Salam Perjuangan

23 Julai 2011

TAHNIAH LANJUT PhD

TB ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan MK salah seorang team TBD kerana mendapat dan menerima tawaran daripada salah sebuah IPTA tempatan terkemuka untuk melanjutkan pelajaran ijazah lanjutan peringkat kedoktoran (PhD).

TB dan ahli keluarga TBD mengucapkan syabas dengan iringan doa salam perjuangan dan selamat berjuang agar terus tabah dan kuat azam. semangat dan iltizam menghadapi liku-liku cabaran yang mendepani.

Kepada Puan NH yang berjaya dan lulus untuk menyambung pelajaran ke pengajian tahun akhir peringkat sarjana (Master) tidak lupa TB kalungkan jutaan tahniah dan terus mara dalam perjuangan dan kerjaya.

TB: Alangkah manisnya zaman ini peluang keemasan tersaji di mana-mana untuk melanjutkan pelajaran. Rebutlah peluang yang mana  jika boleh TB ingin juga belajar lagi; belajar lagi bahkan teringin mahu mengambil pula ijazah dalam bidang perubatan walaupun mungkin itu hanya berlegar di kotak fikiran sahaja. Syabas kepada kalian!



Tiada ulasan: