AKHBAR tempatan kelmarin melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa pemimpin utama serta pengikut Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sedang berkonvoi dari Sungai Petani menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
PDRM juga berjaya merampas beberapa bahan bukti yang dikatakan mengandungi elemen mengagung-agungkan komunisme dan sosialisme termasuk beberapa kemeja-T berwarna merah dan dicetak wajah bekas pemimpin pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Rashid Maidin dan beberapa pemimpin sosialis dunia yang lain. Pada asalnya tujuan perhimpunan BERSIH adalah untuk menuntut supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan melaksanakan satu sistem pilihan raya yang telus, berintregiti dan diyakini semua pihak. Apa yang mendukacitakan ialah perhimpunan BERSIH yang dicadangkan ini dimanipulasikan seluas-luasnya oleh semua pihak berkepentingan untuk tembolok selera politik masing-masing. Dengan termeterainya perjanjian damai peletakan senjata pada 1980-an di Hadyai, selatan Thailand, kita seolah-olah kian lupa ancaman komunisme dari dalam. lni ekoran daripada dasar keterbukaan kerajaan kini yang agak berlebihan.
Sebagai peringatan faktor berikut boleh memungkinkan segalanya berlaku; bahan bercetak seperti buku biografi mengenai tokoh PKM dan pejuang kiri seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Suryani Abdullah dan ramai lagi yang dijual cetak secara bebas di kedai buku tempatan dalam bahasa Melayu, lnggeris mahupun Mandarin.
Dasar terbuka kerajaan yang mengizinkan rakyat dari negara komunis khususnya dari Republik Rakyat China (RRC) yang masuk ke Malaysia dengan pelbagai tujuan tanpa sekatan. Tidak mustahil fahaman komunisme boleh diseludup secara halus melalui unsur chauvinisme sempit.
Kunjungan bebas rakyat Malaysia ke negara RRC juga bukan mustahil mendorong mereka membawa balik elemen dan simpati kepada perjuangan negara berkenaan. Saya pernah mengunjungi RRC beberapa tahun dulu dan ketika di Beijing, saya temui beberapa orang tempatan di sana yang cuba menjual atau memberi secara percuma buku ideologi komunis, Maoisme dan Marxisme kepada saya. Namun saya menolak dengan baik. (oleh DR RAJIEE HADI, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur , sumber: Pusat Berita Cari, Berita Harian, 01/07/11)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan