Salam Perjuangan

26 April 2017

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA






Judul Buku : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Genre          : Antologi Puisi Patriotisme (Malay Poetry)
Terbitan       : Penerbitan Awan Prima.
Cetakan 1    : 2015
Tebal/Hlmn.: 154 Muka Surat.
Karya           : RAJIEE HADI
ISBN            : 978-967-13275-1-7
Harga           : SM: RM25.00/ S&S: RM28.00/ NBDS:BD11.00/S'PURA: SD11.00.

".....perjalanan semusim
bermusim dan bermukim
di celahan mendung
ada kesakitan
yang tidak diundang
namun ada keriangan
yang terus mendatang....."
         (Rajiee Hadi)





















22 April 2017

Puisi: KUASA

yang belum berkuasa
merintih hiba di desa

yang semasa berkuasa
sibuk agenda ke sini sana

yang tiada kuasa hanya
terdaya dengan caranya

yang sudah hilang kuasa
hanya sepi tatkala bersara

yang gila kuasa
iblis terus berseloka
sentiasa berbisik merajalela!



DR HAJI RAJIEE HADI,
Nilai, Malaysia.
20 April 2017.

19 April 2017

KAU TERIMA MAHARNYA

















Puisi: SAJAK DINIHARI

tidak kupinta
dia bertandang hiba
mencurahkan segala rasa
batini terseka
kehidupan silamnya
tidak tercerna

tidak kumahu
berkongsi lara
kerana deritaku
menjadi sejarah
mimpi-mimpi ngeri
mengganggu tidurku

tidak kusudi
melukis hikayat
kisah sengsara
simpati bergema
empati membara
kanvas berdarah luka

tidak kuimpikan
dia berkunjung lagi
menyelak lebaran
cerita air mata
bayangan mendatang
aku di selokan nestapa!


RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota, Bangi.
19  April 2017.

18 April 2017

Selamat Sejahtera Bulan Rejab, Syaaban & Ramadan

SUDAH agak lama TB tidak bersiaran. Namun isu-isu dalam negara tetap TB ikuti. Doakan pada bulan-bulan yang mulia dan seterusnya kita sama-sama bermunajat agar TB dalam sihat walafiat zahir & batin dalam lindungan-Nya. Semoga TB diberikan kekuatan taufik dan hidayah menghadapi segala ujian-ujian duniawi baik dalam belai mahupun dalam badai dengan semangat kental tidak berundur dan berpatah hati demi suatu perjuangan.

Salam perjuangan!