Salam Perjuangan

28 Mac 2011

IBRAHIM ALI & RESOLUSI PERKASA DISOKONG

KONVENSYEN  tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai Ketua Setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

ibrahim ali pc at pwtcMenurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.(sumber: MKini,27/3/11)

TB sedih dan terasa hati juga kerana Datuk lbrahim Ali dan PERKASA terlepas pandang mengundang TB dan NGO yang TB pimpini daripada menghadiri konvensyen ini. Namun TB berfikiran positif dengan mengandaikan mungkin Datuk lbrahim Ali agak malu dengan TB. Hahaha....tidak apalah mungkin lain kali pada lain waktu.


Walau bagaimanapun TB sukalah mengingatkan kerajaan pimpinan DS Najib Razak, KSN, JPA janganlah sama sekali menggadaikan 6 pos KSU yang dinyatakan kepada bukan Melayu sekiranya adanya calon-calon Melayu yang layak,berwibawa dan beramanah Kita khuatir jika mula diberikan lama kelamaan bagaikan menjadi hak mutlak mereka pula suatu hati nanti. lngat, sejarah banyak mengajar kita.

. Peratusan jumlah kakitangan awam dan peratusan jumlah penduduk Malaysia keseluruhan yang terdiri Melayu,lslam,Bumiputer (MIB) wajib diambil kira. Kita tidak mahu jawatan KSU nanti dipolitikkan. Janganlah diambil kira sekiranya seseorang menteri itu bukan Melayu maka KSU juga hendaklah terdiri bukan Melayu. Janganlah rakyat diperbodohkan kali ini.


Kerusi menteri, senator dan ahli parlimen BN yang diwakili pun selama ini juga adalah hakikatnya IKHSAN daripada pengundi-pengundi Melayu.lngatlah, mulai saat ini gandingan Najib dan mahyuddin hendaklah bertegas! Jika mahu meritrokasi, laksanakalah betul-betul. Jika mahu demokratik, ingat-ingatlah suara demokrasi rakyat terbanyak; Melayu, lslam dan Bumiputera! Jika gandingan Najib-Mahyuddin bertukar menjadi telunjuk bertali bagai dicucuk hidung maka petunjuknya adalah PRU ke-13!!

Tiada ulasan: