Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, petang kelmarin berkenan berangkat ke Astana, Republik Kazakhstan.
Pengiran Perdana Wazir akan menghadiri Sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-38 pada 28 hingga 30 Jun.
Berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berangkat ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Gambar menunjukkan Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sejurus sebelum berangkat.(sumber: Sim Y.H, MP , 02/7/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan