Salam Perjuangan

09 Julai 2011

NAJIB RAZAK: JANGANLAH 'POTONG STIM'


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berdoa agar hak pegangan saham Melayu dan bumiputera tidak merosot ekoran cadangan kerajaan melupuskan pegangan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).
Katanya, jika cadangan itu dilaksanakan, ia boleh menyebabkan peratusan saham Melayu dan bumiputera yang dijamin melalui saham korporat tidak dapat dipertahankan.

"Saya tidak tahu syarikat mana yang hendak dilupuskan, tetapi saya tahu saham syarikat-syarikat diamanahkan kepada Khazanah dan lain-lain institusi kerajaan kerana orang Melayu tidak mampu membeli dan menyimpannya.
''Dengan perkataan lain saham-saham ini adalah milik Melayu dan bumiputera lain. Saya berdoa hak orang Melayu dan bumiputera lain yang sedikit ini tidak turut merosot," katanya dalam entri bertajuk 'Pelupusan syarikat berkaitan kerajaan' di http://chedet.cc hari ini.

Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala mengumumkan cadangan kerajaan untuk melupuskan pegangannya dalam 33 GLC.
Menurut Idris, langkah itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pembaharuan Strategik yang membabitkan peranan kerajaan dalam sektor swasta.

Ekoran pengumuman itu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama berteraskan Melayu menggesa kerajaan supaya mengkaji semula cadangan tersebut sementara sesetengah lagi mendesak Idris supaya mendedahkan nama kesemua 33 GLC terbabit.(sumber: UM,8/7/11)

Tiada ulasan: