DUA gaya berbeza
ditonjolkan Asisten Superintendan Zam Halim tatkala janji temu di Jabatan Unit
Udara PDRM, Sungai Besi, Kuala Lumpur, awal pagi itu. Bermula dengan pakaian
rasmi PDRM berwarna biru gelap, juruterbang berpengalaman ini mencuri perhatian
dengan persalinan sut keselamatan berwarna jingga, sekali gus menampakkan
kredibilitinya sebagai perwira negara.
Sama
ada uniform rasmi PDRM mahupun sut keselamatan sebagai juruterbang, cabaran
yang digalas di bahu juruterbang berusia 37 tahun ini tetap sama - sentiasa
bersedia melakukan pelbagai misi penting termasuk mengetuai pasukan pemantau
keselamatan udara.
Pada sesi
temuramah itu, Zam Halim tidak keberatan membawa penulis meninjau isi perut
pesawat Beechcraft King Air 350 yang digunakan PDRM sejak tahun lalu.
Jentera udara berwarna putih itu menjadi sebahagian daripada jentera dan perkakasan yang digunakan PDRM dalam misi keselamatan udara. Mampu memuatkan hingga 17 penumpang, keupayaan pesawat yang mampu terbang sejauh 500 kilometer sejam itu benar-benar mengagumkan.
“Sebagai juruterbang PDRM, kita perlu sentiasa bersedia menerbangkan pesawat bila-bila masa dengan aspek keselamatan diberi tumpuan utama.
“Bukan saja meliputi tugas di sekitar Lembah Klang, Jabatan Unit Udara yang menempatkan juruterbang dan anggota polis perlu bersedia dengan pelbagai misi penting demi keamanan negara,” kata penghias muka depan XY - Ikon Lelaki ini yang mula menyertai PDRM sejak 1997.
Zam Halim berkata, skop kerjayanya cukup besar termasuk bekerjasama dengan agensi keselamatan lain bagi memantapkan sistem keselamatan negara.
Ditanya mengenai skop tugas Jabatan Unit Udara PDRM, ASP Zam Halim berkata, jabatan itu bekerjasama dengan semua unit dalam PDRM termasuk agensi kerajaan lain bagi mencegah jenayah.
“Sejak ditubuhkan pada 1979, Jabatan Unit Udara PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dalam operasi bersama. Ini sudah menjadi sebahagian daripada matlamat penubuhan jabatan ini sendiri.
“Sejak diserapkan pada 2002, saya juga diberi peluang menyertai misi bersama wakil agensi kerajaan termasuk Ops Patkor Optima dan Ops Tambak selain operasi mencari orang hilang,” katanya.
Tugas getir dan misi menyelamat, semua pengalaman itu dikongsi dalam temu bual bersama XY - Ikon Lelaki termasuk rekod penerbangannya yang sudah pun mencapai 2,500 jam. Ikuti kisah wira udara ini...
Bagaimana titik tolak anda menjadi juruterbang PDRM?
Saya tidak terus menjadi juruterbang ketika mula menyertai PDRM pada 1997. Kira-kira setahun selepas menamatkan kursus sebagai polis, saya ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Manjung, Perak.
Bagaimanpun, sudah menjadi tekad saya untuk menjadi juruterbang. Lalu saya memohon jawatan itu dan alhamdulillah, cita-cita saya tercapai pada 1999 apabila berpeluang mengikuti kursus awal latihan sebagai juruterbang.
Apakah antara kriteria menjadi juruterbang dan apakah mudah memohon jawatan ini?
Selain mengambil kira keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aspek kesihatan dan kemampuan berdepan tekanan udara turut diambil kira bagi melayakkan seseorang memohon jawatan juruterbang.
Saya bertuah kerana bukan saja berada dalam kelompok 250 penyertaan awal, malah layak ke saringan 30 peserta, sebelum dikecilkan kepada tujuh anggota untuk menjalani kursus awal sebagai juruterbang.
Bagaimana pembelajaran sepanjang tempoh latihan itu? Mungkin anda boleh berkongsi sedikit pengalaman yang ada?
Tiada yang lebih menggembirakan saya kerana ini adalah profesion yang saya cita-citakan sejak dulu lagi. Pada peringkat awal, ujian dilakukan di Ipoh bagi kursus lesen juruterbang peribadi (PPL). Namun, daripada tujuh anggota yang menyertainya, hanya tiga anggota termasuk saya yang layak dalam ujian yang dikendalikan selama lapan bulan itu.
Antara aspek yang ditekankan termasuklah ujian IQ, matematik dan bahasa Inggeris. Kejayaan saya itu membolehkan saya diserapkan ke seksyen kapal terbang, manakala dua anggota lain ditempatkan di seksyen helikopter.
Tentu ada cerita di sebalik pengalaman kali pertama menerbangkan pesawat?
Gembira, gementar semua sekali saya rasakan ketika pertama kali dipertanggungjawabkan menerbangkan pesawat dalam penilaian asas untuk lulus ujian penerbangan.
Cuaca pagi itu cukup baik. Bayangkan, saya perlu menerbangkan pesawat secara solo daripada proses menerbangkan pesawat hinggalah ke pendaratan. Syukur dua penerbangan secara solo selama dua hari berlangsung dengan lancar.
Sejak bergelar juruterbang pada 2002, apakah misi yang anda lakukan bersama pasukan Jabatan Unit Udara PDRM?
Banyak misi yang sudah saya lakukan bersama pasukan ini termasuk tugasan rondaan udara, membanteras kes seludup dan kerjasama latihan untuk membantu meningkatkan sistem keselamatan negara.
Pada masa sama, saya berpengalaman menyertai aktiviti pemantauan trafik, rondaan marin dan penyeludupan selain membantu misi bantuan Mercy.
Boleh anda ceritakan sedikit mengenai kekuatan model pesawat Beechcraft King Air 350?
Sudah menjadi kebanggaan warga PDRM apabila model kapal terbang yang menjadi antara yang terbaik, dimiliki pasukan. Pesawat Beechcraft King Air 350 memiliki navigasi yang setanding dengan sistem pesawat komersial yang lain.
Setakat ini, ada tiga pesawat Beechcraft King Air 350 yang mula digunakan Jabatan Unit Udara PDRM, tahun lalu. Sebenarnya, selain model kapal terbang ini, ada dua lagi model lain yang biasa saya terbangkan iaitu model Cessna Caravan CE208 dan Pilatus Porter PC6.
Ketiga-tiga pesawat ini memiliki kelebihan tersendiri untuk misi keselamatan.
Bercerita mengenai profesion sebagai juruterbang, boleh anda terjemahkan tugas mencabar ini?
Apa yang dapat saya simpulkan, tugas ini mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi termasuk menyertai pelbagai misi bantuan dan menyelamat.
Dari aspek penerbangan, tugasnya hampir sama saja dengan tentera dan pengendali pesawat komersial lain. Apabila sudah bersedia untuk menerbangkan pesawat, tumpuan harus diberikan sepenuhnya kepada tugas kerana segala tanggungjawab dan keselamatan penumpang terletak di bahu juruterbang.
Apa agaknya lokasi paling jauh yang pernah anda pergi bersama pesawat kebanggaan PDRM ini?
Setakat ini, lokasi paling jauh yang pernah saya terbang bersama pesawat Beechcraft King Air 350 dan dua lagi pesawat lain ialah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Ini membabitkan penerbangan tanpa henti yang mengambil masa antara tiga jam hingga empat jam bergantung pada keadaan cuaca.
Misi menyayat hati & kisah pramugara MAS...
DARIPADA tugas rasmi membawa orang kenamaan hinggalah misi bantuan kecemasan, ASP Zam Halim berkongsi pengalaman lapan tahun berkhidmat dengan Jabatan Unit Udara PDRM. Akui juruterbang berpengalaman ini, setiap misi yang dipertanggungjawabkan mempunyai makna tersendiri.
Kata juruterbang kelahiran Klang, Selangor ini, pengalaman berbeza dilaluinya membuatkan dirinya cukup insaf dan bersemangat.
“Dalam banyak misi penerbangan kecemasan yang saya sertai, satu kejadian ini benar-benar menyentuh perasaan saya apabila ditugaskan membawa jenazah anggota polis suami isteri yang meninggal dalam nahas jalan raya.
“Apa yang membuatkan saya cukup sedih sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pangkalan Chepa, Kelantan itu ialah gelagat kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak berhenti menangis di sisi jenazah ibunya.
“Hanya selepas penerbangan kira-kira 10,000 kaki, barulah anak kecil ini berhenti menangis itupun kerana dia tertidur di sisi jenazah ibunya. Biarpun cuaca ketika itu hujan lebat dan jarak penglihatan terhad iaitu sekitar tujuh kilometer, saya bersyukur segala-galanya selamat,” katanya berkongsi pengalaman duka dalam insiden yang berlaku dua tahun lalu.
Dalam berkongsi cerita sedih, Zam Halim juga bercerita pekerjaannya sebelum menyertai PDRM. Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, beliau pernah merasi pengalaman dalam tiga jenis pekerjaan berbeza.
“Pekerjaan pertama saya ialah sebagai kakitangan bank. Tetapi tidak lama kerana memang bukanlah cara saya untuk bertugas di pejabat semata-mata. Selepas bekerja sebagai kakitangan bank, saya beralih pula syarikat telekomunikasi Celcom, namun ia juga tidak kekal lama.
“Selepas dua jenis pekerjaan ini, saya memohon dua pekerjaan iaitu sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) dan PDRM. Namun, saya menerima tawaran menjadi pramugara terlebih dulu.
“Sebaik tamat kursus, saya mula bertugas di awan biru hingga ke Jakarta, Indonesia,” katanya sambil menambah, sebaik PDRM menawarkannya tempat sebagai anggota polis, beliau meninggalkan MAS kerana cintanya terhadap bidang kepolisan. (sumber: bharian,31/7/11)
Profil
Nama: ASP Zam Halim Jamaluddin
Umur: 37 tahun
Tarikh lahir: 17 Oktober 1973
Tempat lahir: Klang, Selangor
Tinggi: 173 sentimeter
Berat: 72 kilogram
Status: berkahwin
TB: Sengaja TB kutip sumber ini sebagai rekod yang dapat dikesani sebagai tanda pencapaian seorang pendidik pada masa silam. Zam Halim ialah seorang anak didik TB ketika TB berkhidmat sebagai guru di sebuah Sekolah Berasrama PENUH (SBP) di Kuala Lumpur pada tahun 1980-an lalu.TB masih ingat Zam halim yang lemah lembut lenggok jalannya seringkalai datang menemui TB bertanya banyak hal terutama berhubung beberapa aspek kemahiran berkomunikasi. Apatah lagi Zam Halim merupakan salah seorang peserta yang mewakili pelajar sekolah untuk ke pertandingan forum dan perbahasan. Ternyata dengan berkat kesungguhannya beliau dan teman-temannya berjaya menggondol johan peringkat kebangsaan.TB ingin tahu ; antara yang TB masih ingat ialah Abu Razali dan Hasmarizal. Tentu anda kalian telah berjaya menjadi golongan profesional.Harapan TB agar anda kalian berjiwa besar tetapi merendah diri, tabah dan yakin tidak berputus asa demi memperoleh kejayaan dalam apa jua cita-cita. Ya, seperti anda kalian semangat yang pernah Cikgu didik ketika team dalam pasukan forum dan perbahasan ketika suatu masih dahulu. Ah, nostalgia! Begitu pantas masa berlalu........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan