Salam Perjuangan

12 Mac 2011

ANWAR IBRAHIM & DNA: BERITA MUTAKHIR

TB terima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada seorang Ahli Parlimen menyampaikan berita tergempar yang berbunyi begini, "Anwar bersembunyi kerana takut untuk memberi DNA. Selama ini rakyat ditipu dengan permainan Anwar yang mengatakan dirinya tidak meliwat Saiful dengan bermacam-macam alasan termasuk dek konsiprasi." Tanyanya lagi, "Jikalau Anwar benar-benar tidak meliwat kenapa mesti takut untuk memberikan DNA secara sukarela?"

Selanjutnya Ahli Parlimen tersebut menekankan bahawa, "Hanya DNA Anwar yang akan tentukan Saiful sebenarnya yang betul.Jangan biarkan Anwar bebas dan berterusan membohongi kita.." ujarnya.
Dalam isu ini, TB menerima pelbagai reaksi terutamanya daripada rakyat yang non partisan, neutral dan berkecuali merasakan semakin kian keliru dan bercelaru.

Walau bagimanapun rata-ratanya berpendapat, Anwar bukan' malaikat'. Bahkan Najib dan termasuk semua para pemimpin politik dan kita semua juga bukan malaikat.Justeru sebagai makhluk manusia yang ada nafsu,hati,akal,emosi maka segala-galanya bukan mustahil. Sebab itulah pesan orang-orang tua kita, 'berfikir adalah pelita hati', 'celik akal' akan membawa kita ke arah kebijaksanaan dalam segala tindak-tanduk.

Apapun peganglah kata-kata bijak bestari, 'berani kerana benar, takut kerana salah'.Anwar bukan calang-calang ahli politik yang berani. Beliau telah menunjukkan segala macam keberanian dan menghadapi pelbagai onak dan cabaran.

Lantaran keberaniannya yang hebat; apa salahnya beliau sedia memberikan DNA bagi membuktikan andainya beliau sebenar-benarnya berada di pihak yang benar. Buktikan kebenaranmu Anwar! Jika tidak, tiada kesudahan hikayat ini atau tanda penamat kisah tragis abad ini di bumi Melayu ini!

Tiada ulasan: