SEORANG gadis bertindak nekad mengelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga rakannya di Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Perbuatan gadis berusia 17 itu disedari bapa saudaranya yang mengesyaki sesuatu yang pelik selepas mendengar suara mangsa teresak-esak ketika bersendirian dalam biliknya di rumahnya.
Sebaik membuka pintu, bapa saudaranya terkejut melihat mangsa sedang memegang serpihan kaca sambil menggelar pergelangan tangannya.
Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya ketika keluar dengan tiga rakannya di sebuah kebun kelapa sawit di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.
“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.
“Ketika mabuk, tiga rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui beberapa tompokan air mani dan puntung rokok dalam pondok terbabit.
Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. (sumber: BH 18/3/11)
TB baru menyentuh isu ini beberapa hari lalu..Bayangkan jika insiden menyayat hati ini berlaku dalam ahli keluarga kita.Bayangkan betapa remuknya hati si mangsa dan ahli keluarganya Bayangkan sesalan yang berpanjangan dalam kehidupannya mengenangkan musibah ini..Seperti biasa, pihak polis akan melakukan siasatan dan tangkapan; di samping memberi pendidikan kaunseling sebagai tindakan susulan.Walau bagaimanapun TB tetap menekankan betapa langkah-langkah pencegahan dan suntikan pengetahuan wajib dididik dan diberitahu kepada anak-anak remaja kita; baik daripada agensi atau institusi berkaitan, ibu bapa dan keluarga, para pendidik dan ahli masyarakat kita.
Kes gadis remaja yang mengelar anggota tubuhnya ini adalah kes rogol bawah umur. Apa pun label yang diberikan terhadap sikap gadis ini yang memberi ruang para pelaku melakukannya maka tetap diklasifikasikan sebagai rogol.Apabila rogol dan ada bukti sahih maka sabitan kes dan hukuman setimpal wajar dikenakan.
Sebagai pendidik dan juga bapa, TB sukacita mengingatkan kepada anak-anak gadis; jangan mempercayai kepada sesiapa yang anda tidak kenali atau baru kenali. Bahkan kepada yang anda kenali juga termasuk saudara mara muhrim dan mahram dalam lslam ada adab,akhlak dan batasan aurat dalam pergaulan.Patuhilah agar dihindari dan dicegah pada peringkat awal.
Usahlah memaparkan maklumat dan info diri termasuk foto-foto anda dan seumpamanya dalam laman-laman sosial seperti facebook,twitter, myspace dan sebagainya agar anda tidak menjadi mangsa penipuan,penyamaran dan apa jua muslihat kejahatan. Janganlah melayani khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berkomunkasi melalui telefon bimbit di kalangan bukan ahli keluarga anda kerana mengelakkan anda akan dibuai pujuk rayu dan tipu muslihat.Percayalah, anda gadis-gadis remaja tidak akan berupaya menahan gelora hati jika sudah terjebak; kecuali mencegahnya di peringkat permulaannya.Rujuklah ibu bapa dan guru anda dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan