Salam Perjuangan

21 Julai 2011

"SELANGORKU"

“SELANGORKU” akan dijadikan slogan baru kerajaan negeri Selangor mulai Ahad ini.

NONEMenurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, slogan “Selangorku” itu adalah kesinambungan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menguasai negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

“Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baharu Selangorku pada Ahad, 24 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam.

“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama -sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab. 

“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Khalid, selepas dilancarkan, slogan ini akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

“Bersempena dengan pelancaran pada Ahad ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai-gerai jualan.

“Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman yang di gerai-gerai yang disediakan,” katanya.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Selangor dijemput menghadiri program pelancaran “Selangorku” yang akan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.(sumber:MK,21/7/11)

Tiada ulasan: