http://dragsuperstar.blogspot.com
|
Ketika tulisan ini sedang ditulis, lebih 100,000 rakyat sudah
menyatakan bahawa Perdana Menteri Umno iaitu Najib Tun Razak harus
berundur dengan segera. Hanya dalam 48 jam lebih 100,000 rakyat
berbilang kaum dan agama mendesak Najib segera letak jawatan.
Sekali
lagi laungan Undur bakal kedengaran. Pertama kali ketika tahun 1998.
Nah sekali lagi, laungan itu akan dilaungkan oleh para pahlawan rakyat.
Percayalah, laungan Undur Najib Undur akan menjadi laungan tetap untuk
setiap himpunan rakyat. Undur Najib Undur akan terus sampai ke telinga
Najib dan sekaligus menjadi laungan berhantu buat Najib.
KENAPA
laungan itu akan dikemundangkan? Kerana Najib dilihat terlalu jahat dan
tidak cerdik dalam menangani isu Bersih. Rakyat sudah muak dengan sifat
Najib yang terlalu lembik dalam menangani Perkasa yang terlalu bersifat
perkauman. Sering sahaja mengugut rakyat (walaupun penakut sebenarnya).
Najib terlalu lemah dan dilihat tidak mampu mentadbir Negara. Najib juga
kerap mengikut keadaan semasa walaupun keadaan itu merugikan Negara.
Lihat sahaja isu Tanjung Pagar, Najib dengan tenang menyerahkan Tanjung
Pagar kepada Singapura. Walaupun pelbagai hujah diberi, namun Tanjung
Pagar tanah kita. Tanah Malaysia! Telah dijual kepada Singapura.
Najib
semakin lama semakin hilang cengkaman. Rakyat dipaksa membayar harga
barang yang tinggi hanya semata – mata untuk menjana ekonomi Negara.
Sedangkan Najib berbelanja dan mempunyai gaji mencecah jutaan ringgi
setahun. Kenapa tidak dipotong gajinya dahulu. Kenapa tidak dipotongnya
gaji pak menteri yang lain. Kenapa rakyat yang menjadi mangsa walhal pak
menteri yang dilantik oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat tidak
dikenakan apa – apa tindakan. Semuanya percuma dari barang kemas
hinggalah barangan makanan.
Rakyat sudah muak dengan Najib.
Terima kasih Najib kerana terus membuli rakyat dan kemuncaknya apabila
terkorbannya Allahyarham Baharudin ketika menyuarakan pendapat mengenai
sistem pilihanraya di Malaysia. Najib bersiap – sedia dengan amarah
rakyat yang semakin lama semakin menyampah dengan dia. Kalau 2007 2/3
telah musnah, jangan terkejut pada PRU-13 BN bakal hilang satu
Semenanjung dan beberapa kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah.
Ingatlah
Najib, laungan Undur Najib Undur bakal menjadi laungan ngeri buat kamu
dan isteri kamu. Amarah rakyat sudah semakin memuncak.
( sumber : http://dragsuperstar.blogspot.com
) |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan