Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.
Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
Kriteria lain adalah:
• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan daripada badan-badan di luar UiTM
Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.
Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.
Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.
Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.
Beliau kini memimpin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.(sumber:MK,19//11)
TB: Baguslah macam ini Tok Yim! Syabas dan tahniah. Jangan seperti sesetengah individu atau personaliti lain yang 'cakap tak serupa bikin'. Mekanisme yang Tok Yim buat ini amatlah molek. TB harap pantau-pantaulah pelaksanaannya. Janganlah nanti 'tokoh-tokoh' pelajar yang dipilih yang kaki ampu dan kaki bodek .Nanti kesudahannya tidak sampai ke mana. Apa yang kita mahu 'tokoh pelajar' yang terpilih kelak ada jati diri, ada daya juang dan kepemimpinan, bertakwa dan bermaruah, bersikap neutral demi kebenaran, di samping cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.Syabas!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan