Salam Perjuangan

06 Julai 2011

PROFESOR KANGKUNG : ELAKKAN MENJADI BAHAN MOMOKAN

PROFRESOR seharusnya memainkan peranan bukan sekadar sebagai cendekiawan di peringkat universiti tetapi juga sebagai pemikir kepada negara dalam menyelesaikan isu-isu rakyat untuk membantu pemimpin negara.


Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, peranan profesor di universiti sebagai pendidik dan penyelidik tetap penting tetapi pada masa kini negara juga memerlukan pemikir hebat yang mampu membantu menyelesaikan masalah-masalah dalam negara.

Beliau berkata, peranan MPN yang ditubuhkan kira-kira setahun lalu adalah untuk menggerakkan peranan profesor melangkaui menara gading dan juga boleh turun padang serta mendampingi rakyat.

"Profesor seharusnya bertindak sebagai pemikir negara, profesor sebagai tonik intelektual, profesor sebagai pencetus idea dan juga sebagai penyelesai masalah yang harus menjadi penting bukan kepada universiti tetapi juga relevan kepada masyarakat.

"Ini adalah satu peranan yang saya lihat masih asing lagi dalam kalangan ramai di antara kita (profesor) tidak seperti di negara maju yang mana kumpulan intelektual sebegitu kukuh dan pandangan mereka dihormati oleh masyarakat,” katanya ketika berucap pada hari pertama Kongres Profesor Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - ( sumber : Bernama, 6/7/2011)

Tiada ulasan: