Salam Perjuangan

19 Julai 2011

DAP PARTI UNTUK ORANG CINA ATAU UNTUK BUKAN ISLAM SAHAJAKAH?

DILAPORKAN Setiausaha Publisiti DAP (ejaan B.M bagi kata singkatan yang betul ialah D.A.P) kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Pua melahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter (TheMalaysianlnsider,18 Julai 2011). Namun hasratnya ini 'disejukkan' oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. DAP  akronim bagi Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik seperti nama parti tersebut yang memperjuangkan kebebasan demokrasi dianggotai ahli pelbagai kaum dan agama.Sebab itulah DAP pernah mempunyai seorang ahli parlimen Melayu yang pernah menang kerusi parlimen di Pulau Pinang pada masa lalu itu ;Allahyarham Ahmad Nor bekas pemimpin Ceupacs yang terkenal pada suatu ketika.

TB tidak mahu komen apa yang dikatakan demokrasi dalam DAP. Apa yang TB tahu DAP yang didominasi oleh kaum Cina  walaupun mendakwa parti tersebut pelbagai kaum. Namun TB sedih kerana  apa yang TB amati sejak dahulu asyik bercakap dan berjuang isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum Cina.TB ingin melihat DAP juga memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi,bahasa ilmu dan bahasa perpaduan negara.

TB juga impikan DAP turut memperjuangkan hak-hak dalam negara demokrasi seperti kepentingan dan hak-hak orang-orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti biasiswa pelajaran untuk bumiputera dan nisbah kekayaan dan kek ekonomi negara yang menyaksikan Melayu dan bumiputera masih ketinggalan dan berada dalam lingkungan kemiskinan. Apakah DAP pernah menyuarakannya? lnilah anjakan paradigma yang patut ada dalam minda para pemimpin DAP andainya DAP mahu diterima pelbagai kaum dan selari dengan perubahan semasa kini.Apatah lagi sekarang UMNO tidak boleh diharapkan seratus peratus memperjuangkan nasib orang-orang Melayu sekarang. Apakah DAP bersedia? (TB). 




2 ulasan:

Taufiq Mubarak berkata...

Nak harap DAP berjuang untuk orang melayu ? Tunggu bulan jatuh ke ribalah !

TIUB BOCOR berkata...

Terima kasih kerana reaktif tuan.