"SAIFUDDIN Nasution janganlah berfikir di luar tempurung!" ujar Hashim jiran saya pagi tadi. Saya tersenyum. "Fokuskan isu Anwar lbrahim sahaja.Kita bukan orang politik.kita orang Melayu, lslam... sesama agama sesama bangsa.." tambahnya. Saya mengangguk. Dan kami berlalu kerana ada urusan penting yang sama-sama kami mahu selesaikan.
"Hai apa pula DNA..Datuk Najib Altantunya?" saya pasang telinga mendengar perbualan di Restoran Anjung Cafe. "Berilah DNA Anwar habis cerita. Jika Anwar tidak bersalah apa nak ditakutkan..saya pun penyokong PKR juga.." sampuk Bob yang sedang menunggu tempahan roti canainya siap.
'Ya..lah..bukan susah...DNA tu... datang nah ambil', tokok Bob lagi.
Begitulah antara dialog rakyat peringkat akar umbi yang saya dengar pagi tadi. Pada saya, daripada kita menghabiskan beras siang malam memikirkan, membincangkan dan mengupas dengan pelbagai andaian;pro dan kontra lebih baik, Anwar buat kejutan dan tutup buku.
Wahai DSAI, tawakallah kepada Allah SWT.Serahkan sampel DNA anda....mana tahu dengan izin-Nya,kerana anda di pihak benar maka kelak anda bakal dinobatkan sebagai negarawan negara abad ini. Dan dengan takdir, kudrat dan iradat-Nya anda dapat merealisasikan impian anda bertahta di Putrajaya sebagai Perdana Menteri pasca PRU ke-13 ini.
Berfikirlah secara positif maka hasilnya positif juga. Bagaimana DSAI, beranikah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan