Salam Perjuangan

12 Julai 2011

POLITIK ANAK MUDA ISLAM KINI: KESEDARAN CUMA 75%?

KIRA-KIRA 75 peratus golongan belia Muslim negara ini tiada atau kurang minat dalam politik dengan 66 peratus belum mendaftar sebagai pengundi, demikian menurut kajian terbaru diumumkan Merdeka Center hari ini.“Menjauhkan diri daripada politik boleh dirumuskan dengan sikap mereka tidak menunaikan hak mengundi mereka.

“Di kalangan mereka yang layak, sehingga 66.3 peratus belum mendaftartkan diri mereka sebagai pengundi,” kata penemuan kajian bertemakan “Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara” dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sebelah Malaysia dan juga penyertaan Lembaga Survei Indonesia di republik itu.Hasil kajian diumumkan di kampus induk UKM di sini pagi ini. ( baca penuh : TMI, 11/7/11)


TB: Adakah mahu menyalahkan 'taukeh' Astro milik bukan lslam/bukan Melayu yang menyogokkan siang malam wahana seni yang mengkhayalkan melekakan generasi muda kita?Yang menyebabkan kesedaran dan survival politik tidak  diendahkan lagi?Kini bukan Astro sahaja bahkan Media Prima dan RTM juga berlumba-lumba dengan program realiti yang berbentuk hiburan hampas, kosong minda dan membazirkan waktu dan wang anak-anak generasi muda kini.Seolah-olah kini program TV tidak ada hala tuju yang boleh menjahamkan masa hadapan negara.Kesan negatif bukan hanya melanda generasi muda bahkan termasuk golongan dewasa.Alangkah malangnya, anak semua bangsa dalam sebuah negara yang kononnya maju  tetapi entah ke mana dan di mana......

Tiada ulasan: