Salam Perjuangan

13 Mac 2011

TENGKU RAZALEIGH BIDAS TUN MAHATHIR

MERUJUK  buku Memoir Tun Mahathir 'A Doctor In The House' Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mencabar Tun Dr. Mahathir bagi kerusi presiden UMNO pada suatu waktu dahulu telah membidas dan memberi reaksi yang agak pedas kepada Tun Mahathir .  Berikut adalah kenyataan beliau:


"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga
dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam
tahun 1987.

Saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Saya
tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang.

Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala
perkara itu. Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya
bertanding di Gua Musang.

Saya tidak pernah mencuri.
Saya tidak pernah menipu.
Dia yang mencuri dan menipu
akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya".

(T.RAZALEIGH HAMZAH)



Sementara itu, pada majlis  pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, kelmarin Tengku Razaleigh membuat kecaman ke atas buku memoir Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.

Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu lalu.

“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

Tiada ulasan: