DR. RAJIEE HADI @ TB |
TUN DR MAHATHIR |
TB juga sedang menekuni dan mula membaca sedikit demi sedikit buku terbaru tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Buku beliau ini memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.
Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.
Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.
Mahathir berkata, walaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.
Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.
Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.
Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.
Mahathir berkata beliau kemudian memanggil Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dari parti Umno ke Seri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.
Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Tanah Melayu pada zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor perubatan. ( disesuaikan daripada MKini, 8/3/11) .
Bagi TB ada secebis memori antara TB dengan Tun Mahathir (sayangnya surat daripada Tun Dr Mahathir yang ketika itu baru menjawat Perdana Menteri telah hilang dalam simpanan) yang mana setpol beliau ketika itu Aziz Shamsuddin (kini Datuk) telah membalas surat permohonan bantuan kewangan daripada TB yang sewaktu itu kesempitan wang tatkala melanjutkan pelajaran.Walaupun permohonan TB mengecewakan dengan alasan-alasan yang TB boleh terima tetapi cabaran itu menjadi pembakar semangat untuk TB belajar hingga ke peringkat lebih tinggi tanpa bantuan tongkat sakti atas nama bumiputera!. Alhamdulillah, TB berjaya membuktikan bahawa tidak semua anak Melayu bersikap pasif dan hanya mudah menyerah kalah.Apapun semuanya sudah menjadi sejarah kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan