Salam Perjuangan

28 Julai 2011

DAP KENA LAGI.....


SEMUA  pemimpin DAP termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah diminta memohon maaf kepada keluarga Teoh Beng Hock kerana tidak membantunya ketika dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum kematiannya.

"Ketika Teoh (Beng Hock) dipanggil (oleh SPRM), dimanakah Ean Yong, mana penasihat DAP Lim Kit Siang, mana Karpal Singh. Kenapa tak bantu ketika Teoh (Beng Hock) disiasat.

"Yang pasti, hanya selepas Teoh (Bengh Hock) meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM,” kata Allan Liew Sin Kim, jurucakap sekumpulan enam orang yang menyifatkan diri mereka sebagai rakan dan penyokong Beng Hock. -(sumber:  Bernama,28/7/11)

TB: Prinsip TB tidak memihak tapi cuba sedaya upaya menyuluh yang samar atau kegelapan agar memperoleh cahaya.TB faham inilah namanya politiking demi mecari dan meraih kepentingan politik.Bukan kes Beng Hock sahaja tetapi kes gadis Melayu yang didapati dipaksa berbogel dalam klip video ketuk-ketampi  enam tahun lalu pun DAP hanya menyuarakan 'sekerat jalan'.Apa hendak dihairan jika tidak menguntungkan mereka. Kes gadis Melayu itu pun kita tidak pasti adakah ada reaksi Umno? Reaksi Pas?Mujur kes itu selesai di luar mahkamah dan difahamkan gadis tersebut (yang kini sudah berkahwin) mendapat pampasan ganti rugi.

2 ulasan:

Alisha berkata...

TB hebat teruskan perjuangan anda saya tetap sokong tb....

razama berkata...

Terima kasih.Salam perjuangan...Malaysia dikalahkan Singapura! Sedih..Jikalau Singapura kalahkan Perlis; bolehlah diterima!