Salam Perjuangan

28 Februari 2011

KERAJAAN LULUSKAN 45 RIBU PEKERJA ASING: BUKAN TAMBAH LAGI MASALAH JANGKA PANJANG?

KERAJAAN bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, hari ini.

NONEBeliau berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.
"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) oleh bekas presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur. (sumber: baca penuh Malaysiakini, 28/2/11)

 APABILA TB bertanya seorang YB Ahli Parlimen menerusi SMS beliau dengan spontan menjawab 'kena tanya Samy Vellu'. TB menjangkakan beliau hanya melawak dan membalas dalam bentuk lawak juga.Dan apabila bertanya dengan seorang pemimpin kanan NGO dan juga merangkap YB Ahli Parlimen beliau seolah-olah terkejut,tidak tahu lalu bertanyakan daripada mana TB dapatkan maklumat sahih ini.Lalu TB bertanyakan seorang mantan pegawai kanan kerajaan yang telah bersara; beliau terkedu dengan beberapa isu mutakhir yang sangat mengganggu kesejahteraan rakyat hari dan pada masa akan datang.

Apapun dengan kebanjiran dan kemasukan pekerja asing khususnya dari lndia apakah ini tidak menimbulkan masalah survival hidup pada masa akan datang? Apakah tidak mungkin kerana banyak keselesaan para pekerja ini akan selesa menetap di Malaysia dan ; 'bukan mustahil' pada masa akan datang mereka akan mendakwa tidak ada surat kelahiran Malaysia atau surat beranak ataupun tiada kad pengenalan (KP/lC), tidak perlu disangsikan.Baik kaum lndia Malaysia atau tempatan atau pekerja lndia dari lndia (lndian National) tidak ada perbezaan;agak sukar dikenali jika mereka boleh bertutur dalam bahasa Tamil dan juga bahasa Melayu.Marilah kita berpandangan jauh nun jauh ke masa hadapan!

27 Februari 2011

BOLEHKAH PAS GANTIKAN UMNO?


Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
BARISAN Nasional (BN) dikatakan belum 'nazak' dan belum mahu 'bertaubat' kembali kepada rakyat walaupun slogan "Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan' sering dilaung-laungkan satu Malaysia.Projek mee segera yang diicurahkan menjelang setiap kali Pilihan Raya Kecil (PRK) bagaikan seperti 'takutkan hantu' dan bayang-bayang yang tidak dipastikan kewujudannya.

Malahan yang anehnya kian terbalik; yang majoriti terabai-abai bagai si peminta sedekah di tanah air nenek moyangnya manakala yang minoriti kian 'naik tocang'.Di manakah ketegasan pemimpin yang berkuasa yang kononnya menjunjung kedaulatan Perlembagaan Persekutuan?Yang kononnya menjadi dominan dalam gabungan barisan tersebut?

Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan pula kian ghairah mahu melaksanakan misi utama ke Putrajaya terus  memutarkan isu-isu  lama dan baru yang boleh menjadi ukuran kejayaannya melakar besar peta kemenangannya menjelang PRU ke-13 nanti.

Namun  perkiraan sama ada menang jadi arang,kalah jadi abu haruslah juga difikirkan semasak-masaknya. Apatah lagi kini sebahagian besar para pemimpinnya yang rata-ratanya lebih selesa menghirup udara kemerdekaan lahir pada zaman pascamerdeka 1957 belum faham erti sebenar penderitaan kesan persengketaan sesama sendiri.

Namun begitu mujur PAS sejak dahulu hingga kini masih konsisten dan senada paksi perjuangannya.lslam dan Melayu yang sinonim dan menjadi tunggak dan asas bersandarkan sejarah dan antropologi telah bertapak sejak ratusan tahun yang silam.
Bukan mustahil kelak juga  PAS boleh menggantikan UMNO dan bersedia berganding bahu,bekerjasama dengan ‘parti adik-beradik’ yang lain menegakkan keadilan mengikut acuan lslam yang sebenarnya.Bahkan nama PAS (Parti lslam Se-Malaysia  yang berasal daripada ejaan Melayu Jawi)  tidak ramai menyedari  telah lama menggambarkan semangat ‘Satu Malaysia”. lmbuhan ‘Se’ bermakna satu atau tunggal.Dan dengan maksud yang mudah   Se-Malaysia  itu sinonim  dengan Satu Malaysia.Justeru slogan satu Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.PAS telah lama berjiwa satu Malaysia!
Dalam satu konvensyen baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz NIik Mat telah mendedahkan bahawa  Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan UMNO terhadap orang Melayu?
"Dasar DEB digagalkan pemimpin UMNO sendiri dan hanya mengayakan kroni mereka sahaja," katanya.Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.
"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengetepikan Melayu.
"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengetepikan Melayu kerana Melayu bangsa dominan di negara ini.
"Namun PAS sering dtuduh mengetepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.Dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan ini, apakah UMNO boleh menidakkannya?

Kendatipun bukan sesuatu perkara yang mudah, aliran perkauman dalam minda setiap rakyat mahu dirobohkan hatta di kalangan pemimpin bukan Melayu yang kononnya mahu berkonvoi menentang rasisme namun adalah lebih baik setiap orang pandang cermin lihat wajah masing-masing.

Kini dilaporkan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) pula  mahu menjadi ‘kuasa ketiga’ dengan idealisme politiknya mahu mengwujudkan  sebuah perikatan  bagi Sarawak dan Sabah  dengan apa yang dinamakan 'Barisan Bersatu' sebagai gabungan parti alternatif bagi menggantikan BN.

Justeru politik negara kian panas menjelang PRU ke-13 ini. Politiking yang makin hangat ini mengingatkan   penulis kepada  Allahyarham Tun Razak yang pernah  berusaha mengurangkan politiking selepas tragedi 13 Mei 1969. Dengan kelahiran BN yang mana PAS, Gerakan, PPP dan lain-lain parti  ketika itu turut bergabung sama dan seterusnya melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain.

Yang nyata ketika itu semua pihak berganding bahu  semata-mata untuk rakyat bagi merapatkan pelbagai aneka jurang dalam masyarakat.Sayangnya kerana fitnah ,dengki dan iri hati PAS ditendang keluar daripada BN.Bak kata bidalan ‘habis manis, sepah dibuang’.

Kini kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri dan kepada sesiapa: apakah agenda para pemimpin politik dan parti-parti politik hari ini sama ada yang besar atau serpihan yang sebenarnya?.Apakah hala tuju mereka mahu ke mana?Apakah mereka benar-benar membela nasib rakyat?Adakah mereka datang dari rakyat untuk rakyat? Jawapannya ada di tangan rakyat. (sumber: oleh Dr Rajiee Hadi, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia)

26 Februari 2011

MERLIMAU TERKINI : 26 FEBRUARI 2011


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
BN diwakili Anggota Jawatankuasa UMNO, bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, manakala calon Pas ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan jam 11 pagi, di akhir proses penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di Merlimau dekat sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada pukul 11.28 pagi.

PRK DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh pengundian(sumber terkini: Bernama,26/2/11)

Berikut yang sempat TB rakamkan sekitar DUN Merlimau yang menyaksikan antara ketenangan,kedatangan dan kehadiran silih berganti, kegiatan ekonomi sara diri bergerak seperti biasa, pemasangan projek mee segera,kibaran bendera parti-parti yang bertanding dan pelbagai aneka suasana pada hari ini. Menyusuri  kampung-kampung dalam DUN Merlimau seperti Kampung Merlimau Pasir, Sebatu, Pangkalan Samak, Taman Debunga dan lain-lain suasana masih damai dan tenang.Namun di sana sini anggota pasukan keselamatan PDRM bersiap sedia mengawal keadaan, Selamat berkempen!













25 Februari 2011

BRUNEI DARUSSALAM: HARI KEBANGSAAN KE-27 DIRAIKAN GILANG-GEMILANG




Baginda Sultan berkenan memberikan tabik hormat.

Sebahagian tetamu kehormat yang turut sama memeriahkan upacara sambutan.

Pemandangan dari atas suasana sambutan Hari Kebangsaan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan
Antara pasukan beruniform yang mengambil bahagian.

Keriangan terpancar di wajah para peserta.




UPACARA  perhimpunan raksasa sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-27 Rabu, 23 Februari 2011 diraikan dengan penuh gilang-gemilang serta warna-warni.
Lebih 24,000 peserta daripada semua lapisan masyarakat sama-sama mengambil bahagian meraikan sambutan penuh bermakna itu. Kebanyakan peserta mula mengambil tempat masing-masing di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sejak awal pagi lagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan itu

.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat-kerabat diraja berkenan berangkat menghadiri upacara perhimpunan raksasa sambutan Hari Kebangsaan ke-27 pada tahun ini yang bertemakan Negaraku Brunei Darussalam. (sumber: Media Permata , 24/2/11)

24 Februari 2011

PERIBADI NASIONAL: BAHANA MERDEKA SEPARUH MASAK


 
KEGAGALAN pembinaan keperibadian nasional adalah disebabkan kegagalan tekad politik dan budaya pihak pemerintah yang lebih terpengaruh dengan bentuk penjajahan baru.
Senator Dr Syed Husin Ali berkata, inilah bahana yang menimpa negara apabila kemerdekaan yang diperolehi dalam bentuk separuh masak menyebabkan timbul berbagai-bagai isu meski,Tanah Melayu (Malaysia) telah lama merdeka.

Menurutnya, negara kita ini kompleks bentuknya kerana rakyatnya majmuk berbilang keturunan dari itu, timbullah tuntutan terhadap hak mereka yang mana kerajaan mesti melihat ini sebagai cabaran.

"Cabaran perlu dihadapi dengan baik dan dan tidak boleh menggunakan kuasa untuk menekan cabaran, bukan hanya hadapi cabaran tetapi mesti mendengar dan mengambil tindakan mengatasi masalah yang timbul tersebut," tegasnya.
Syed Husin menegaskan demikian ketika mengulas buku Kumpulan Esei 29 Budayawan Bertindak hasil tulisan 29 Penulis terbitan Persatuan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) dalam program Bicara Karya, kelmarin.

Majlis anjuran Paksi ini diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dekat sini turut menampilkan Seniman Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Pegawai Unit Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohamad Daud Mohamad dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kesusasteraan UKM, Che Abdullah Che Pa.

Ucapan pembukaan dilakukan oleh Presiden Paksi, Che Shamsudin Che Othman atau Dinsman dan penutup program separuh hari itu disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Puan Mastura Muhamad.
Mengulas lebih lanjut, Syed Husin yang juga seorang penulis yang banyak menghasilkan buku antaranya, Dua Wajah tentang kisah beliau diISAkan selama enam tahun bermula 1974, berkata, setiap penulis wajar bertindak mengikut apa yang ditulis.

Katanya, mereka bukan sahaja berfikir dengan akal, menulis dengan tangan tetapi mesti bertindak jika perlu di jalanan untuk menyampaikan tekad dan erti penulisan mereka.
Mengambil contoh, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bukan hanya berfikir dan menulis malah turun ke jalan raya untuk membuktikan apa yang dikehendakinya tercapai seperti dalam peristiwa bantah PPSMI pada 7 Mac 2009.

"Karya A Samad Said semakin kuat dan bertenaga selepas dari penyertaan beliau secara terbuka bersama dengan rakyat," tegasnya.(sumber: lsmail Hashim,Harakahdaily.net,24/2/11)

  

A HOPE FOR MERLIMAU STATE BY-ELECTION


by DR RAJIEE HADI

A Merlimau-born child staying outside the constituency told me that he was feeling the beat of the by-election 
drum for the Merlimau state seat in Melaka. The winner will be demanded to discharge his responsibilities to the people. Every empty promises will be evaluated by the people from time to time.

As such, we will see several surprise allocation and development budget to pour, especially the phenomenon of wanting to win the hearts of the non-Malay voters, the fence-sitters and voters who know to play their tricks.
What we do not want, the party which promises projects to not be deceived by the shrewdness of the minority voters who surface suddenly to take advantage of the situation.

Justice does not mean the concept of equality, but justice has to be at the right place.
We do not want the almost 100-year-old Kampung Simpang Panti mosque to be left rotten. We also do not want the religious school, with its wooden wall, to collapse, and we also do not want the road stretch between Merlimau town to Jasin to be in darkness at night and dangerous to motorists.

This is the scenario which should be given focus and among the requests by the Merlimau constituency for their prosperous living. No need to shout about construction aid and promise of site for SJK Tamil. Provide the assistance for the Indian children moderately and based on their needs.

We do not want projects, costing millions of ringgit, to lead to cronyism and corruption. We know and realize that in any by-elections, efforts to win the hearts of the voters is the main agenda. Nevertheless, we do not want a situation like ‘ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan’.

Therefore, it is better that the campaign and promises are made for the people who are being burdened with the increase in prices of goods and to ensure employment opportunities in the public and private sector for the thousands of unemployed graduates.

And not forgetting, to focus of efforts to protect the Malay/Muslim and bumiputera children in tandem with their rights in the Federal Constitution. What more, more than 60 per cent of voters in Merlimau are Malay/Muslim.
Another thing to remember , in promising projects and drafting the tenders, have the Malay/Muslim and bumiputera leaders ever think for a while how children of the natives in institutions of higher learning have to go on an empty stomach because their PTPTN loan is only enough to pay for their study fees and for hostel accommodation which are very costly now.

Is this the effect of the privatization policy which ignored the people’s welfare? The answer is in the people’s hands.
What is wrong with giving conditional scholarships to all bumiputera students in public institutions of higher learning (IPT) as a motivation for them to excel because their success uplift the image of the religion and race. Initially, many of us do not believe on the complaints by students in IPT and accused them of not wanting to be independent.

However, after I have scrutinized the fees and other charges imposed by the IPT now, then only do I realize their hardship. They hope, even if there is no scholarship, to abolish or minimize the hostel charges.
Be it known that the bumiputera children will be bogged down with debts and life pressures in future. In fact, they will also face various challenges in the ICT era .

This is one part of the life episode which has never been touched in a by-election! This does not include moral decadence among Malay/Muslim youths . Is this because of too much politicking by our present leaders. Actually, there are bigger problems ahead of us!

EXTREMIST GROUP NOT WANTED IN MALAYSIA


The entire Muslim community last week celebrates Maulidur Rasul. Various activitiesand events are being held in spiritually executing the teachings of the Messenger of Allah SAW to his followers.

At the same time, February 14th, two events were celebrated almost at the same time
with Maulidur Rasul. One is Valentine Day( for non-Muslim) and the other is World Interfaith
Harmony Week.The late of our national warrior, Lef.Adnan Mohd Saidi also in our memories.

Although there is a minor controversy on the celebration of Valentine Day due to
the difference in religious belief, it has not created any tension.
The reason why there is no such tension is because Malaysia does not practice
religious fanaticism.

The society of various religious backgrounds – Muslims, Buddhists, Christians,
Hindus and other believers are in good relationship with each other since a long
time ago. Although there are occasional rift taking place among them, it is
settled in quick fashion.

It is often reminded that if there is religious and racism extremist group in the country,
it will bring devastation not only to the country but also the entire world.
We should be thankful that such phenomenon doesn’t take place in Malaysia. As
explained by the Prime Minister, the source of racial tension in certain country
is not because of religious differences but the extremist teaching and line of
thinking.

Malaysia has shown that the different religious beliefs of its people not
necessarily brings major problem to the country.
Human relationship among people of various ethnic, race and religious is
necessary in order to create solidarity and harmonious living among the society.
In the early stage of Islam, the Messenger of Allah S.A.W had established good
relationship with other races like the Jews and Christians and penned agreement
with non-Muslim governments.

Although there is religious gap, the value system of togetherness that occurred
is capable of posturing communal peace and harmony.
Once again, religious differences is not a barrier for the multi-racial society
to carry out joint programme like confronting the issue of drug abuse, reducing
crime rate or creating clean environment.

Religious issue can be equated to fire – a friend when it is still small but an
enemy when it is big. Religious issue is very sensitive and it is for this
reason that the Prime Minister wants it to be discussed within the four walls.
If these issues are to be discussed in the open, it is feared that it can be
misinterpreted and spark tension to the point that it could be difficult to
settle.

So, Malaysians should respect the differences in religious belief because it is
the essence of a harmonious living.
Indeed, the teachings of Islam preached by the Messenger of Allah SAW among
others are to be resilience, trust, transparent, reject mismanagement and hate
corruption.

The universal Islamic value should be the guiding light by the people when
discharging the trust. Tolerance among the multi-racial society should be maintained so that peace and
stability will continue to prevail in the country, Malaysia is our country.(edited by TB)

23 Februari 2011

MELAYU : 7 PAHLAWAN GAGAH BERANI

HAMPIR 70 tahun yang lalu, pada 15 Februari 1942, Singapura telah jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Peranan penting anak-anak Melayu dalam peperangan itu tidak dapat dinafikan melalui penglibatan mereka di dalam Rejimen Askar Melayu ketika mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.
Menurut Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar, penulis buku Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, walaupun Rejimen Askar Melayu adalah satu pasukan tentera yang masih muda, kecil, tidak pernah diuji dalam peperangan dan diragui kemampuannya, askar-askar Melayu telah berjaya mempamerkan keberanian dan profesionalisme yang cukup tinggi semasa Perang Dunia Kedua.

Anggota Kompeni D daripada Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi semasa pertempuran di Sungai Bakap, Seberang Perai dan di Sungai Batu Pahat, Johor. Mereka telah berjaya melambatkan kemaraan Tentera Jepun dan membolehkan pihak British berundur ke Singapura.
Anggota Kompeni A dan Kompeni C, Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu pula menunjukkan keberanian mereka mempertahankan kubu mereka di Pasir Panjang dan Bukit Chandu sehingga ke titisan darah terakhir.

Umum tentu mengetahui tentang legenda keberanian Leftenan Muda Adnan Saidi daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu (The Malay Regiment) yang terkorban mempertahankan Singapura daripada serangan Tentera Jepun pada 14 Februari 1942. Allahyarham diangkat menjadi ikon pahlawan negara yang disanjungi rakyat jelata melalui penulisan buku dan juga filem.

Semangat juang dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh askar-askar Melayu semasa Perang Dunia Kedua telah berjaya menghakis tanggapan negatif pihak British bahawa orang Melayu mampu berdiri sama tinggi dengan askar-askar Komanwel yang lain.
Jeneral A.E Percival mengiktiraf kemampuan askar Melayu dalam kenyataannya: “Parajurit-parajurit yang masih muda dan belum diuji ini telah membebaskan mereka daripada tuduhan bahawa mereka tidak setanding dengan pasukan terbaik di Semenanjung Tanah Melayu apabila mereka membuktikan kekerasan hati mempertahankan Pasir Panjang di puncak peperangan di Singapura. Mereka telah menunjukkan teladan atas keteguhan dan ketahanan yang mana akan menjadi suatu tradisi yang masyhur di dalam rejimen dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”

Namun begitu, masih ramai tidak mengetahui selepas kejatuhan Singapura, anggota Rejimen Askar Melayu yang telah ditawan oleh pihak Jepun terus menunjukkan profesionalisme ketenteraan yang tinggi.
Apabila mereka ditahan pada 16 Februari 1942, pihak Jepun telah mengarahkan mereka supaya menanggalkan pakaian seragam mereka. Namun, beberapa pegawai Askar Melayu menentang perintah Tentera Jepun itu. Justeru pada 27 Februari 1942, sekitar jam lima petang, salah seorang saksi melihat pegawai-pegawai Askar Melayu itu dilucutkan pakaian seragam mereka dan dibawa keluar daripada tahanan. Mereka dipercayai dibunuh oleh tentera Jepun hanya semata-mata dek keengganan menanggalkan pakaian seragam mereka.

Pegawai-pegawai Rejimen Askar Melayu yang dipercayai dibunuh itu ialah:
* Leftenan Abbas Mohamed Said
* Leftenan Ariffin Hj Sulaiman
* Leftenan Wahid Mat Kidam
* Leftenan Raja Aman Shah
* Leftenan Abdullah Saad
* Leftenan Ibrahim Sidek
* Kapten Yazid Ahmad

Puan Sharifah Khadijah Hamid, isteri kepada Leftenan Ibrahim Sidek dalam satu temuramah pada tahun 2001 memberitahu: “Suami saya dan kawan-kawannya diarahkan oleh Jepun untuk menanggalkan uniform supaya boleh dibebaskan dan pulang ke pangkuan keluarga. Mereka enggan. Malah, mereka enggan menanggalkan lencana pangkat mereka. Seminggu selepas itu, Jepun membunuh mereka. Mayatnya tidak dijumpai. Kami tidak dapat melawat kuburnya.”

Pada 27 Februari 2011, genaplah 69 tahun mereka meninggalkan kita demi mempertahankan ibu pertiwi. Semoga jasa-jasa mereka ini terus dikenang masyarakat. Al-Fatihah. (sumber: Iskandar Ismail, Ampang Selangor, 23/2/11)

BUMIPUTERA: HAK MAHU DIHAPUSKAN BERSISTEMATIK?


Yang Dipertuanya, Abdulah Mansor berkata, sekiranya benar cadangan tersebut akan diluluskan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, ia boleh dianggap langkah meminggirkan bumiputera di kawasan bandar.

“Kita membantah cadangan ini kerana penghapusan syarat tersebut jelas menunjukkan tiada lagi kuota bumiputera dalam pembelian kediaman di negeri ini.
“Ini kerana, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, pihak pemaju tidak perlu menunggu dalam tempoh tiga bulan sebaliknya bebas menjualnya kepada pihak lain sebelum tempoh itu atas alasan tiada pembeli bumiputera
.
“Kita serius perkara ini dan seolah-olah satu cubaan kerajaan negeri untuk meminggirkan bumiputera dari segi pemilikan ekuiti khususnya di kawasan bandar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdullah berkata, cadangan tersebut dilihat sebagai penerusan kepada dasar meminggirkan bumiputera di kawasan bandar selepas kerajaan negeri mengumumkan projek mewah Datum Jelatek, Kuala Lumpur sebelum ini.

Katanya, lokasi asal tapak projek tersebut menempatkan pangsapuri Jelatek yang majoritinya didiami oleh golongan bumiputera.
“Kerajaan negeri buat projek mewah di kawasan itu dan berikan pampasan kepada para penghuni pangsapuri berkenaan.

“Projek itu adalah projek mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan bumiputera. Maka, kita lihat ini satu langkah untuk mengusir bumiputera dari kawasan bandar,” katanya.(baca penuh: Abdul Yazid Alias,pengarang@utusan.com.my/23/2/11)

TB: Apakah BN 2x5 PR atau UMNO 5x2 PKR= janganlah kongkalikong!
.

PDRM BERTINDAK TEGAS: FITNAH HINDRAF, PERKASA LAPOR POLIS.


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf (sebuah pertubuhan haram) yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.
Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.
Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.
“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.
“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.
“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.
Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.
“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya.(sumber: UM 23/2/11)

TB: Komen ringkas TB: sokong tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pertumbuhan haram Hindraf yang bagaikan anasir surversif negara.Cegah sebelum parah adalah langkah bijak,tepat dan betul.

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: 23 FEBRUARI SALAM KEMERDEKAAN


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan (foto rakaman TB)

TB terima kata-kata ucap selamat  yang pertama menerusi SMS daripada Awang Haji Fahmie Metussin dan keluarga dari Bandar Seri Begawan NBD sempena menyambut Hari Ulang Tahun  Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 pada Rabu 23 Februari. SMS beliau mencatatkan "Marilah kita sama-sama pertahankan keamanan ,keharmonian dan kedaulatan negara.Mari sama-sama kita elakkan daripada permusuhan menuju kesatuan bangsa berkonsepkan Melayu lslam Beraja.Mari kita sentiasa berdoa kepada Allah agar Brunei Darussalam sentiasa dilimpahi rahmat, barakah,keampunan dan keredaan Allah SWT.
Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27".

TB turut merakamkan selamat menyambut Hari Kebangsaan NBD ke-27 Ke Bawah Duli Tuan Patik Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hasanal Bolkiah,para kerabat diraja, seluruh anggota jemaah menteri para pegawai kerajaan dan sekalian lapisan rakyat jelata agar NBD terus kekal berdaulat selama-lamanya dan dilindungi oleh-Nya.
TB turut merasakan kesyahduan dalam kesyukuran kerana NBD kini telah melepasi alam remaja dan menuju alam yang lebih dewasa. NBD bagaikan seperti rumah kedua bagi TB dan  tetap di hati dan hendaknya Melayu lslam Beraja terus semarak sampai bila-bila. Sayangi bangsa Melayu kerana   bahasa dan budayanya, amalkan lslam penyuluh kehidupan dunia dan akhirat,taati Raja yang mentadbir dengan kemuliaan dan saksama untuk kesejahteraan rakyat yang menjadi payung dan tonggak negara.

'NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM, MY COUNTRY BRUNEI DARUSSALAM'

Selamat Hari Kebangsaan, kekal berdaulat!
(sumber: Dr Rajiee Hadi)

22 Februari 2011

USTAZ-USTAZ LEPASAN MESIR DAN TIMUR TENGAH: BERKUALITIKAH ANDA JIKA PONTENG KELAS SEMASA KULIAH?

 

UNIVERSITI-UNIVERSITI di Mesir banyak melahirkan tokoh-tokoh agama di Malaysia suatu ketika dahulu.
Tidak dinafikan Mesir merupakan salah satu destinasi pilihan dalam pengajian agama di kalangan pelajar Malaysia.


Namun sejak kebelakangan ini, semakin banyak kedengaran suara-suara yang tidak enak didengari mengenai pelajar-pelajar kita di Mesir
.
Kualiti pelajar keluaran Mesir terutama dari bidang agama semakin diragui. Umum mengetahui sistem jadual dan pengajaran di Mesir agak longgar dan agak tidak menitikberatkan soal kedatangan. Keadaan ini sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin.
Akan tetapi, bagi pelajar-pelajar yang kurang rajin (malas), keadaan sebegini semestinya membuatkan mereka tidak menghadiri kuliah-kuliah di universiti.


Akhirnya, graduan-graduan yang dilahirkan kurang berilmu apabila pulang ke Malaysia kelak. Padahal, majoriti masyarakat awam Malaysia masih memandang tinggi graduan-graduan yang dilahirkan dari Mesir.
Secara tidak langsung, fenomena ini dapat menimbulkan fitnah kepada 'orang-orang agama' lebih-lebih lagi apabila mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam institusi agama di Malaysia.
Sebagai perbandingan secara kasar, sebanyak 1,000 graduan dari Mesir menamatkan pengajian mereka setiap tahun.

Tetapi terlalu sedikit yang kita lihat mereka menjadi suara-suara di barisan hadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Ke mana perginya graduan-graduan Mesir yang lain?
Apakah mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup untuk memperjuangkan dakwah dengan menerangkan asas-asas Islam yang sahih kepada masyarakat? Persoalan ini bukan untuk merendahkan graduan-graduan Mesir, sebaliknya ambillah sebagai kata semangat dan perangsang untuk mengembangkan pemahaman agama Islam yang tulen di kalangan masyarakat. Percayalah, masyarakat amat memerlukan input- input agama dari anda semua
.
Kepada pihak kerajaan, saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita menghantar pelajar-pelajar ke Arab Saudi. Dengan keadaan negara Mesir yang masih bergolak, inilah masa yang sesuai untuk kita menghantar lebih banyak ke Arab Saudi. Mereka juga kebelakangan ini mempunyai banyak unverisiti yang berprestij seperti Ummul Qura' dan Universiti Islam Madinah.

Kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Timur Tengah, didiklah mereka agar ikhlas dan berdisiplin dalam menuntut ilmu. Janganlah apabila pulang ke tanah air nanti, minda mereka kosong. Percayalah apabila seseorang graduan dari Timur Tengah meletakkan kopiah di kepala, masyarakat akan terus mengangkat mereka sebagai 'ustaz' biarpun pengetahuan agama tidak seberapa.


Kepada graduan-graduan Timur Tengah, ikhlaslah dalam menuntut ilmu dan bawalah pulang permata-permata yang berguna untuk masyarakat di Malaysia.(sumber: UM 22/2/11)

UNIVERSITI MALAYA TIDAK PENTINGKAN BAHASA MELAYU? GANYANG MEREKA YANG SYOK SENDIRI!

BAHASA Melayu merupakan bahasa ilmu yang sudah terbukti keunggulannya dalam menjulang peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Namun demikian, masih ada pihak atau individu yang mempersoalkan kemampuan bahasa Melayu itu terus subur sebagai medium perantara ilmu ketamadunan Melayu di institusi pengajian tinggi?
Atau lebih tepat lagi, melahirkan hasrat untuk menghapuskan penggunaannya di sebuah gedung ilmu yang menjadi kiblat kepada negara-negara luar untuk mendalami bidang ilmu pengajian Melayu?
Seperti tulisan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan bertajuk Bahasa, Budaya dan Sastera dalam 50 Tahun Pembangunan Malaysia: Satu Sorotan.
Tanpa disedari bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa antarabangsa di luar negara; seperti juga yang diketahui di beberapa negara seperti Thailand, China, Korea Selatan dan Singapura, juga terdapat di pelbagai pusat pengajian Melayu di seluruh dunia.
Adakah pelajar antarabangsa ini datang ke Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) semata-mata untuk mendalami bahasa Inggeris?
Dengan mengambil Singapura sebagai contoh mudah, penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik berbanding kita. Dan ini ialah realiti.
Apabila individu peneraju seperti Naib Canselor Universiti Malaya menimbulkan isu ini, beliau seolah-olah memperlekehkan keupayaan bahasa Melayu untuk memperkasakan ilmu Pengajian Melayu di peringkat dunia. Walhal, pihak pengurusan APM sendiri sedang giat berusaha untuk memperluas usaha sama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan berkaitan bidang ilmu Melayu di peringkat global.
Natijahnya, kita mendapat maklum balas yang amat positif hasil daripada penyelidikan salah seorang daripada pensyarah APM sendiri di Universiti Frankfurt, Jerman, misalnya.
Ini membuktikan bahawa APM bukanlah 'biawak hidup' atau beban kepada UM sekali gus menjadi batu penghalang untuk melonjakkan nama Universiti Malaya sebagai 100 universiti terbaik dunia hanya disebabkan penolakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Nah, adakah hanya disebabkan permasalahan ranking dalam pasaran kerja yang dibuat dalam tempoh enam bulan selepas graduasi dijadikan sebagai ukuran?
Tanpa menolak keperluan bahasa Inggeris untuk menghadapi rempuhan globalisasi yang mendesak, sewajarnya Akademi Pengajian Melayu dilihat sebagai warisan keintelektualan bangsa Melayu yang lestari memartabatkan bahasa Melayu.
Apalah gunanya doktor lulusan luar negara yang fasih berbahasa asing, walhal tidak berupaya berkhidmat dengan baik disebabkan tidak menguasai bidang ilmu yang dipelajari dan hilang nilai kemurniaan budaya bangsanya sendiri?
Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."( sumber: Yusuf Jalli,Jalan Kelang Lama,Kuala Lumpur, UM 22/2/11)

21 Februari 2011

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD):HARI TERBUKA DAPAT SAMBUTAN


Siswi UBD Pengajian  Bahasa Arab turut menyertai Hari Terbuka.


UNIVERSITI  Brunei Darussalam mengadakan Hari Terbuka bermula semalam dan berakhir hari ini di Dewan Canselor UBD. Ia disertai pameran pendidikan oleh Pejabat Pendaftaran dan HECAS, UniBridge Program, Tahun Discovery, Seksyen Hal Ehwal Pelajar, wakil Majlis Pelajar dan pameran kelab-kelab Pelajar serta UBD FM.

Menurut salah seorang alumni UBD, Dayang Aizen, "Program ditawarkan UBD amat menarik terutamanya program UniBridge dan HECAS. Ia mendapat sambutan baik daripada orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta kerana ia memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja dan tidak berkelulusan tinggi."
Menurut seorang pensyarah UBD, program UniBridge dilancarkan pada Januari 2010 itu mendapat sambutan baik kerana hanya memerlukan kelulusan pendidikan A Level dan pengalaman bekerja untuk kelayakan.

Program ijazah GenNext turut mendapat perhatian orang ramai kerana ia merupakan program pembangunan keusahawanan, kemahiran pemimpin dan inovasi dan biodiversiti serta pembangunan berkekalan, katanya lagi.

GenNext memberikan peluang kepada pelajar yang terpilih ke luar negara untuk berkecimpung dalam masyarakat yang lebih luas melalui program Tahun Discovery atau Program Pendidikan Luar Negara dan banyak lagi. Hari Terbuka UBD diharap akan dapat memberi yang terbaik dengan program dan bidang yang di tawarkan. 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan program-program yang ditawarkan Universiti Brunei Darussalam boleh menghubungi Bahagian Pendaftaran, Universiti Brunei Darussalam. (sumber: Media Permata Online, 21/2/11)

PENSWASTAAN SEKOLAH: CADANGAN YANG WAJIB DITENTANG HABIS-HABISAN!

 KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. (sumber: Bernama,21/2/11)

TB menyeru semua kesatuan dan persatuan yang berkaitan dengan bidang perguruan dan pendidikan berganding bahu dan bersatu hati membantah cadangan penswastaan sekolah yang dirasakan mengundang banyak persoalan,permasalahan dan konflik. Yang nyata, tanggung jawab seorang pentadbir atau pengurus pendidikan ataupun pengetua yang sepatutnya lebih menjurus kepada pembangunan dan pembinaan kurikulum,kokurikulum dan sahsiah akan menghadapi konflik minat yang berpanjangan. Sementelahan pula amalan kronisme,nepotisme dan rasuah akan lebih terarah dan menjijikkan.PIBGN dan semua NGO dan rakyat jelata yang akan menerima tempias derita dan sengsaranya,ayuh bangun bersatu hati menentang habis-habisan cadangan gila ini.

MENZIARAHI KE SEBUKIT RAMA PALEMBANG WILAYAH MELAYU DALAM INDONESIA

  ZIARAH ke Makam Opu Daeng Menambon di Sebukit Rama menjadi salah satu ritual dalam rangkaian acara Robo-robo. Ziarah yang ‘dihelat’ pada (1/2) ini dimulai tepat pukul 07.30 WIB. Rombongan raja Mempawah Palembang berangkat dari Istana Amantubillah dengan naik kapal menuju Sebukit Rama di Pulau Pedalaman. Perjalanan ke Sebukit Rama ditempuh sekitar satu jam.
Rombongan Raja Mempawah terdiri dari 3 buah kapal, yaitu sebuah kapal yang diperuntukkan bagi Raja dan keluarga, sebuah kapal untuk tamu yang dinaiki oleh Pemangku Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Mahyudin Al Mudra SH. MM dan Perdana Menteri Kesultanan Kutai Kartanegara, YM. H. Adji Pangeran Hari Gondo Prawiro; serta sebuah kapal untuk para pengawal Raja Mempawah. 
Selama perjalanan menyusuri sungai dari Istana Amantubillah ke Sebukit Rama terdapat beberapa prosesi/peringkat demi peringkat yang dilakukan. Prosesi tersebut adalah prosesi buang telur di tujuh tanjung yang diiringi dengan musik tar dan suling dan mengumandangkan adzan ketika memaski daerah yang dinamakan Keramat Jin. Daerah Keramat Jin dipercaya sebagai kuburan para jin.
Sesampainya di Sebukit Rama, rombongan disambut oleh musik Tarling, beras bertih dan beras kuning. Rombongan Raja juga disambut oleh jajaran Muspida Kabupaten Pontianak, Bupati Pontianak Drs. H. Ria Norsan, MM. MH., serta utusan dari Kerajaan Bone, Luwu, Gowa.
Sebelum naik ke makam Opu Daeng Menambon, rombongan raja singgah sejenak di sebuah pendopo yang telah dipersiapkan. Kondisi kesehatan raja yang kurang baik, ditambah lagi dengan medan menuju makam yang cukup berat memaksa raja untuk tidak naik ke Makam Opu Daeng Menambon. Sebagai gantinya, Raja Mempawah mewakilkan kepada kedua putranya, yaitu Putra Mahkota Gusti Mohammad Hafizh Adinugraha, ST. bergelar Pangeran Wirabuana dan Gusti Mohammad Hakim Adiprasetya bergelar Pangeran Jayakerta.
Makam Opu Daeng Menambon terletak di Sebukit Rama, sekitar 5 Km dari Desa Pasir, Kecamatan Mempawah Hilir, Kabupaten Pontianak, Kalimantan Barat. Di tempat ini bersemayam raja pertama Kerajaan Mempawah, Opu Daeng Menambun bergelar Pangeran Mas Surya Negara yang mangkat pada tahun 1763 Masehi. Selain Opu Daeng Menambon, di tempat ini juga banyak ditemukan situs/peninggalan sejarah, antara lain Batu Tempat Semedi, Kolam Batu Berbentuk Teratai, Prasasti Balai Pertemuan, dan Tongkat Kayu Belian.
Kondisi makam terawat/dijaga cukup baik. Beberapa ritual digelar ketika rombongan raja tiba di makam. Doa-doa dipanjatkan untuk para arwah yang telah berjasa meletakkan fondasi/asas berdirinya Kerajaan Mempawah.
Sebagai nilai budaya, ziarah Raja Mempawah ini merupakan penghormatan kepada para leluhur sekaligus upaya melestarikan budaya dan sejarah nenek moyang. Inilah inti dari ziarah ke Makam Opu Daeng Menambon. (sumber Melayu.Online)





MELAYU : JIKA HILANG KUASA

SEMEMANGNYA terdapat banyak perbezaan antara masyarakat Melayu atau bumiputera di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan masyarakat itu yang tinggal di Singapura.

Perbezaan jelas adalah orang Melayu di negara ini bebas dan boleh menubuhkan parti politiknya sendiri berbanding rakan-rakan mereka di seberang yang tidak mendapat peluang seperti itu.

Dari segi peluang pekerjaan bertaraf pegawai atau eksekutif di sektor kerajaan atau swasta pula, selalunya peluang masyarakat Melayu di Singapura agak kecil tetapi di Malaysia, keadaannya agak seimbang dengan bangsa-bangsa lain.
Di Singapura, mereka yang berbangsa Melayu hanya memegang jawatan yang rendah dan tidak penting walaupun mempunyai kelulusan yang baik.

Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan daripada mereka bekerja dengan jawatan yang rendah seperti hanya menjawat kerani atau guru sekolah sahaja.

Di dalam sektor beruniform juga mereka hanya diberikan pangkat rendah dan tidak diberikan peranan penting di dalam pasukan tentera atau polis.Pernah juga saya terdengar keluhan orang Melayu Singapura bahawa mereka ini seolah-olah tinggal di dalam sangkar emas.

Benar sekali kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita belajar dari kesilapan yang lalu kerana jangan sampai bangsa Melayu hilang segala-galanya, baru hendak sedar.

Itulah lebih kurang nasib orang Melayu Singapura dan kita kena ambil iktibar bahawa jika sekiranya orang Melayu di Malaysia ini tidak bersatu dan bercakar sesama sendiri, ditakuti kita pula akan kehilangan kuasa.
Apabila hilang segala-galanya, jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri.

Pada ketika itu, jika kita menangis air mata darah sekalipun, ia tidak dapat mengembalikan kuasa itu nanti.
Sejarah telah mengajar kita betapa jatuhnya empayar Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis disebabkan kekeliruan dan perpecahan berpuak-puak kumpulan orang Melayu ketika itu.

Ketika itu, anasir luar dengan mudah masuk menyusup untuk mengeruhkan keadaan yang akhirnya hanya dengan kekuatan beberapa ratus askar Portugis dengan dua buah kapal perang sahaja, mereka dapat mengalahkan panglima-panglima dan beribu-ribu perwira yang handal Melaka.

Sejak kejatuhan Melaka itulah, negeri-negeri lain di Tanah Melayu menyusur tunduk kepada penjajah dan dibuat seperti bola apabila penjajah bertukar-tukar tangan antara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Ketika itulah, orang-orang Melayu ditindas dan tidak dipedulikan tentang mengenai kebajikan mereka, sehinggakan ada yang sanggup dijadikan seperti hamba.

Kini kita sudah merdeka dan saya berharap orang Melayu perlu sedar bahawa sekiranya negara ini terjajah sekali lagi, berkemungkinan segala kuasa kita akan lenyap dam tidak mustahil bangsa Melayu juga akan hilang di dunia seperti yang pernah dikatakan oleh Hang Tuah.

Saya seru dan merayu kepada mereka berbangsa Melayu di negara ini agar terus bersatupadu dan lupakan apa juga sengketa atau perbalahan yang boleh menjuruskan perpecahan dan padahnya nanti negara akan tergadai kepada tangan orang lain.

(sumber :SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL) YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak ,Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban)

20 Februari 2011

BANGKOK POST THAILAND: NARATHIWAT CAR BOMB lNJURES 15

Fifteen people were injured when a bomb hidden inside the car parked in front of a Thai-traditional massage parlour in Narathiwat’s Muang district exploded on Saturday night, said Pol Capt Suchart Meelampong, duty officer at Muang Narathiwat police station.

Earlier, gunmen fired at a karaoke parlour on Na Nakorn road at Soi 11 in Muang district, about 100 meters from the car bomb scene, injuring two women, Pol Capt Suchart said.When a pickup truck carrying soldiers heading to the karaoke parlour to inspect the incident scene was passing the car bomb, suspected separatist militants detonated the bomb.

Luckily, the bomb went off late, after the military truck went far away and no soldier was hurt, according to the duty officer.The injured people were admitted to Narathiwat Ratchanakarin hospital.Narathiwat provincial governor Thanon Vejjakornkanont blamed separatist militants who want to incite violence in the southernmost province.(reported by:Bangkok Post,20/2/11)

TB: when will the Muslim Malay community in southern Thailand to enjoy the peace and success in education and economy?

BANDUNG SAMBUT CAP GOH MEI 2011 LARUT MALAM

hingga larut malam



DI KOTA BANDUNG  hingga malam pukul 20.30 WIB, Sabtu (19/2), iring-iringan barongsai pada kegiatan Cap Go Meh masih memadati Jalan Sudirman. Mereka terlihat sudah mulai memasuki Vihara Dharma Ramsi.
Dari pantauan "PRLM", lalu lintas di Jalan Jenderal Sudirman sudah mulai terurai. Petugas kepolisian pun masih mengatur lalu lintas.
Akan tetapi, antusias penonton dan semangat para peserta Cap Go Meh dalam merayakan Kirab Budaya Cap Go Meh 2011 masih terlihat. Hal tersebut terbukti masih banyaknya warga yang memadati trotoar Jalan Jenderal Sudirman ( Pikiran Rakyat 0nline,20/2/11).

TB: Sunggupun komuniti Tionghua dianggarkan di bawah 5% rakyat lndonesia yang lebih 250 juta dan agak mantap mengalami proses assimilasi hampir 100 tahun namun kerana kekuatan ekonomi yang dominan dan semangat 'kekitaannya' yang menebal dalam lingkungan familinya maka tidak menghairankan pasca rejim Suharto telah menampakkan dasar liberalisme dalam banyak aspek.Apapun kebebasan dan sikap terbuka ini janganlah disalahgunakan atau diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk melebarkan jurang perbezaan antara rakyat; baik dari aspek ras, budaya mahupun aspek ekonomi. Janganlah yang miskin terus tampak amat daif dan miskinnya di bumi sendiri dan yang kaya kian bertambah kaya.

UBD/UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM invites all to Open Day



Universiti Brunei Darussalam (UBD) is inviting members of the public to the UBD Open Day 2011 which will be held Feb 19 and 20 at the Chancellor Hall from 8am till 5pm.According to a press release, the Open Day is designed for prospective students, as well as parents to find out first hand about the programmes offered by UBD such as the GenNext Degrees, Graduate and UniBridge programmes.

Prospective students can look forward to informative booths from each faculty where they can find out and seek advice from Deans, Deputy Deans, Programme Leaders and Assistant Registrars.It will also be a good opportunity to learn about the Discovery Year (Study Abroad Programmes, Internship, Incubation and Community Outreach projects). Also included in the programme are exhibits by students' clubs, campus tour, residential college tour and dialogue sessions with the current students and alumni.

The Open Day is essential for a guided and informed process for entering UBD and it provides a platform for prospective students to choose their career paths. Admission is free. For more information, call the International and Public Relations Office at 2463001 ext 1277 or the Student Affairs Section at ext 1920.( Borneo Bulletin,19-20/2/11)