Salam Perjuangan

17 Julai 2011

TIUB BOCOR DAILY: ADA PRINSIP & PERJUANGAN TERSENDIRI

TB mahu menegaskan bahawa blog tiub bocor daily blogspot tetap berpegang teguh prinsip mandiri, berkecuali, neutral dan berpihak kepada kebenaran. Walaupun TB pernah dipelawa berpihak kepada 'parti A' atau ' parti B' tetapi buat masa ini TB tetap berprinsip berpihak kepada kebenaran. Hasrat TB dengan menghulurkan salam perjuangan semata-mata untuk memupuk kesedaran minda pembaca budiman agar sentiasa subur dengan fikiran tajam yang kritis dan kreatif.

TB tetap percaya dan yakin para pembaca semua memiliki daya cendekia dan mampu menafsir setiap figura alam yang terkembang ini dengan pelbagai wajah dan metafora.TB menaruh harapan pembaca Tiub Bocor Daily saban hari akan meningkat daya keintelektualannya. TB tidak perlu menyajikan bahan tulisan atau sumber petikan  yang panjang berjela-jela andainya tidak mampu diterjemahkan oleh pembaca.Justeru memadailah bersifat wahana sederhana tetapi bermakna.

lnsya-Allah dengan disiplin psikolinguistik dan pelbagai disiplin yang secebis TB miliki mudah-mudahan pengalaman silam TB dalam bidang kewartawanan, pendidikan dan komunikasi massa dapat TB terapkan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Salam perjuangan! (TB) .



Tiada ulasan: