Salam Perjuangan

03 Disember 2018

MAJLIS KONVOKESYEN UKM 2017- 2018 PADA 10 NOVEMBER 2018.

ALHAMDULILLAH, perjuangan yang agak lama hampir lima tahun untuk meraih gelar ijazah kedoktoran. Pelbagai perasaan mengundang; baik kejemuan, bosan, bahkan semangat berkobar-kobar dan cita-cita yang besar menjelma tiba. Begitulah semangat dan cita-cita tidak pernah pudar. Cita-cita hadir dengan sebuah kejayaan yang manis bersama suami dan anak-anak serta ahli keluarga sekalian.



















































29 Mei 2018

RAFIZI RAMLI : BERSABARLAH

"Tak payah tunjuk hero". Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE).
Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara.
Katanya, Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH.
"Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.
"Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan Dr Mahathir bukan faktor kemenangan PH pada PRU-14, sebaliknya isu kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 INVOKE yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.
Razali berkata, Dr Mahathir dan PPBM hanya mengambil masa setahun setengah untuk menjatuhkan BN sedangkan parti lain dalam PH tidak pernah berjaya walaupun berjuang puluhan tahun.
"DAP ambil masa 60 tahun, PKR (20 tahun) dan Mohamad Sabu menerusi PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) 40 tahun tetapi Tun M dan PPBM hanya ambil setahun setengah sahaja.
"Ini membuktikan pengaruh Tun M amat besar dan beliau mempunyai percaturan hebat," katanya.
(sumber : BHarian, 29/05/18)

Komen: Usahlah Rafizi kelak dianggap mencemburui rakan-rakan lain dalam PH. Bersatu itu teguh, bercerai itu roboh.Faktor Tun M, GST dan isu-isu rakyat adalah faktor seiring. Rafizi sewajarnya menerima hakikat bahawa beliau tidak boleh bertanding PRU14 kerana telah sabit hukuman mahkamah. 

Beliau dalam proses rayuan. Itu adalah hakikat. Beliau bukan Ahli Parlimen lagi. Hakikatnya beliau hanyalah seorang Naib Presiden PKR yang setaraf dengan Naib-Naib Presiden dalam gabungan Pakatan Harapan. Kini PH telah diterima sah pendaftarannya oleh ROS. 

Sudah tiba masanya setiap pemimpin parti-parti gabungan berfikir dan berhujah dalam kotak minda PH bukan atas kapasiti parti masing-masing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 

Demi rakyat, bersikaplah seperti aur dengan tebing. lnsya-Allah ada jawatan khusus untuk Rafizi nanti.ltupun tergantung kepada cadangan pucuk pimpinan partinya. Bersabarlah Rafizi..Usah dikejar gunung itu kerana hilang kabus tampaklah ia. (TB).



25 Mei 2018

MENTERI PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN

TB ucapkan tahniah kepada YB Dr Maszlee Malik daripada parti Bersatu; salah sebuah komponen dalam Pakatan Harapan yang terplih dan dilantik menjadi Menteri Pendidikan pasca PRU-14. Bagi rakyat khususnya warga KPM amat menantikan seorang Menteri Pendidikan baharu yang ada visi dan misi bagi memartabatkan profesyen keguruan yang penuh mencabar. Apatah lagi pembentukan akhlak dan adab para pelajar dewasa ini perlu menjadi agenda dan penekanan utama agar mereka menjadi insan kamil yang bertakwa.

Berikut TB kutip harapan rakyat dan guru bagi kecemerlangan pendidikan negara kepada YB Menteri Pendikan:



1) Guru baharu khususnya wajib diberi peluang mengajar berdasarkan opsyen kepakaran demi masa depan anak bangsa (penguatkuasaan wajib dibuat dengan pekeliling khas KPM kepada setiap ketua jabatan)

2) Setiap ketua panitia atau ketua unit mata pelajaran disediakan pembantu guru.

3) Satu jam peruntukan wajib diberikan dalam jadual PdPC untuk guru membaca atau tenangkan fikiran (nampak remeh tetapi penting demi menambah kefahaman guru).

4. Polis bantuan membuat pemantauan seminggu sekali di premis atau perkarangan sekolah (disiplin).

5. KPM meninjau keadaan sebenar fasiliti terhad di sekolah yang mempunyai bilangan pelajar ramai atau kolej tingkatan enam. (Contoh: Ketiadaan dewan khas).

6) Boleh meminda tarikh rasmi sambutan Hari Guru yang selama ini disambut ketika pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun (budi bicara)

7) Guru boleh


 menilai dan memberi markah kepada pengetua dan guru besar.

8) Postingkan graduan ISMP.

9) Menyelesai dan meluluskan semua permohonan guru yang berstatus duka lara.

10) Hapuskan ujian murid tahun 1-3, ajar mereka dengan adab dan akhlak seperti di Jepun.. sebab akhlak anak-anak kita sekarang semakin teruk. Guru kurang dihormati dan disanjungi. Kembalikan maruah dan tingkatkan martabat guru. Hapuskan pbd, sekarang pergi sekolah rasa terbeban dengan bermacam kerja perkeranian.. PdPC jatuh tempat ke berapa ntah.

11) Peluang mengembangkan bakat. Latihan berterusan yang berkualiti. Anugerah APC yang adil sebagai suntikan semangat dan motivasi.

12) Beri jawatan penolong kanan hakiki kepada semua guru penolong kanan di pedalaman. Bukan lagi lantikan dalaman sekolah.. tugas sama berat.

13) Hapuskan skpmg2

14) Mengurangkan budaya terlalu banyak mesyuarat, majlis sambutan atau acara yang bukan akademik dan kursus yang tiada kaitan profesionalisme keguruan dan akademik. Less meeting, more productivity.

15) Mengurangkan jumlah fail yang perlu dibuat dan memusatkan arahan Jabatan Pendidikan Negeri kerana kadang-kadang arahan KPM berbeza dengan arahan JPN negeri.

16) Meminimumkan jadual waktu peribadi guru untuk menanda buku

17) Mengubah syarat kewangan panitia untuk membeli peralatan yang menuju ke arah PAK 21.

18) Pembelaan guru yang mempunyai ijazah sarjana dan PhD.

19) Kebajikan Guru;

1. Menyegerakan masalah guru duka lara dengan cepat, efisien dan tiada birokrasi.

2. Penyediaan pembantu guru bagi setiap panitia, pengurusan fail dan memasukkan data.

3. Memastikan guru fokus pada subjek opsyennya.

4. Penyediaan kelas khas dengan alat bantu mengajar yang lengkap bagi setiap subjek.

20) Keperluan murid dan pelajar;

1. Penekanan etika, adab dan moral yang terpuji bermula dari peringkat awal persekolahan seperti di Jepun dan mana-mana yang relevan.

2. Mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan murid/pelajar dari awal untuk digilap dan dikhususkan kepada murid.

3. Perbanyakkan kelas kemahiran berkualiti bagi memenuhi keperluan pekerja mahir. Pastikan subjek Kemahiran Hidup berkesan. Contoh; pertukangan. Dan memastikan mereka boleh menjadi plumber, juruletrik dan sebagainya.

4. Sistem penilaian peperiksaan yang tidak menyebabkan murid/pelajar stres.

21) Infrastruktur sekolah;

1. Menyegerakan selenggaraan di setiap sekolah dsb.

1) Guru baharu khususnya wajib diberi peluang mengajar berdasarkan opsyen kepakaran demi masa depan anak bangsa (penguatkuasaan wajib dibuat dengan pekeliling khas KPM kepada setiap ketua jabatan)

2) Setiap ketua panitia atau ketua unit mata pelajaran disediakan pembantu guru.

3) Satu jam peruntukan wajib diberikan dalam jadual PdPC untuk guru membaca atau tenangkan fikiran (nampak remeh tetapi penting demi menambah kefahaman guru).

4. Polis bantuan membuat pemantauan seminggu sekali di premis atau pekarangan sekolah (disiplin).

5. KPM meninjau keadaan sebenar fasiliti terhad di sekolah yang mempunyai bilangan pelajar ramai atau kolej tingkatan enam. (Contoh: Ketiadaan dewan khas).

6) Guru boleh menilai dan beri markah kepada pengetua dan guru besar.

7) Postingkan graduan ISMP.

8) Menyelesai dan meluluskan semua permohonan guru yang berstatus duka lara.

9) Hapuskan ujian murid tahun 1-3, ajar mereka dengan adab dan akhlak seperti di Jepun.. sebab akhlak anak-anak kita sekarang semakin teruk. Guru kurang dihormati dan disanjungi. Kembalikan maruah dan tingkatkan martabat guru. Hapuskan pbd, sekarang pergi sekolah rasa terbeban dengan bermacam kerja perkeranian.. PdPC jatuh tempat ke berapa ntah.

10) Peluang mengembangkan bakat. Latihan berterusan yang berkualiti. Anugerah APC yang adil sebagai suntikan semangat dan motivasi.

11) Beri jawatan penolong kanan hakiki kepada semua guru penolong kanan di pedalaman. Bukan lagi lantikan dalaman sekolah.. tugas sama berat.

12) Hapuskan skpmg2

13) Mengurangkan budaya terlalu banyak mesyuarat, majlis sambutan atau acara yang bukan akademik dan kursus yang tiada kaitan profesionalisme keguruan dan akademik. Less meeting, more productivity.

14) Mengurangkan jumlah fail yang perlu dibuat dan memusatkan arahan Jabatan Pendidikan Negeri kerana kadang-kadang arahan KPM berbeza dengan arahan JPN negeri.

15) Meminimumkan jadual waktu peribadi guru untuk menanda buku

16) Mengubah syarat kewangan panitia untuk membeli peralatan yang menuju ke arah PAK 21.

17) Pembelaan guru yang mempunyai ijazah sarjana dan phd.

18) Kebajikan Guru;

1. Menyegerakan masalah guru duka lara dengan cepat, efisien dan tiada birokrasi.

2. Penyediaan pembantu guru bagi setiap panitia, pengurusan fail dan memasukkan data.

3. Memastikan guru fokus pada subjek opsyennya.

4. Penyediaan kelas khas dengan alat bantu mengajar yang lengkap bagi setiap subjek.

20) Keperluan murid dan pelajar;

1. Penekanan etika, adab dan moral yang terpuji bermula dari peringkat awal persekolahan seperti di Jepun.

2. Mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan murid/pelajar dari awal untuk digilap dan dikhususkan kepada murid.

3. Perbanyakkan kelas kemahiran berkualiti bagi memenuhi keperluan pekerja mahir. Contoh; pertukangan.

4. Sistem penilaian peperiksaan yang tidak menyebabkan murid/pelajar stres.

21) Infrastruktur sekolah;

1. Menyegerakan selenggaraan di setiap sekolah tanpa karenah birokrasi.

2. Memperuntukkan belanjawan khas bagi penyelenggaraan sekolah.

3. Melengkapkan keperluan sekolah tanpa mengharapkan pihak sekolah mencari sumber luar (lain), bagi mengelakkan berlakunya rasuah atau salah guna kuasa.

4. Penyediaan pembantu teknikal di setiap sekolah bagi selenggara pendawaian, perpaipan dan kerosakan fizikal seperti pintu , kerusi dan meja.

5. Pemantauan dan penyelenggaraan berkala bagi 8,000 lebih sekolah di bawah persekutuan.

22) Gantikan pemberian tab, handphone dan simkad kepada projektor

23) Hapuskan pskpps - mengganggu PdPC guru

24) Semua sistem data di selaraskan supaya guru tidak membuat kerja yang sama berulang kali contohnya saps, apdm, ssdm, segak.

25) Sistem Data maklumat guru juga di selaraskan supaya hanya satu sistem sahaja diguna pakai dan tidak lagi memerlukan dokumen (hardcopy). Contohnya e-operasi, hrmis.

26) Guru yang sama tidak boleh mendapat APC lebih daripada sekali

27) Sediakan kelengkapan untuk guru seperti kementerian yang lain seperti alat tulis, uniform, kasut, kenderaan khas dan sebagainya.

28) Berikan semula kuasa merotan kepada guru

29) Berikan imuniti kepada guru supaya ibu bapa tidak boleh menyaman guru dan hanya kementerian yang boleh mengambil tindakan kepada guru yang melampaui batas kepada pelajar

30) Sistem pemarkahan (SKT) diubah menjadi dua hala ( guru juga menilai dan memberi markah pegawai yang menilai mereka supaya ada ‘check and balance’, ini dapat memastikan pegawai penilai memberi markah yang betul kepada guru dan mengelakkan salah guna kuasa)

31) Menghapuskan sistem pencerapan oleh pentadbir kerana semua itu adalah hipokrit dan membazir masa. Guru hanya dicerap jika ada keperluan sahaja.

32) Wujudkan semula sistem jika tidak lulus peperiksaan, maka tidak dapat naik kelas, maka pelajar yang tidak pandai membaca, menulis tak adalah sampai tingkatan 5 masih tidak dapat menguasai linus.

33) Murid tahun 1 seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek untuk dipelajari.

34) Mengkaji semula silibus mata pelajaran agar relevan dengan keperluan semasa dan pembentukan sahsiah murid.

35) Menaik taraf bangunan dan kemudahan sekolah yg lebih 50 tahun.

36) Pembatalan pekeliling yang tidak lagi relevan dan mengkaji semula pekeliling sedia ada.

37) Mengurangkan beban tugas guru terutama dalam kerja kerani. E-pelaporan/data/ict dan sebagainya perlu mempunyai kerani/pembantu yang buat dan bukan menjadi tambahan kepada tugas guru. Harap dapat memberi peluang kepada guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar membuat kerja kerani semata-mata.

38) Hapuskan spsk. Membazir fail dan kertas.

39) Memberi kuasa kepada guru untuk merotan...memberi jaminan pembelaan sekiranya berlaku hal-hal kemalangan seperti kemalangan semasa membawa keluar murid agar guru terus terbela.

40) Menghapuskan sistem pencerapan guru

41) Markah prestasi tidak dinilai oleh pentadbir tetapi wujudkan satu sistem yang dapat merekodkan setiap tugasan yang telah guru laksanakan. So boleh detect sape banyak buat keje sape tak buat keje sangat. Baru adil, tak dela kaki kipas, tak dela isu pentadbir bagi markah berdasarkan emosi semata2, tak ada isu kena ugut dgn pentadbir dan sebagainya. (boleh baca semua isu pemberian markah prestasi di group kgm)

42) Kurangkan program sekolah yang tidak memberi faedah, membuang masa guru dan menggunakan duit poket guru sendiri contohnya majlis konvokesyen tahun 6 @ tingkatan 5, keceriaan tandas, program kelas PAK 21, hari kanak-kanak.

43) Harap pihak tuan dapat membuat pertukaran guru dengan lebih adil dan tepat sebab kadang-kadang pertukaran yang dibuat terutamanya dlm daerah merugikan guru dan dan pihak sekolah. Ini sebab pertukaran yg dibuat oleh PPD tidak mengambil kira kepakaran dan opsyen semasa/terkini guru, hanya bergantung pada maklumat opsyen asalnya yang kadang-kadang guru tersebut tidak mengajar opsyen asalnya berbelas/berpuluh tahun. Contohnya opsyen asalnya P.Melayu dan guru sambung belajar buat opsyen/bidang lain, PPD langsung tidak mengambil kira bidangnya yang terkini/kepakarannya yang terkini. Rugilah kepakaran yang ada pada guru tersebut tidak boleh diguna untuk pelajar.

44) Disiplin pelajar sekarang, hanya guru di sekolah yang mengetahui keadaan sebenarnya tentang masalah disiplin ini, tetapi laporan yg dihantar ke pihak atasa n...contonya ppd ke jpn...tidak melaporkan hal yang sebenarnya untuk menjaga kedudukan masing-masing. Semua laporan baik tetapi hakikat sebenarnya tidak.

45) Kaji semula subjek untuk sekolah rendah yang rasanya terlalu tinggi sukatannya dan terlalu banyak subjek yang hendak disumbatkan ke dalam otak kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun.

46) Mohon kaji bidang sukan dan permainan untuk sekolah rendah yang terlalu hendakkan hasil terlalu awal. Umur 10 tahun dah nak jadikan Moktar Dahari,sepatutnya sekolah rendah diberikan asas-asas permainan/kemahiran.

47) Sistem sekarang terlalu tumpukan peperiksaan, semua guru besar/pengetua hanya nakkan A. Harap dapat ubah keadaan ini terutamanya sekolah rendah. Menidakkan kemahiran dan keadaan budak yang berumur 6-12 tahun.

48) Wujudkan pembantu guru di bengkel reka bentuk dan teknologi

49) tingkatkan bajet untuk per kepala murid utk kokurikulum dan akademik. guru perlu keluarkan duit sendiri untuk fotostat latihan murid, beli bahan untuk aktiviti rumah sukan dan lain-lain.

50) Mewujudkan sekolah khas untuk anak OKU, dan mereka tidak dicampurkan semua dalam satu bilik darjah, diasingkan supaya memudahkan guru yang terlibat. Anak ini tahap IQ mereka berbeza, terutama anak autisme, serebal palsi, disleksia, supaya mereka boleh dididik mengikut kemampuan mereka.

51) Hapuskan sistem linus yang menipu keadaan murid yang tidak boleh membaca dan mengira.

52) Tambah tempoh masa pembelajaran Sains. Nak minta rakyat minat Sains tapi peruntukan masa paling sedikit.

53) Jika masih ada peperiksaan jangan ketepikan hak meraikan kejayaan murid hanya disebabkan murid lemah akan terasa. Murid yang berusaha bersungguh-sungguh akan hilang motivasi. Meraikan secara berpada tak salah rasanya. Jangan keterlaluan.

54) Waktu PdPC guru yang padat daripada 24 waktu kepada sekarang 32 waktu.

55) Murid Tahun 1 wujudkan kelas berfokus, mereka hanya diajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesenian dan Pendidikan Jasmani sahaja selama setahun di Tahun 1.

56) Wujudkan kembali sistem persekolahan tidak lulus tidak naik darjah. Dengan ini kita tak himpun murid yang tidak menguasai bersama-sama murid yang menguasai dalam satu darjah, kesian mereka, sistem membunuh mereka ( murid tidak menguasai ) dalam keadaan kita tak menyedarinya.

57) Menaiktarafkan Guru Kafa di Kelantan dan dalam masa yang sama murid di Kelantan juga dapat sama belajar lima kali seminggu Kafa seperti pelajar di negeri lain. Sekarang murid hanya dapat belajar kafa tiga kali seminggu. Penting adanya kelas Kafa dalam pembentukan sahsiah dan jati murid anak gen Y ini yang mana kelas kafa ini lebih berfokuskan amali dalam pengajian agama sebagai contoh yang paling nampak kami di Kelantan akan bersama anak murid untuk solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Harap sistem Kafa di sesetengah negeri dan tempat dapat diselaraskan. Mohon juga gaji guru Kafa bukan berbetuk elaun malah selaraskan kepada gaji tetap. Jasa guru Kafa harus juga tidak dipandang enteng. Mohon sangat YB ada penambahbaikan dalam membantu sistem pendidikan kafa di beberapa buah negeri dan tempat. Mohon ada penyelarasan juga.

58) Kaji elaun perjalanan guru ke mesyuarat atau aktiviti menggunakan kenderaan sendiri.

59) Sebagai guru Sejarah, saya mohon silibus berdasarkan teori barat dalam buku teks diubah. Sejarah Islam perlu diberi penekanan selaian sejarah negara sendiri untuk pupuk jati diri anak-anak didik yang terus leka dengan gajet dan hiburan.

60) Utamakan peserta yang tamat kursus LCML IAB untuk diangkat sebagai barisan penolong kanan di sekolah.

61) Barisan pentadbir yang tidak efisien hendaklah diberi pendedahan sebenar tugas mereka. Pentadbir yang didapati tidak efisyen, hanya beri arahan, tidak proaktif hendaklah diberi pilihan sama ada ditukarkan atau menjadi guru biasa agar guna tenaga modal insan lebih optimum.

62) Lantikan pentadbir utama bukan fokus kepada gred DG48 sahaja tetapi boleh libatkan DG44 sekiranya mereka lebih berkaliber dan optimis untuk membantu pentadbiran sekolah.

63) Guru yang pernah menanggung kerja pentadbir hendaklah diutamakan kerana mereka lebih berminat, cekap dan sudah ada pengalaman aspek pentadbiran, tambahan pula ada yang telah membuktikan kecemerlangan yang dicapai.

64) Penjadualan aktiviti koko sepanjang tahun harus diberi perhatian.. kadang-kadang bertindih antara akademik dan koko.. guru yang menguruskan koko dan akademik tertekan.. begitu juga pelajar. Contohnya: Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan selang dua hari dengan peperiksaan sebenar PT3.

65) Masih banyak sekolah yang kekurangan guru.. jadi banyak subjek diberikan pada guru yang kurang pengetahuan bagi subjek tersebut.. graduan kan banyak.. kenapa tak dihantar ke sekolah???? Pelik

66) Satu lagi, semua Ketua Bidang dan Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah diberikan elaun kerana beban tugas mereka sama walaupun mereka di sekolah berbeza gred.

67) Mohon mewujudkan jawatan khas warden asrama bukan guru. Guru yang ditugaskan menjadi warden berasa tertekan dan hilang fokus kepada kerja hakiki kerana terpaksa bertugas 24 jam.

68) Memastikan bilangan murid dalam satu kelas tidak melebihi 25 orang

69) Mohon sukatan pelajaran Matematik dikurangkan dan rendah sikit tahap penguasaan terutama sekolah rendah, tidak dimasukkan tajuk sekolah menengah supaya murid dapat kukuh fakta asas dan tajuk lain. Fikirkan sekali murid yang luar bandar.

70) Kaji semula frogvle:

- Selidik semula kemudahan infrastruktur:

*Komputer

*Internet

71) Selaraskan sistem online

- Jangan asingkan. Jadikan satu agar mudah guru nak update, elak kekeliruan. Bila terlalu banyak sistem guru pun keliru mana satu.

- Jika sistem online dihimpunkan dalam satu tempat ia akan memudahkan guru, pihak PPD, JPN dan KPM untuk ‘trace & update.’

72) Wujudkan sistem pendidikan acuan sendiri (Malaysia)

- ‘Stop implement education’ dari negara luar.

- Kalau nak ambil pun, pastikan ia sesuai utk diamalkan di Malaysia.

73) Kaji semula infrastruktur/kemudahan asas di sekolah

- Kerusi dan meja yang lama perlu diganti.

74) Hentikan tambah pelbagai perkara dalam prasekolah. Saya faham prasekolah tempat di mana murid amat mudah dibentuk dan diajar dengan perkara baharu tetapi, jika terlalu banyak perkara ditambah dalam kurikulum dan aktiviti yang sedia ada. Saya khuatir guru pra tak dapat laksanakan dengan baik.

75) Beri peluang murid berinteraksi dgn golongan OKU. Agar murid tahu bagaimana untuk berkomunikasi dan belajar cara menghormati golongan OKU.

- Lahirkan generasi yang peka dgn masyarakat.

- Belajar memahami individu yg kelainan upaya.

- Tanamkan sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

76) Hantar guru ke Finland setahun. Belajar daripada dasar pendidikan terbaik dunia.

77) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkenalkan semula khusus kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

78) Setiap kelas dilengkapi peralatan TV LCD atau projektor, Speaker dan pendingin hawa.

79) Pelajar dalam kelas dihadkan hanya 25 orang.

80) Waktu rehat pelajar selama satu jam.

81) Waktu sekolah dari jam 8 pagi dan balik pada jam 1 petang.

82) Mata pelajaran Geografi wajib belajar dari tingkatan 1-5.

83) Semua bahagian seperti bahagian sekolah harian, SBP, TekVok, BPi, Sek Sukan digabungkan menjadi satu. Lebihan pegawai di KPM hantar ke sekolah jadi cikgu.

84) Kurangkan bilangan pegawai di PPD, kembali ke sekolah menjadi guru.

85) Ringankan beban pendidik drpd kerja2 pengkeranian, filling, e- dll, agar pendidik lebih fokus dlm PDP.

86) Kaji semula sistem pendidikan, pelajar bukan tikus makmal. Sistem dulu lebih baik dari sekarang dan tahap pendidikan lebih berkualiti. Jangan kerana inginkan ramai anak yang berada dalam sistem pendidikan, atau dapat ke menara gading, direndahkan martabat pendidikan. Finland mempunyai sistem pendidikan yang terbaik.

87) Beri kelonggaran kepada guru untuk menjalankan pdpc mengikut kreativiti guru. Pdpc tidak sepatutnya hanya di kelas sahaja. Banyak sekolah tidak membenarkan program lain dijalankan pada waktu persekolahan contohnya hari sukan, pertandingan minggu akademik pada hal aktiviti berikut juga merupakan elemen dalam pdpc.

88) Pengambilan guru akan datang perlu diutamakan kepada graduan yang layak sahaja bukannya mengambil guru yang belum mempunyai ikhtisas dalam pendidikan.

89) Syarat menjadi pengetua bukan adanya NPQEL tetapi yang lebih penting prestasi semasa, komitmen, pengalaman dan juga penilaian daripada guru.

90) Guru diberi sedikit peluang utk menilai pengetua dan pentadbir seperti mana pentadbir menilai guru.

91) Kurangkan bilangan murid dalam setiap bilik darjah kepada 15 hingga 20 murid sahaja

92) Hentikan sistem ranking sekolah bagi elakkan murid dilatih untuk skor exam semata-mata dan bukannya untuk peningkatan kendiri pada masa akan datang.

93) Luluskan mohon tukar yang dah sekian lama tu, dah anak 4 pun tak dapat lagi ikut suami

94) Tambah subjek wajib lulus PI dan BI.

95) Harap yuran sekolah tak bebankan ibu bapa.

96) Mohon Menteri Pendidikan baharu akan meletakkan syarat yang ketat untuk makanan yang dijual di kantin sekolah. Cukup2 lah anak-anak dihidangkan dengan nugget, sosej dan ‘serbamoknika’ makanan yang tidak sihat. Minda yang sihat terbina daripada fizikal yang sihat. Fizikal yang sihat, berasal daripada pemakanan yang sihat.

97) Mesin fotostat yang canggih yang boleh asing kertas soalan ikut set dan staple.

98) Mohon kaji semula sukatan KSSM yang terlampau tinggi aras dan tidak sesuai untuk tahap pelajar kebanyakan sukatan KSSM banyak campur tangan daripada pihak lain yang berkepentingan. Sepatutnya guru yang perlu sama duduk berbincang untuk menggubal sukatan.

99) Mansuh vle frog. Banyak lagi medium lain boleh guna. Jangan tekan guru untuk menjawab surat tunjuk sebab tak capai pengarah kpi penggunaan vle. Yang penting pdp sampai. Pelajar pun dapat

100) Gantikan peralatan komputer yang telah usang dan luput (PC dan Projector)

101) Hapuskan terus perjawatan yg tidak penting di PPD dan JPN ( SIP dan SISC+, Sektor Jaminan Kualiti) Perkasakan Jamaah Nazir sekolah sudah mencukupi.

102) Salurkan peruntukan Pengurusan Pembangunan dan Perolehan terus ke PPD bagi mengelakkan birokrasi di JPN. Hapuskan perjawatan Pembangunan dan Perolehan di JPN.

103) Kurangkan beban kerja guru dengan menghapuskan beberapa aplikasi sistem pengkalan data yang tidak efisyen. Cukup dengan satu atau dua sistem sahaja seperti EMIS ( gabung semula eg guru dan eg-tukar) dan APDM.

104) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga harus dihapuskan kerana banyak mendatangkan isu dan masalah serta membebankan pengurusan sekolah. Guna kaedah lain yang lebih efektif dan mempunyai kebolehpercayaan.

105) Memperkasa semula fungsi Institut Pendidikan Guru seluruh negara yang berperanan melatih guru sama ada di peringkat rendah atau menengah. Kembalikan elaun bulanan bagi guru pelatih.

23 Mei 2018

THE MAHATHIR FACTOR

Anak semua bangsa, bangsa semua agama, warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.
Parti United Malays National Organisation yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dan didukung oleh Inggeris akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama.
Saya amat gembira apabila melihat Najib dan Rosmah tidak melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet peribadi yang dikatakan dihantar dari Jakarta telah dikepung oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang.
Saya akan dituduh munafik jika saya tidak mengakui betapa gembiranya saya apabila melihat Razak Baginda, Arul Kanda, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang didakwa cuba menghilangkan diri, atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.
Saya amat amat gembira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gembira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gembira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca, pilihan raya ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.
Kegembiraan dari saya ini bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gembira melihat Najib masuk penjara bukan bermakna berdendam.
Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gembira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.
Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya bergembira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akhirnya masuk penjara.
Kegembiraan yang lahir ini adalah watak dan ciri-ciri gerakan politik. Di mana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku. Apabila yang zalim dijatuhkan, ppabila yang jahat dapat ditewaskan, apabila penyamun dapat ditangkap, maka kegembiraan adalah jawapannya.
Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 warga kota Moscow gembira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya di Paris pada 21 Januari 1793, ramai warga kota Paris menari, bertandak dan menyanyi mabuk gembira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gembira melihat Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gembira apabila melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.
Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation, semenjak gerombolan Ketuanan Melayu ini mengambil alih kuasa dari British, Tanah Melayu telah dilanggar malapetaka.
Pada Rabu, 9 Mei 2018, malapetaka atau nakba dalam bahasa Arab telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghempap berat kehidupan anak semua bangsa di Tanah Melayu.
9 Mei malapetaka tercabut
Rabu 9 Mei 2018 malapetaka tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semua bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergembira.
Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk menolak dan mengenepikan pandangan yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.
Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walaupun menang ia tidak memiliki makna.
Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14. Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal. Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.
Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.
Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah, pandangan yang silap, pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei.
Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik masa depan dengan jelas dan tuntas.
Walau apa pun akhirnya kita semua dapat melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.
Dalam suasana kegembiraan, ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis – yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa perkara yang wajib saya tuntaskan. Perkara yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah, babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam putih untuk bahan sejarah.
Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah kejatuhan United Malays National Orgnisation pada Rabu 9 Mei 2018, maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.
PERTAMA: Kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI - The Mahathir factor.
Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk mengalahkan gerombolan Najib dan konco-konconya.
Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Mahathir.
Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir.
The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan.
Langkah bunuh diri
Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergembira.
Tiga bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama.
Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan, dan, dan…telah digunakan untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Secara bijak pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.
Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir menggegarkan politik Malaysia.
Tup-tup, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.
Inilah bukti faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.
Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Mahathir yang membawa pukulan maut kepada Najib dan Rosmah.
KEDUA: Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini.
Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.
Mahathir TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.
Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Di sinilah kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.
Kepada Mahathir Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa si Najib ini.
KETIGA: Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah.

Cukong lari dari Najib
Sama ada cukong yang bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok (bawah) ialah gambaran tentang elit ekonomi, para cukong telah mula melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.
Kesampaian Rafidah Aziz dan Rais Yatim masuk ke dalam saf Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.
Kemudian saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik
Kemudian Mahathir menulis surat surat terbuka kepada PDRM, tentera laut, darat dan udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sedemikian. Hanya Mahathir yang berupaya menulis surat ini.
Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangkan kepada anak semua bangsa bahawa angkatan tentera laut tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukan huru-hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.
Sebelum Mahathir menulis surat, seorang pemimpin tentera darat didakwa menyatakan soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.
Perbuatan bangang ini telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan membuat kenyataan baru.
Semua ini petanda yang jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga ke saat kemenangan tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.
Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergembira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka, orang jahat akan disula.
Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.
Tetapi hakikatnya, meminta mereka disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka kerana kemenangan yang telah dibawa oleh faktor Mahathir. END
(sumber: Hishamuddin Rais)

20 Mei 2018

LUAHAN HATI TUN MAHATHIR TERKINI








PERJUANGAN TERAKHIR
Tun Mahathir bin Mohamad

Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan

Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa

Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMu, pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih dikurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku

Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq, menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman

Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi pendinding menghadapi Munkar dan Nangkir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq

Amin Ya-Rabbal 'alamin

- Tun Dr Mahathir

19 Mei 2018

NAJIB DALAM PERANGKAP CHINA?

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: 1MDB, NAJIB, DAN JHO LOW DALAM PERANGKAP HUTANG CHINA

1. Tergamam seluruh rakyat Malaysia apabila ringkasan laporan audit 1MDB didedahkan oleh Ketua Audit Negara susulan arahan kerajaan Pakatan yang baharu.  Siapa yang tidak terkejut dengan angka-angka hutang yang tertera.  Lebih parah, kebanyakan laporan audit berkenaan menyamai tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika (DoJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.  

2. Tidak menghairankan, seluruh negara kini mengecam mantan Perdana Menteri Najib Razak dan menyokong sepenuhnya siasatan menyeluruh yang diambil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera menggeledah kesemua premis kediaman beliau.  

3. Namun demikian, dalam menilai kes 1MDB ini rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Najib Razak sebenarnya seorang ‘kleptokrat’ yang turut telah diperangkap oleh satu kuasa dunia yang bukan calang-calang: China.  

4. Benar, Najib masih perlu dibicara dan dibuktikan sebagai seorang Kleptokrat – iaitu seorang pemimpin yang merompak harta negara dan menjadikannya sebagai harta peribadi – namun beliau tidak keseorangan dan beliau bukanlah perancang utama kesemua transaksi 1MDB yang melarikan wang rakyat Malaysia ke seluruh dunia.  Individu yang bertanggungjawab ialah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.  

5. Benar, sifat tamak berkemungkinan besar telah mendorong tindakan kleptokrasi Najib.  Namun apa yang lebih dahsyat lagi ialah akibat berantai daripada kleptokrasi Najib tersebut yang mengundang tekanan DoJ Amerika dan seterusnya ‘penggadaian’ sebegitu banyak kepentingan negara ke tangan China.

6. Bagaimana China memerangkap Najib Razak melalui Jho Low? Apakah kaitan antara Jho Low dan 1MDB?  Apakah hubungkait antara Jho Low dengan China?

7. Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Jho Low bukan sehari dua mengenali Najib Razak, sebaliknya sudah bertahun-tahun – melalui persahabatan Jho Low dan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz (anak Datin Seri Rosmah Mansor).  Mereka mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menuntut di luar negara.

8. Bukan kebetulan bahawa Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 – iaitu syarikat pelaburan strategik kerajaan Negeri BN Terengganu ketika itu, Terengganu Investment Authority (TIA).  TIA ditubuhkan sejurus selepas Najib Razak dilantik menjadi Menteri Kewangan di penghujung era Tun Abdullah Badawi.

9. Apabila Najib Razak naik ke posisi Perdana Menteri, TIA yang tidak lagi mendapat komitmen kerajaan BN Terengganu telah dijadikan sebagai syarikat milik kerajaan persekutuan dan dinamakan sebagai 1Malaysian Development Berhad (1MDB).  Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB yang baharu, namun beliau terbukti memainkan peranan besar di balik tabir.

10. Bermodalkan hanya RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan sebegitu banyak aset dan hutang dalam masa yang sama.  Aset 1MDB kebanyakannya dalam lapangan tenaga seperti telaga minyak serta loji penjana kuasa dan hartanah.  Kebanyakan pemerolehan aset ini boleh dikenalpasti sebagai berhubu…
[08:01, 5/19/2018] Hubby: PENDEDAHAN EKSKLUSIF: 1MDB, NAJIB, DAN JHO LOW DALAM PERANGKAP HUTANG CHINA

1. Tergamam seluruh rakyat Malaysia apabila ringkasan laporan audit 1MDB didedahkan oleh Ketua Audit Negara susulan arahan kerajaan Pakatan yang baharu.  Siapa yang tidak terkejut dengan angka-angka hutang yang tertera.  Lebih parah, kebanyakan laporan audit berkenaan menyamai tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika (DoJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.  

2. Tidak menghairankan, seluruh negara kini mengecam mantan Perdana Menteri Najib Razak dan menyokong sepenuhnya siasatan menyeluruh yang diambil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera menggeledah kesemua premis kediaman beliau.  

3. Namun demikian, dalam menilai kes 1MDB ini rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Najib Razak sebenarnya seorang ‘kleptokrat’ yang turut telah diperangkap oleh satu kuasa dunia yang bukan calang-calang: China.  

4. Benar, Najib masih perlu dibicara dan dibuktikan sebagai seorang Kleptokrat – iaitu seorang pemimpin yang merompak harta negara dan menjadikannya sebagai harta peribadi – namun beliau tidak keseorangan dan beliau bukanlah perancang utama kesemua transaksi 1MDB yang melarikan wang rakyat Malaysia ke seluruh dunia.  Individu yang bertanggungjawab ialah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.  

5. Benar, sifat tamak berkemungkinan besar telah mendorong tindakan kleptokrasi Najib.  Namun apa yang lebih dahsyat lagi ialah akibat berantai daripada kleptokrasi Najib tersebut yang mengundang tekanan DoJ Amerika dan seterusnya ‘penggadaian’ sebegitu banyak kepentingan negara ke tangan China.

6. Bagaimana China memerangkap Najib Razak melalui Jho Low? Apakah kaitan antara Jho Low dan 1MDB?  Apakah hubungkait antara Jho Low dengan China?

7. Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Jho Low bukan sehari dua mengenali Najib Razak, sebaliknya sudah bertahun-tahun – melalui persahabatan Jho Low dan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz (anak Datin Seri Rosmah Mansor).  Mereka mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menuntut di luar negara.

8. Bukan kebetulan bahawa Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 – iaitu syarikat pelaburan strategik kerajaan Negeri BN Terengganu ketika itu, Terengganu Investment Authority (TIA).  TIA ditubuhkan sejurus selepas Najib Razak dilantik menjadi Menteri Kewangan di penghujung era Tun Abdullah Badawi.

9. Apabila Najib Razak naik ke posisi Perdana Menteri, TIA yang tidak lagi mendapat komitmen kerajaan BN Terengganu telah dijadikan sebagai syarikat milik kerajaan persekutuan dan dinamakan sebagai 1Malaysian Development Berhad (1MDB).  Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB yang baharu, namun beliau terbukti memainkan peranan besar di balik tabir.

10. Bermodalkan hanya RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan sebegitu banyak aset dan hutang dalam masa yang sama.  Aset 1MDB kebanyakannya dalam lapangan tenaga seperti telaga minyak serta loji penjana kuasa dan hartanah.  Kebanyakan pemerolehan aset ini boleh dikenalpasti sebagai berhubungkait dengan Jho Low di mana bukti jelas menunjukkan hubungan rapat beliau dengan Najib Razak dan juga usahawan Arab, disamping Putera Arab Saudi yang bernama Putera Turki.  Gambar percutian Najib sekeluarga bersama Jho Low, usahawan Arab, dan Putera Arab di atas kapal mewah tersebar luas.

11.  Kontroversi besar mulai timbul apabila beberapa siri transaksi pembayaran 1MDB dilakukan ke beberapa akaun yang meragukan – disokong pula fakta pembelian dan pelaburan aset besar-besaran yang dilakukan oleh Jho Low di luar negara.  Akibatnya, kerajaan Malaysia (baca: Rakyat Malaysia) yang menjadi penjamin terpaksa membayar hutang dan faedah (riba) 1MDB kepada syarikat gergasi seperti IPIC (UAE) yang membeli bon pinjaman 1MDB sedangkan pembayaran yang didakwa telah dilakukan 1MDB entah ke mana.  Bahkan Audit kewangan 1MDB tidak dilaporkan kepada umum untuk tempoh beberapa tahun.

12. Maka Tahulah rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan luar biasa mewah Jho Low di luar negara seperti berparti bersama Paris Hilton, menghadiahkan barang kemas mewah kepada model Miranda Kerr, dan pembikinan filem separa lucah ‘Wolf of Wall Street’ oleh anak tiri Najib, Riza Aziz (rakan Jho Low sejak zaman belajar) adalah berpunca daripada wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun yang meragukan tadi – istilah mudahnya ‘penggubahan wang haram’. 

13. Jho Low jelas sekali merupakan suspek broker penting membantu Najib Razak melarikan wang 1MDB untuk dilaburkan di luar negara.  Tidak terhenti setakat itu, tidak kurang daripada tujuh negara telah memulakan siasatan ke atas transaksi dan peredaran dana 1MDB ke seluruh dunia apabila DoJ Amerika bertindak pada 2016.

14. Perangkap China ke atas 1MDB dan Najib boleh dilihat dalam masa tempoh antara 2016 ke 2017 sebelum diakhiri PRU-14 2018.  Tempoh kritikal ini menyaksikan kronologi berikut: pada Julai 2016 DoJ Amerika telah membuat siaran langsung pertuduhan ke atas 1MDB ke seluruh dunia.  Tidak sampai empat bulan, Najib Razak telah ke China dan menandatangani empat belas MoU dengan China pada November 2016.  

15. Nilai MoU yang melebihi RM140 bilion tersebut menimbulkan tanda tanya meluas kerana ia bukan sahaja melibatkan pengumuman mengejut projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), bahkan juga pembelian aset ketenteraan Littoral Mission Ship (LMS) dari China.  Kos ECRL bukan sahaja terlampau tinggi, bahkan tidak pernah dibincangkan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya sejak kali terakhir dijalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).

16. Pembelian LMS dari China juga mengejutkan kerana ia adalah pembelian aset ketenteraan laut pertama Malaysia dengan China.  Masa pembeliannya juga dipersoalkan secara meluas kerana kapal milik China diketahui ada menceroboh perairan Malaysia sejak 2013 dan 2014 lagi.  Mengapa membeli aset tentera laut yang menceroboh perairan kita? Mengapa tidak membeli LMS dari negara lain yang tidak terlibat dengan pertikaian Laut China Selatan sahaja yang juga mampu membekalkannya?

17. Tidak cukup dengan sebegitu banyak MoU yang meragukan dengan China tersebut pada November 2016, Najib Razak turut menulis secara eksklusif di akhbar China sewaktu lawatan beliau tersebut. Mesej penting yang disampaikan Najib ialah: Malaysia menghormati China yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kecil seperti Malaysia – tidak seperti kuasa ‘bekas penjajah’ yang mengamalkan dasar campur tangan.  Jelas mesej beliau itu ditujukan kepada Amerika Syarikat yang memulakan siasatan ke atas kes 1MDB.

18. Namun begitu, China jelas sekali memperoleh laba paling besar dalam kemelut 1MDB ini.  Bukan sahaja mereka mengambilalih Edra Energy milik 1MDB yang kini menaja pasukan bola sepak Melaka United, bahkan memperoleh tapak untuk mengatasi laluan Singapura melalui ECRL melalui jalan darat, dan kontrak membekalkan LMS kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).  Paling membimbangkan tentulah rekod ‘perangkap hutang’ (soft loan) infrastruktur China di seluruh dunia.

19. Ulasan sarjana terkemuka Joseph Nye dan laporan majalah berpengaruh The Economist tentang ‘Sharp Power’ China perlu diperhatikan dalam merungkai pertalian Jho Low-China-1MDB.  ‘Sharp Power’ atau ‘Kuasa Penembusan’ China merujuk pada kecenderungan China untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan tadbir urus sesebuah kerajaan asing dengan ‘menembusi’ dan memerangkap mereka melalui hutang dan projek infrastruktur berskala gergasi. Sama seperti mana dalam kes Sri Lanka, Maldives, dan Venezuela, Malaysia di bawah Najib Razak telah jatuh ke perangkap yang sama.

20. Sehingga ke hari ini, Jho Low masih bebas sedang Najib Razak telah disiasat.  Bukan sedikit pihak yang menyatakan bahawa Jho Low kini bersembunyi di China (termasuklah akhbar The Australian).  Malah sewaktu lawatan Najib ke China, beliau turut membawa bersama anak tiri beliau Riza Aziz yang merupakan sahabat rapat Jho Low.  Tersenarainya nama Riza Aziz dalam jemputan kerajaan China mengukuhkan dakwaan hubungan Jho Low dengan China bukan sebarangan.

21. Kesimpulannya kerajaan Pakatan di bawah Tun Dr. Mahathir perlu mengambil tiga langkah segera berikut: pertama, kerajaan perlu segera menghubungi kerajaan China dalam mendapatkan maklumat tentang keberadaan Jho Low. Tanpa Jho Low, siasatan ke atas Najib Razak dan 1MDB tidak akan sempurna.  Kedua, perancangan alternatif dan cadangan untuk kesinambungan projek infrastruktur gergasi yang dibiayai hutang China yang bakal disemak perlu diperhalusi.  Ketiga, kerajaan perlu merundingkan hubungan Malaysia-China bagi menangani potensi ancaman ‘Kuasa Penembusan’ (Sharp Power) China kelak.  Status China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia yang juga merupakan kuasa dunia tidak sewajarnya memberi kebebasan kepada mereka untuk memaksa penerusan projek hutang gergasi yang ditinggalkan Najib dan dibroker oleh Jho Low.  

(sumber: Abdul Muein Abadi)