Salam Perjuangan

23 Mac 2011

VIDEO SEKS SKANDAL TEKA-TEKI?

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

NONEPenayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. (sumber:MKini,22/3/11)


TB juga berharap pihak berkuasa khususnya Jabatan lmigresen Malaysia turut menyiasat,menahan dan mendakwa jika terbukti benar pelacur yang dikatakan pasangan rakaman video tersebut adalah warganegara asing. Macam-macam cerita sebaliknya kita semua hendak tahu.

Tiada ulasan: