Gambar Hiasan |
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat segala keputusan kerana jika dibuat secara terburu-buru, bimbang ia boleh membawa kesusahan kepada rakyat dan negara.
Kata beliau, sepatutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti permohonan pengambilan pekerja asing dan bukannya Kementerian Sumber Manusia sahaja. "Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membawa masuk seramai mungkin pekerja asing kerana ada kalanya jumlah yang diluluskan tidak memenuhi keperluan sebenar, sebaliknya ia hanya permainan politik pihak tertentu.
"Kalau yang sudah menjadi warganegara Malaysia pun tidak taat kepada negara, apatah lagi dengan membawa masuk seramai ini jelas ia akan menambahkan lagi masalah sosial," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kerajaan meluluskan 45,000 pekerja dari India bagi membantu persatuan peniaga-peniaga India Malaysia mengisi kekurangan tenaga kerja.
Permintaan tersebut berikutan pihak pengusaha mendakwa gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan kerana keengganan pekerja negara ini untuk bekerja dalam sektor-sektor yang ditawarkan oleh persatuan.
Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan telah membekukan kemasukan pekerja asing, bagaimanapun secara tiba-tiba pula sejumlah 45,000 pekerja asing diluluskan atas dasar kelulusan khas.
"Saya minta kerajaan agar mementingkan keselamatan negara walaupun melibatkan perniagaan. Negara lain tidak semudah Malaysia dalam urusan seperti ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak yang kurang senang dengan keputusan kerajaan dan alasan yang diberikan itu berkata, bukan pekerja tempatan enggan bekerja tetapi gaji yang ditawarkan tidak berbaloi.
Jelas beliau, selagi kerajaan tidak menetapkan gaji minimum, maka selagi itu kerajaan tidak boleh menjamin tempat untuk rakyat tempatan bekerja. (sumber , UM, 1/3/11)
TB ucapkan syabas dan salam perjuangan kepada Datuk Ibrahim Ali Presiden Perkasa dan kepada semua yang peka terhadap keselamatan negara pada masa akan datang. TB juga minta kerajaan khususnya KDN kaji semula isu di atas dan berharap tidak akan berulang lagi. Kepada semua NGO seperti PEKIDA, GAPENA, Persatuan Pengguna lslam Malaysia (PPIM), Fomca, Cap, Powaris, Pendidik, dan banyak lagi wajar bersatu hati berganding bahu bekerjasama buat kenyataan bantahan kan keputusan kerajaan yang meluluskan 45 ribu pekerja asing yang juga pendatang asing dari lndia. Ramai berpendapat bahawa mereka ini tidak akan balik ke lndia lagi yang mana akan memberi impak atau kesan kepada senario politik dan keselamatan jangka panjang.Kita juga tidak mahu gejala mendapat komisyen dengan membawa masuk pekerja asing ini akan menular semula dan bertambah parah lagi penyakit masyarakat kita. Bersatulah sekalian NGO!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan