Salam Perjuangan

01 Julai 2011

TANJUNG PAGAR: "JASAMU NAJIB TETAP DIKENANG" -Kah3!


SELURUH  rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih
mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak
selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana
 diserahkan kepada pihak Singapura.Sebagai balasannya, pihak Singapura akan
menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa
 di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP),
 Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah
KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu
sejarah penting kepada negara dan
memberi banyak pengajaran kepada
generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling
 besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup
menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan
material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan
 negara tercinta ini.
Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka
ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
"KTMB mempunyai  tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999
tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini
adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah
(lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan
kepada Harakahdaily, hari ini.
Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak
di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland
hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.
Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British
telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan
untuk tujuan keretapi sahaja.
Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi,
 katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak
 untuk merampas tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak
dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.
Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan
digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang
di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama
Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti
 oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek
 Holdings. 
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan
 sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan
kepada Singapura?
"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat
 M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan
kepada Singapura?" katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah
di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh
M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.
"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas
. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang
daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura
 yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah
jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas
kepada pihak luar?" ujar beliau.
(sumber: MK, 1/7/11)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

Tanpa Nama berkata...

Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?