketirisan berbahasa dan kemahiran berbahasa Melayu yang baik membuatkan TB , tabiklah. Namun begitulah, sekali bah, sekali juga pasir berubah.Rais Yatim mungkin bukan Rais Yatim yang dahulu. TB tidak mahu banyak komen. Apapun Himpunan Bersih 2 itu Rais Yatim tentu tahu apa petanda,ikon dan isyarat daripada rakyat kerana beliau pernah berada di luar UMNO/BN dahulu. Membuat kaji selidik dirasakan membuang masa dan menghabiskan wang rakyat. Sebenarnya memorandum 'Bersih 2' gabungan daripada beberapa NGO telah cukup membantu pihak BN atau kerajaan bertindak ke arah penambahbaikan. Terima dan kaji serta bertindaklah memorandum daripada bersih itu. Apa kata untuk UMNO bacalah tulisan TB dalam Malaysiakini untuk Pemuda UMNO yang disiarkan semalam 15 Julai 2011. Mudah-mudahan UMNO boleh berubah bagi menjamin kelansungan dan jangka hayat. Jika tidak UMNO akan tinggal jadi sejarah menjelang PRU 13 akan datang. Percayalah, jangan sudah terantuk baru nak terngadah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan