Salam Perjuangan

23 Julai 2011

MENTERI BESAR JOHOR: OH, ALANGKAH.......

TB bukan mahu bercakap pasal politik atau berniat bermain politik. Tidak sama sekali. Tapi TB sekadar meluahkan suara hati sebagai warga Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah Kampung Serom 2 Hilir, Sungai Mati, Muar, Johor; pada suatu ketika; pada suatu zaman yang lampau.Dan TB berbangga ADUN Serom, Dato'Haji Abdul Ghani 0thman ialah Menteri Besar Johor  terkini yang telah beberapa penggal menerajui Negeri Johor Darul Takzim. Beliau antara Menteri Besar daripada BN yang 'agak lama' juga di Johor selepas era Dato Othman Saat (Allahyarham).

TB sering juga terdengar desas-desus daripada masyarakat setempat berhubung keluhan dan aduan negatif berhubung dengan kawasan di bawah tadbiran DUN Serom ini; antaranya wajah  pekan utama iaitu Pekan Serom dan Pekan Sungai Mati. Pekan-pekan ini tidak jauh berbeza dari segi infrastruktur atau prasarananya 10 atau 20,30 tahun yang lalu. Dalam erti kata lain masih di takuk 'pekan koboi' dan tertinggal jauh dari arus perdana pembangunan moden. Kata mereka, walhal pekan-pekan ini termasuk dalam kawasan Menteri Besar. Alahai,TB tidak mahu komen. Tentu ada pro dan kontra.MB ada alasan-alasannya. Biarkanlah...

Apa yang TB mahu agar MB; termasuk BN atau khususnya Umno bahagian Ledang melakukan penyelidikan serius mengenai jumlah pengundi Melayu masa kini, jumlah aset dan tanah orang-orang Melayu yang berbaki dan telah terjual atau terlepas ke tangan bukan Melayu dan perkara-perkara 'dalaman' yang berkaitan dengan survival dan nasib masa depan orang-orang Melayu dalam DUN Ledang ini yang mana sejak dahulu merupakan salah satu kubu kuat Umno di Johor. Kawasan-kawasan perumahan mini yang tumbuh bagai cendawan juga harus diselidiki agar peratusan penduduk yang tidak seimbang  bukan menjadikan ancaman secara 'halus dan diam-diam'.


TB tidak mahu terjadi suatu perkara 'lucu tetapi memilukan' apabila TB dimaklumkan bahawa MB telah 'merasmikan' sebuah tokong yang baru dibina di Kampung Serom 2 Hilir jalan Sungai Keladi yang tentu dengan kebijaksanaan AJK tokong kemungkinan mendapat sedikit  peruntukan bukanlah mustahil dan belum ada menerima peruntukan pun bukanlah mustahil ataupun pada masa akan datang boleh memohon peruntukan bukanlah mustahi juga.. Perkara ini adatlah. lngat, kena faham betul-betul ayat TB di atas. Dapat atau tidak itu bukan persoalanlah.Tapi mungkin MB mahu menunjukkan keprihatinannya.

Namun apa yang ironis dan sedihnya kemungkinan MB tahu atau tidak, bahawa tanah tokong yang didirikan itu adalah satu contoh tergadainya sebuah tanah milik orang Melayu/lslam di kawasannya. Bahkan MB menyedari atau tidak bahawa tanah tokong itu adalah tanah warisan asal daripada saudara-mara atau kaum keluarganya sendiri. Jikalau tidak silap TB, tanah itu adalah tapak rumah Allahyarham Salleh bapa kepada Cikgu Mansor Salleh (pesara) yang mana isteri Salleh ialah Allahyarhumah Zaharah Abdul Hadi. Mereka adalah saudara rapat kepada Allahyarham Cikgu Hj Othman Kechik (bapa Menteri Besar Johor sekarang).

lronisnya, adakah Dato Hj Abdul Ghani 0thman menyedari bahawa tokong yang dirasmikan adalah asal-usul tanah milik kaum keluarganya? lnilah 'tragedi' metafora yang perlu kita tafsirkan secara halus dan bermakna dengan akal budi dan saksama. Usahlah hanya memikirkan survival politik bagi menentang Pakatan Rakyat khususnya Pas andainya warisan milik kita hilang sedikit demi sedikit dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Wallahualam.(TB).





Tiada ulasan: