MAHKAMAH Rayuan hari ini memerintahkan bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dihukum penjara dua tahun atas tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat dan gred antara 2009 hingga 2011. 
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian sebulat suara semasa menolak rayuan Noor Soeraya ke atas sabitan terhadap empat pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.
Panel tersebut bagaimanapun membenarkan rayuan berhubung hukuman apabila memerintahkan penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dikurangkan kepada dua tahun bagi setiap pertuduhan.
Hukuman penjara tersebut diperintah berjalan serentak manakala hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang telah dibayar dikekalkan.(sumber:29/01/15 Uonline)
TB: selagi kita sebagai penjawat awam ingatlah janganlah mengejar pangkat dan kemewahan dengan cara yang tidak sah kerana banyak akibat buruk yang akan menimpa.  Bersyukurlah bagi mereka yang telah bersara yang memperoleh pencen bulanan serta sihat walafiat menjalani kehidupan seharian yang bahagia.