Pendidikan agama di peringkat rendah telah dibangunkan oleh Almararhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada tahun 1956 iaitu sepuluh tahun sebelum tertubuhnya sekolah Arab.
Untuk terus mempertahankan syiar Islam di negara ini beberapa institusi pendidikan Islam terus wujud sejak pemerintahan Almarrhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien S
Rombongan KUPUSB sewaktu kunjungan ke UTM di Johor, Malaysia (Gambar hiasan) |
Dengan penubuhan kedua-dua sekolah berkenaan pendidikan Islam meningkat dari semasa ke semasa sehingga tertubuhnya Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan pada tahun 1972 yang kini dikenali sebagai Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1989, Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien yang merupakan hasil dari cantuman antara Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam dengan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1999.
Penubuhan-penubuhan pengajian Islam terus dilaksanakan dengan penubuhan Maahad Islam Brunei dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pada tahun 2007, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengisytiharkan penubuhan Universiti Kedua bagi Brunei iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali, dikuiti dengan tertubuhnya KUPU SB pada tahun yang sama.
Perkembangan institusi-institusi pendidikan ini jelas menzahirkan keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada menyediakan prasarana pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi yang dapat melahirkan siswazah lulusan ijazah sarjana muda dan ijazah lanjutan.
Untuk kepentingan pendidikan Islam ini, kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat diperlukan khasnya pada meneliti dan memantapkan sistem yang baru diperkenalkan iaitu Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21). Aspek kemantapan perlu diperbaiki supaya generasi akan datang dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu duniawi tetapi tidak kurang pentingnya ilmu ukhrawi.
Pendidikan agama Islam merupakan salah satu agenda penting dalam pemerintahan Kebawah DYMM yang mana kepentingan pendidikan agama sering baginda peringatkan dan sentiasa ditekankan berulang-ulang kali sebagaimana titah baginda sempena keberangkatan ke KUPU SB pada hari Selasa, 26 Januari 2010 lalu dan juga di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Permesyuaratan Keenam Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada 11 Mac 201 lalu..(sumber disesuaikan dan diolah daripada Pelita Brunei,Mac 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan