Salam Perjuangan

14 Mac 2011

OBET TAWIL S.U.K NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

OBET bin Tawil yang sebelum ini ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor Darul Takzim hari ini menerima surat tauliah lantikan sebagai Setiausaha (SUK) kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang baru.

TB amat berbangga,gembira dan berbesar hati  menerima berita baik ini.. 0bet ialah rakan persekolahan TB sewaktu belajar di Bandar Maharani Muar pada era 1970-an dahulu. Sewaktu TB berada di Tingkatan 6 Rendah, beliau pula berada di Tingkatan 6 Atas.

Hubungan kami sesama pelajar tingkatan enam pada waktu itu agak rapat dan saling mengenali. Kemungkinan kerana kesan kaedah orientasi yang agak mesra dan akrab menyebabkan hubungan kami agak rapat.

Apabila TB bertugas sebagai guru terlatih di Muar pada tahun 1978, seingat TB pada tahun 1979 atau 1980 0bet mula menjawat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah (A.D.O 1) daerah Muar. TB tahu, 0bet sebagai anak peneroka Tanah Rancangan Felda Bukit Serampang, Muar bukanlah berasal daripada keluarga yang berada.

Beliau juga telah berjaya muncul sebagai contoh dan idola bagi anak-anak peneroka di Felda Bukit Serampang yang mana menjadi perintis berjaya belajar ke menara gading.Dengan menapak dari satu tingkat ke satu tingkat hingga menjejaki hiraki tertinggi di tampuk pentadbiran peringkat negeri maka kejayaan Obet patut dijadikan teladan dan mentor bagi seluruh anak watan Johor.

Sepanjang ingatan TB, sewaktu kami sama-sama bertugas di daerah Muar dahulu, TB sempat sekali bertemu  dan bertanya khabar sewaktu TB ada urusan rasmi di Pejabat Daerah Muar. Selepas itu kami tidak pernah bertemu lantaran membawa haluan hidup masing-masing.

Kepada Obet, salam dan ucapan syabas dan tahniah atas perlantikanmu.Sesungguhnya namamu yang aneh dan unik membawa jutaan sinar tuah yang tidak terhingga. Dan kepada teman sekelas persekolahan  yang kini khabarnya masih bertugas di Negeri Johor, Borhan bin Amin sebagai Pegawai Daerah Pontian dan Norizan bin Kulob, Pegawai Daerah Batu Pahat, salam perjuangan abadi daripada TB. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. ( oleh Dr.Rajiee Hadi )

Tiada ulasan: