Salam Perjuangan

10 Julai 2011

BERSIH & PDRM: SYABAS DAN TAHNIAH!

WALAUPUN kumpulan  'Bersih' tidak dapat berarak dan berhimpun seperti mana yang dirancangkan dengan teratur, aman dan damai tetapi kejayaannya dapat menarik dan membawa para pengikut,para penyokong dan setiap lapisan rakyat seluruh pelosok tanah air adalah  merupakan suatu kejayaan moral yang tiada tolok bandingnya! Apatah lagi sehingga selepas jam 2.00 petang apa yang TB saksikan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Putra, Jalan Chow kit, Jalan Raja Muda dan lain-lain begitu sepi. Suasana Kuala Lumpur sepi dan lumpuh melebihi daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri!  Bahkan jikalau membandingkan seperti selepas sehari tragedi 13Mei 1969 agak keterlaluan walaupun seakan-akan menyamai.



Jalan Putra 2.45 pm

Jalan Chow Kit  sepi 4.15 pm

Jln Tuanku Abdul Rahman - Jalan Chow Kit
lumpuh aktiviti ekonomi

TB di Jalan TAR yang lengang 


3.55 pm 



Dari segi moral, kerajaan BN yang diterajui PM Najib Razak bagaikan mengalami kekalahan moral. TB yakin sedikit sebanyak boleh memberi kesan dan impak berlakunya krisis kepercayaan dan keyakinan sama ada dalam BN mahupun khususnya dalam Umno sendiri.Seandainya Najib Razak berada dalam situasi yang nyaman politik beliau tidak seharusnya menyekat kemaraan rakyat yang datang mahu berhimpun bagi menyatakan rasa hati dan ketidakpuasan tentang beberapa sistem dan dasar kerajaan selama ini yang tidak banyak memikirkan kebajikan terus kepada rakyat.Ketidakpuasan hati ini nyata diterjemahkan secara langsung berhubung sikap kesamaran dalam sistem pilihan raya negara kita yang dikendalikan oleh SPR selama ini. Aapakah SPR selama ini memikirkan mereka sudah sangat sempurna tanpa cacat cela? Justeru apakah Tan Sri Mahyuddin Yassin mahu mendiamkan diri akibat calar dan carik akibat kegagalan Najib Razak menangani 'Peristiwa 9 Julai' ini?

Kita sedia maklum Jalan Tuanku Abdul  Rahman sebatang jalan utama di Kuala Lumpur yang menempatkan beberapa pusat membeli-belah orang-orang Melayu seperti di Sogo, Kamdar, Mydin, Maju Junction dan sebagainya.Tentu pusat-pusat membeli-belah gergasi pada tanggal 9 Jualai ini telah kerugian atau kehilangan wang beratus-ratus ribu RM  daripada poket orang Melayu kerana disebabkan semua jalan utama menuju Kuala Lumpur ditutup maka kegiatan ekonomi lumpuh sama sekali. Tiada kegiatan membeli-belah orang-orang Melayu pada hari ini. Ah, rupa-rupanya orang Melayu juga ada kuasa ekonomi juga! Ya, kuasa membeli!

Jika ada pun kelihatan pelancong-pelancong dari Australia, lndia, Taiwan, negara-negara Arab yang bersiar-siar,berjalan-jalan mundar-mandir dengan aman dan gembira.Wajah mereka tidak menunjukkan ketakutan dan cemas. lnilah manifestasi sebenar orang-orang Melayu yang tidak bersikap ganas dan masih ada toleransi dan beropan-santun. Namun mengapakah kekasaran dihamburkan dan gas pemedih mata dilepaskan kepada kumpulan orang ramai yang tidak merusuh ganas?Mengapakah PDRM ada ketikanya bertindak ganas?

Apapun dari sudut lain TB ucapkan tahniah kepada PDRM kerana mengambil langkah mencegah daripada mengubatinya. Sehubungan ini PDRM telah berjaya mencegah daripada berlaku apa-apa insiden yang tidak dijangkakan.Kumpulan 'Bersih' tidak perlu kecewa  kerana anda semua telah banyak membuka mata semua pihak. BN dan Umno usah asyik mimpi pada siang hari. Salam perjuangan!(TB).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syira lebih suka klu TB berjuang dalam landasan berkecuali itu adalah lebih baik daripada memihak satu parti politik sahaja.