Salam Perjuangan

14 Mac 2011

GHAFFAR BABA (TUN) TETAP DALAM KENANGAN


Allahyarham Tun Ghaffar Baba
 SUDAH hampir lima tahun Tun Ghaffar Baba meninggal dunia.Beliau ialah tokoh politik setia dan rela berkorban  .Bekas Timbalan Perdana Menteri ini ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Naib Presiden UMNO yang paling lama ini dan bukanlah tokoh politik yang populis atau opportunist.

Tetapi beliau adalah satu-satunya politikus sederhana humble dan ala kekampungan pernah dilahirkan oleh UMNO sebelum dan selepas merdeka. Sebab itulah portfolio yang dipegangnya hanyalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar semasa berada dalam Kabinet.

Semua langkah dan tindakannya dalam politik tidak pernah menggambarkan yang beliau adalah seorang yang mementingkan diri atau jawatan.
Sama ada beliau berada dalam Kabinet kerajaan atau di luar Kabinet, kesetiaan kepada parti UMNO dan Barisan Nasional khasnya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.
Semasa MCA dalam tahun 80-an berpecah menjadi dua kumpulan, beliau menjadi orang tengah mendamaikan kedua belah pihak.

Semasa Tun Dr. Mahathir menghadapi krisis dengan Timbalannya, Tun Musa Hitam, beliau tampil membantu Dr. Mahathir memperkuatkan UMNO yang pada masa itu terbahagi kepada team A dan B. Sehinggalah beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, UMNO kembali pulih dan kuat
.
Tetapi akhirnya atas tuntutan amalan demokrasi dalam UMNO pada masa itu, beliau terpaksa akur dan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua parti dan memberi laluan kepada pencabarnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Ghaffar berundur daripada jawatan parti dengan secara humble, sifat semula jadinya, tanpa riuh rendah atau protes. Tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun pada masa itu hati beliau terguris.
Namun, beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang sederhana, rasional dan tidak emosional dengan terus aktif menjadi ahli parti yang setia dan sentiasa bersedia memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran apabila diperlukan.

Ini terbukti sekali lagi apabila UMNO menghadapi masalah besar iaitu kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO. Seperti biasa beliau tampil ke depan membantu parti yang beliau tidak pernah belot atau derhaka dalam apa-apa pun situasi. Kesetiaan pada parti adalah keutamaannya.

Itulah Tun Abdul Ghaffar Baba. Seorang nasionalis Melayu tulen dan tentunya bukan seorang opportunist.(sumber info daripada Taufiq Mubarak, Rantau Panjang,Kelantan)
TB masih ingat, pada suatu pagi tahun 2005 menjelang beberapa bulan lagi sebelum beliau meninggal dunia, TB singgah di kantin Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana bertemu dengan seorang teman yang bekerja tidak jauh dari situ.

TB ternampak beliau berseorangan keluar dari kereta mercs nombor plat TG 1 kerana kemungkinan beliau ada urusan peribadi di situ. TB datang menghampiri dan bersalaman dengannya. Wajahnya kelihatan sayu, TB amat memahami dan dapat merasai situasinya ketika itu.Dengan bahasa badan, kami meneruskan urusan masing-masing.

Apa yang dapat TB insafi, begitulah putaran roda kehidupan. Ada ketikanya kita dikelilingi teman-teman yang menyanjungi kita. Ada ketikanya kita  akan bertemankan kesunyian dan kesepian dalam kehidupan.Justeru, dalam kehidupan kita hendaklah saling beringat-ingat agar kehidupan yang indah ini akan terus kita dapat nikmati dalam pelbagai cara sebelum tirai kelopak mata menutupi buat selama-lamanya. Al Fatiha buat Allahyarham Tun Ghaffar Baba, negarawan berjasa!

1 ulasan:

Nina berkata...

Nina kagum kenangan TB semoga allahyarham ditmepatkan di golongan hamba yang soleh