Salam Perjuangan

25 Mac 2011

VIDEO SEKS: POLIS SIASAT LOKASI, RISDA NAFI TERBABIT

SIASATAN polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata, siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh 
maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.


Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.


"Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir.( sumber: UM,25/3/11)


TB sudah menjangka isu ini kian berlarutan dan bertambah sensasi. Antara dendam dan sakit hati berpanjangan sememangnya tiada berkesudahan andainya tidak berpegang kepada 'tali Allah' iaitu al-Quran dan Hadis. Apa gunanya jika menang jadi arang, kalah jadi abu. Melayu sesama Melayu sengketa, Cina dan lndia adakah mahu menjadi orang tengah sebagai pendamai seperti Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang bertindak sebagai orang tengah pendamai apabila cina sesama cina bertelingkah dalam MCA?Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya!

Tiada ulasan: