Salam Perjuangan

12 Mac 2011

TSUNAMI JEPUN: PERINGATAN KEPADA KITA


Gempa bumi buruk yang melanda Jepun hari ini menggegarkan bangunan dan turut menyebabkan kenderaan tercampak daripada jambatan, lapor rangkaian berita CNN.

Laporan langsung siaran televisyen itu pada petang ini turut menunjukkan kebakaran turut berlaku di kawasan tertentu di negara tersebut akibat gempa bumi pada skala 8.9 richter itu.


Sementara itu, serpihan daripada runtuhan rumah dan juga kapal laut turut dihanyutkan ombak ke arah lebuh raya akibat tsunami yang melanda, ekoran gempa bumi tersebut.
Sekurang-kurangnya sebanyak empat juta rumah di Tokyo dan kawasan sekitarnya pula terjejas apabila bekalan elektrik terputus, lapor CNN dalam laman webnya.

Orang ramai dilaporkan membanjiri jalan-jalan di kota berkenaan dan cuba menghubungi saudara mara mereka melalui telefon bimbit.
Di dalam bangunan pejabat pula kertas-kertas bertaburan dan para pekerja terpaksa bergantung kepada kerusi dan meja mereka.
Tsunami yang berpusat di Laut Pasifik itu kini sedang menuju kawasan pesisir di negara-negara lain, lapor laman itu.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang telah disahkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut, lapor laman rangkaian berita Al-Jazeera.

Kerosakan akibat tsunami itu pula banyak berlaku di kawasan bandar Onahama di daerah Fukushima, lapor laman tersebut yang memetik laporan stesen TV NHK Jepun.

Tsunami dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat itu turut menjejaskan lapangan terbang Sendai di kawasan timur laut Jepun.
Laporan televisyen menunjukkan mangsa yang terpaksa berdiri di bumbung bangunan terminal lapangan terbang berkenaan, lapor Al-Jazeera.

Lapangan terbang lain juga telah ditutup dan perkhidmatan dihentikan. Pesawat tentera pula dilihat terbang di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mengenalpasti keperluan menyelamat.
Turut dilaporkan, satu bumbung dewan runtuh di timur Tokyo menyebabkan ramai cedera.
Satu kebakaran besar turut berlaku di satu pusat penapisan minyak di Iichihara dekat Tokyo, manaka kepulan asap tebal dilihat di sekurang-kurangnya 10 kawasan di bandar itu.Sehingga kini dilaporkan lebih 1000 nyawa hilang akibat malapetaka ini.(sumber: CNN, 11/3/11)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gerun dan peringatan kebesaran Allah

Nina berkata...

sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri....