Lebih membanggakan lima negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan Latvia memasuki senarai peserta terbaru. Perkembangan ini amat membanggakan sebagai pengiktirafan Bahasa kebangsaan berjaya memikat hati orang bukan Melayu untuk menjadi juadah lisan mereka.
Prof. Dr. Awang Sariyan Pakar Bahasa Melayu |
Dalam zaman siber ini penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia (termasuk juga istilah Bahasa lndonesia) yang mengikut tatabahasa mahupun nahunya semakin dihakis oleh bahasa slanga dalam sistem pesanan ringkas. Laman sosial yang semakin ramai ahlinya turut terkena tempias ribuan bahasa ringkas hingga ada pihak yang sanggup mempermainkan bahasa Melayu semata-mata ingin mempersendakan orang lain.
Sepatutnya bahasa ringkas ini tidak digalakkan dikarang di dalam laman sosial mahupun telefon hingga menghilangkan makna dan mencetuskan perbalahan sehingga ada yang membuat laporan polis.
Orang Inggeris pasti marah jika kita menulis ucapan terima kasih (thank you) sebagai 'TY' sahaja. Mereka lebih selesa menyebut perkataan thanks secara ringkas, kerana maknanya hampir kepada bunyinya.
Dalam sistem pesanan ringkas, kita pasti terkilan apabila pesanan panjang yang dihantar hanya dijawab 'k', 'tq' (baik, terima kasih) seolah-olah si penerima tidak menghormati orang yang menghantar pesanan tersebut.
Sebagai orang Melayu kita perlu mengucapkan terima kasih dengan penuh di layar telefon bimbit sebagai tanda kita menghargai ingatan si penghantar pesanan.
Langkah kita mengucapkan secara ringkas menyebabkan bahasa Melayu semakin pupus secara piawainya.
Bukan bahasa sahaja boleh pupus, adat budaya turut terjejas sama. Adakah kita ingin menonjolkan perkara sebegini kepada tetamu yang ingin berpidato dalam bahasa kita?
Apa yang pasti jika mereka melawat ke beberapa negeri di negara ini mereka pasti pening melihat ada papan tanda yang mempunyai empat bahasa. Seolah-olah bahasa rasmi negara ini ada empat bahasa. Sebaiknya sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengiktiraf Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima sebulat suara dan hati terhadap pemakaian bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.
Jika semua pihak asyik ingin mempolitikkan segala isu termasuk isu bahasa rasmi, kita risau suatu hari nanti semua bangsa dan etnik ingin bahasa mereka turut terpapar di setiap papan tanda.
Penggunaan bahasa rasmi amat perlu, kerana ia bukan sahaja dapat difahami secara menyeluruh malah banyak kos akan terlibat hanya untuk menyediakan paparan untuk memuaskan hati semua bangsa dan etnik.
Bahasa Malaysia perlu terus menjadi bahasa rasmi negara kita selama-lamanya kerana bahasa kita telah diiktiraf oleh masyarakat dunia semenjak zaman-berzaman. Jangan disebabkan politik dan kemodenan teknologi maklumat, bahasa Melayu dinoda dan dijadikan persaingan yang tidak sihat.
Jika orang asing boleh mempelajari bahasa Melayu malahan berpidato dalam bahasa ibunda kita, mengapa ada yang menganggap bahasa kita boleh sesuka hati diringkas dan dipasang-pasangkan.
Hormatilah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Gunakan bahasa Melayu untuk perkara rasmi. Jika ingin guna bahasa Melayu, gunalah dengan betul. Mungkin ada yang lupa perkataan amuk atau run amuck dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa melayu. Sebab-musabab ia diiktiraf demikian rupa, tepuk bahasa tanya budaya.(olahan daripada UM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan