Salam Perjuangan

15 Mac 2011

SURAT TERBUKA KEPADA JABATAN IMIGRESEN DAN SEMUA PENGUAT KUASA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN PBT...

SEMPENA menyambut Tahun Baru Masehi 2011, TB menyampaikan suara hati daripada rakyat bawahan di akar umbi kepada Jabatan lmigresen dan semua agensi Penguat Kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar bertindak lebih proaktif,agresif,positif dan berdedikasi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang sedia termaktub.Kita tidak mahu segala akta, seksyen dan rang undang-undang hanya menjadi kosmetik dan penyedap halwa pancaindera.Apa yang kita mahu, jadikalah tahun 2011 sebagai titik tolak tahun pelaksanaan dan tindakan drastik!

Justeru jadikanlah tahun 2010 yang meninggalkan titik sejarah hitam jabatan-jabatan tersebut lantaran umum mengetahui adanya pegawai-pegwai kanan agensi tersebut yang seperti musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan harapkan pagar,pagar makan padi lalu ditangkap dan dibicarakan kerana terbabit dalam rasuah,penyalahgunaan kuasa dan bermacam-macam perangai buruk serta salah laku.

Banteraslah penyalahgunaan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat,perniagaan dan bertentangan dengan tujuan lawatan itu.Apa yang kita saksikan ramai pelacong (pendatang asing?) dari China, Pakistan, lndia, lran,Afrika Barat, Lebanon dan sebagainya yang kononnya datang ke Malaysia melancong tetapi melencong melakukan kegiatan yang menyalahi tujuan lawatan sosial itu.Orang ramai yang ada menyaksikan sila buat aduan segera kepada mana-mana penguat kuasa terdekat kerana ini melanggar seksyen 39(b) Peraturan lmigresen 1959/63 dan seksyen 372 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah dan siasatan boleh dilakukan mengjikut seksyen 6(3) Akta lmigresen 1959/63.Dan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pelaku boleh disiasat mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan 3(1) akta yang sama.0leh itu sempena tahun baru 2011,TB ingatkan semula agar agensi penguat kuasa negara kita melakukan sesuatu dengan serius kerana kedatangan pelancong yang tidak mendatangkan keuntungan ini benar-benar mengancam rakyat jelata kini.(Artikel ini pertama disiarkan dalam TIUB BOCOR DAILY 31/12/2010)

Tiada ulasan: