Salam Perjuangan

08 Julai 2011

BERSIH OH BERSIH: GUNAKAN K.B.K.K ANDA!

TB menyarankan agar pembaca budiman menggunakan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK/Lateral Thinking) berhubung isu BERSIH (sila cari sendiri nama penuh singkatan akronim ini kerana TB tidak mahu bersusah payah mewawarkan 'pertubuhan' yang tidak didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan) ini agar kita dapat mencari rasional dan hala tuju minda dan diri kita; sekaligus kita tidak membabi buta menyebelahi mana-mana pihak dan biarlah kita berada di pihak yang benar,neutral dan non partisan.

1. Mengapa tarikh dan bulan (9 Julai 2011) dipilih? Mengapakah tidak dipilih tarikh,bulan dan tahun yang lain?

2. Mengapakah Ambiga (Datuk) seorang bekas Presiden Majlis Peguam (BC) yang dikatakan individu yang banyak kontroversi dipilih sebagai Pengerusi 'Bersih' bukan tokoh lain yang neutral. Dan mengapa pula Haji Mohamad Sabu,Timbalan Presiden PAS yang vokal dan baru dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS dilantik sebagai Timbalan Pengerusi 'Bersih'? Mengapakah tidak ada tokoh-tokoh lain atau pemimpin lain seperti dalam DAP, PKR dan NGO lain?

3.Mengapakah Dato lbrahim Ali, Presiden Perkasa dan ahli-ahli Perkasa turut mahu menyertai perhimpunan dan beriya-iya menentang kumpulan Ambiga? Begitu juga Khairi Jamaluddin daripada Pemuda Umno dan Reezal Merican daripada kumpulan Patriot termasuk Abdul Azeez daripada Putera Umno ?Mengapakah  masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan-kenyataan?

 4. Mengapakah sanubari SN A.Samad Said terpanggil untuk 'bergerak bersama' kumpulan 'Bersih'?

5. 'Bersih' dikatakan menuntut beberapa perkara berhubung ketelusan pilihan raya daripada SPR. Adakah isu ini isu maha penting jika dibandingkan nasib hidup rakyat yang kian tertekan kerana harga serba barangan yang tidak terkawal termasuk harga rumah, kenaikan harga bahan api seperti elektrik,dasar ekonomi kerajaan yang banyak memihak kepada golongan kapitalis/pemodal?

6. Adakah gabungan-gabungan parti dalam pembangkang dan NGO yang menyokong ada berbincang semeja bagi mengwujudkan sefahaman dan senada dalam perjuangan? Adakah hanya pasal isu SPR sahaja?

7. Adakah para pengikut faham dan tahu apa yang dibincangkan oleh pimpinan "Bersih' peringkat tertinggi?

8. Dari manakah sumber kewangan diperolehi bagi membiayai segala kos? Adakah tercatat dalam penyata kewangan?

9. Adakah kerajaan/BN/Umno selama ini sedar atau 'tidur lena' intipati yang tersirat daripada keresahan dan kebangkitan majoriti rakyat kesan kebangkitan kumpulan 'Bersih'?

10.Adakah kerajaan/BN sedar bahawa bukti tamadun dan sejarah lalu bahawa sesebuah kerajaan/pemerintah/negara akan jatuh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor bukan satu faktor? Apakah kebangkitan rakyat tidak memberi keinsafan kepada pemerintah?

11. Mengapakah kurang reaksi responsif dan reaktif daripada parti-parti politik MCA,DAP,Gerakan,MIC dan parti-parti bukan Umno di Sabah dan Sarawak? Jika adapun hanya bagaikan melepas batuk di tangga? Mengapakah tiba-tiba pertubuhan silat khususnya PSSLM rasa terpanggil untuk bersuara?

12.Adakah rakyat sedar apakah pengajaran di belakang tabir atau makna yang tersirat daripada isu sebelum dan pada 9 julai 2011 ini?

Sila sama-sama fikirkan 12 perkara di atas. (TB)

Tiada ulasan: