Salam Perjuangan

20 April 2018

BIODATA MAHNESSA A.KADIR

Ustazah Dr. Hajah Mahnessa A.Kadir  memperoleh ijazah PhD dalam bidang dakwah dan kepimpinan daripada  Fakulti Pengajian lslam UKM,Bangi,Malaysia. Beliau berpengalaman menjalani kerja lapangan dakwah di perkampungan Orang Asli dalam daerah Gua Musang, Kelantan. 

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Agama (S.A) dalam bidang Usuluddin di jurusan Akidah dan Falsafah lslam daripada Universiti Negeri Imam Bonjol, Padang, lndonesia dan Sarjana Pendidikan (M.Ed.) dalam bidang kaunseling lslam di Fakulti Pendidikan UKM. 

Sebelum itu, beliau juga memperoleh Diploma Pendidikan KPLI ( kepujian) daripada Maktab Perguruan lslam,Bangi. Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan dan mantan ketua kursus/program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tulisan-tulisan beliau termuat dalam Jurnal Pengajian lslam dan akhbar-akhbar arus perdana. Antara buku beliau yang telah diterbitkan ialah lslam Sains Teknologi & Kejuruteraan (2016, Penerbitan Awan Prima).



08 April 2018

Puisi: TSUNAMI MALAYSIA

Ada tsunami melayu
ada tsunami cina
ada tsunami india
ada tsunami iban
ada tsunami dayak
ada tsunami kadazan
ada tsunami dusun
bahkan tsunami murut
dan lain-lain bersatu
dalam kalbu satu jasad
gelombang satu hasrat

Tsunami melanda kini
taufan dalam nurani
badai dalam sanubari
ombak dalam diri
menentang korupsi
wang bara polusi
maruah diurusniagakan
kita kehilangan warga
kabut menyelubungi watan
tanah air berbalam

Tsunami mendatang
usah dipersalahkan
sesiapa tidak mengundang
badai sengsara itu
resah derita ini
suara hati marhaen
merasai jerit nanar
hampir punah
segala belantara
damai tercinta.

RAJIEE HADI,
BSP, BANGI.
8 April 2018.