Salam Perjuangan

31 Mac 2011

AZIZ TAPA : ORANG KAMPUNG PUN KATA " DADDY"



Tan Sri Abd. Aziz Tapa ketika ditemu bual di kediamannya di Jasin, Melaka.

TAN SRI ABD. AZIZ TAPA: SIAPA LAGI MAHU BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU?

Saya tengok orang Melayu sendiri, terutama perempuannya yang pergi berpendidikan tinggi tidak cakap Melayu, tapi cakap orang putih. Camkanlah ini. Saya ingat Dewan Bahasa dan Pustaka kena buat kajian tentang perkara ini. Misalnya, di kampung, saya jumpa seorang wanita janda yang berahwin dengan orang keturunan India. Anak yang lahir mirip bapaya.

Saya kata, “ Wah, budak itu macam bapanyalah. Jawab wanita itu, “Ya dia ni macam daddy dia.” Dia tak kata “bapa” tapi daddy. Ertinya, unsur Inggeris sudah masuk ke kampung. Inikan pula town. Orang yang sudah ke sekolah Inggeris, terutama ibu-ibu dan isteri menteri bercakap dengan anak mereka dalam bahasa Inggeris. Mereka tak cakap bahasa Melayu.

Ini menunjukkan orang Melayu sendirilah yang akan menghancurkan bahasa Melayu. Yang memperjuangkan bahasa Melayu hanyalah orang-orang yang bekerja di Dewan Bahasa, orang yang berkrja di fakulti bahasa Melayu di universiti. Mengapa jadi begini? saya tengok kebanyakan orang Melayu lemah semangat kebangsaannya. Mereka tidak ada semangat cintakan bahasa Melayu. Cakap saja tapi tak sampai ke dalam.

Misalnya, oleh kerana henakkan kedudukan mereka mengaku orang Melayu. Mereka hendakkan biasiswa, mereka kata mereka orang Melayu. Tapi sebut tentang bahasa mereka tidak kata apa. orang kata daripada bahasa orang kenal bangsa. Daripada buah orang kenal pokok. Daripada bahasa orang kenal bangsa. Mereka mengaku orang Melayu kerana mahu sesuatu.

Inilah yang saya perhatikan setelah lima puluh tahun kita bercerita tentang bahasa Melayu. Saya memperjuangkan bahasa Melayu ini semenjak dari tahun lima puluhan lagi. Dari zaman kolej dulu, tahun tiga puluhan di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Kita berjuang memartabatkan bahasa Melayu. Saya sendiri terlibat dalam menubuhkan apa yang kita namakan Ikatan persuratan Melayu. Pada tahun lima puluhan saya sudah terlibat dalam kerabat kongres bahasa. Memang perjuangan kita waktu itu hebat. Kita bercakap Melayu tapi bila kita keluar lain pula jadinya. Itulah sebabnya saya fikir Tun Mahathir Mohamad memutuskan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Orang Melayu tidak mampu menguasai bahasa Sains dan Matematik dengan sedalam-dalamnya. Mungkin ada dalam kalangan pemimpin kita yang tak pandai berbahasa Melayu. Saya rasa ini bukan disebabkan oleh keadaan sekeliling ataupun keadaan politik tetapi dalam diri orang Melayu tidak ada semangat kebangsaan (Melayu).

Dahulu kita kata Persekutuan Tanah Melayu atau “Federation of Malaya”. Tapi kemudian kita namkan Malaysia apabila Singapura, Sabah dan Sarawak ikut serta. Maka jadilah kerajaan Malaysia. Kenapa kita tidak namakan kerajaan Melayu Raya. Kenapa tidak namakan begitu? Itulah sebabnya saya kata dua dekad lagi tak ada lagi apa yang disebut bangsa Melayu tapi orang Melayu tetap ada. (Petikan hasil temu bual dengan Tan Sri Abd. Aziz Tapa, tokoh politik dan budaya di kediamannya di Melaka, 11 Oktober 2007)(sumber daripada blog AF Yassin.com)

Catatan: Sebab itu TB yakin, salah satu cara hendak 'bunuh Melayu dalam senyap' ialah lemahkan,kikiskan dan hancurkan semangat Melayu sama ada secara sedar atau tidak. Lihatlah sekeliling kita.Bagaimana?

NGO CINA BANTAH INTERLOK

NGO Cina bantah lnterlok? TB seperti orang lain juga; termasuk Siti Jarum dari Mingguan Malaysia sudah bosan dan terasa amat mual dengan isu lnterlok ini.Bahkan sejak awal lagi Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Kaa Siong menyokong penuh pemilihanan novel lnterlok kerana kesesuaian tema dan mesej yang tersirat dalam novel ini.0leh itu tidak ada masalah apa pun.Boleh jalan terus!

Bagi TB dan orang-orang lain juga isu lnterlok sudah tamat. lsu lnterlok sudah selesai apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kesepakatan dan penyelesaian isu lnterlok baru-baru ini.

Apa mahu lagi? Tiba-tiba NGO Cina menimbulkan ini tentu ada pihak dengan jelas cuba bermain politik bodoh sombong. Maaf, tidak siapapun mahu melayannnya. Yang jelas, salah seorang ahli panel Dr Lim Swee Tin, sarjana keturunan Cina telah diberi mandat dalam isu ini oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seandainya NGO Cina mahu bising-bising jangan cari individu atau pihak yang tidak berkenaan. Jika terdesak dan mahu peroleh kuliah percuma apa kata NGO Cina undang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Dr Teo Kok Seng UKM dan Dr Lim Swee Tin UPM bagi mendapat ilmu bermanfaat dalam bidang sejarah tanah air, antropologi, sosiologi budaya, sosiolinguistik dan kesusasteraan Melayu daripada mereka yang bijaksana.

lngat, NGO Cina jangan jadi sombong bodoh atau bodoh sombong.TB percaya NGO Cina semua terdiri mereka yang bijak dan tidak terpengaruh dengan hasutan-hasutan prasangka politik perkauman. Tidak semua boleh kita labelkan dengan satu Malaysia. Walaupun kita satu Malaysia bukan bermakna kita boleh tinggal bersama serumah! Perumpamaan ; 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' juga adalah perumpamaan satu Malaysia yang wajib dihayati bersama.

RAJA MELAYU: 7 WASIAT 5 OGOS WAJAR TARIKH DINOBATKAN

 PERSATUAN Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan tarikh 5 Ogos 1957 diingati sebagai sejarah penting negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya generasi muda tentang tujuh wasiat raja-raja Melayu yang digariskan untuk mereka.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, pada tarikh tersebut seramai sembilan raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi wasiat-wasiat berkenaan.
Menurut beliau, perkara itu wajar diketahui oleh generasi muda bagi memastikan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak dipertikaikan.

"Tarikh ini seharusnya diingati sebagai sejarah penting negara supaya generasi akan datang tidak akan cuba mengganggu-gugat apa yang telah menjadi milik rakyat khususnya hak orang Melayu.
"Ini penting supaya semua kaum dapat terus hidup aman tanpa sebarang pertelingkahan," katanya pada majlis tahlil sempena ulang tahun ke-84 Pemenang di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan gambar yang merakamkan peristiwa menandatangani perjanjian berkenaan untuk dipamerkan kepada orang ramai di Bangunan Pemenang di sini.

Antara tujuh wasiat yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah nisbah tanah milik orang Melayu perlu dikekalkan sehingga 50 peratus, jaminan kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

Turut diwasiatkan ialah melindungi keistimewaan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain, Islam sebagai agama rasmi serta penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja bagi membanteras ancaman dari luar dan dalam negara.(sumber: UM29/3/11)

30 Mac 2011

WHERE IS OUR MORAL HIGH GROUND ?

I am writing in response to the call by Dr Asri to Muslims to rise against the shamefull acts by certain individuals in the Anwar Ibrahim so called 'Sex Video' affair.The fact is as clear as a bell; if certain parties have incriminating evidence against any individual, let him put up the so called evidence in a court of law so that it would give a chance for the counsels of the accused to examine and analyse the authenticity of the videotapes.

The act of airing them to certain segments of society and playing it up in the media is simply the act of smearing someone's name and reputation as we have seen some 13 years ago.The fact that this episode repeats itself says much about our society; especially Muslim society and it's so called intelligentsia.
I am writing this letter NOT to accuse any leaders be it political or in the civil service as to their complicity or lack thereof but I would like to ask the religious scholars who hold the positions of muftis and directors of department of religious affairs as to what their role should be.

The question I want to ask is simply this; why are the so called religious authorities of this country so quick to jump the gun on issues such as Valentine's Day, Yoga, the word 'Allah' and recently the Al-Kitab?
Why are these same religious scholars so silent in the Anwar so called sex video? Why? What has happened to our moral ground?

As an academic I feel much saddened by the action and inaction of my fellow academicians in this country.
As an academic, I hold my position seriously as an expert in certain fields to pronounce and make statements that would help educate society concerning my specific areas. That is the primary aim of academia.
But what I see for the better part of 23 years at a university, academicians have turned into either cowering civil servants so quick to curry favour among the ruling class to the point of what I term as 'academic bodekism' or academics busy chasing the KPI of papers and research grants.

If not for such luminaries as Professor Dr Aziz Bari of the International Islamic University and Dr Asri of USM, I would feel totally embarassed of my chosen profession.So my first question is where are our academic and moral high grounds?Shall we let our country and people go through such blatant and direct action of deliberate character assassination?

The more so for the religious scholars who are datuks and tan sri's. What say you of this affair? I feel utterly embarrassed and shamed as a Muslim with the deafening silence from those who consider themselves guardians of Islam.

If it were not for the sole voice of Dr Asri, I would conclude that the values of Islam, as taught by the Prophet, is virtually dead in Malaysia.The rise of mega mosques is usually parallel to the rise of a religious authority gripped by materialism and self subjugation.

I do not wish to comment on government officials, politicians or member of Parliaments who allow such viewing of sexual acts as 'allowable' knowing full well that the authenticity of such 'evidence' has not been proven.

Even if the video is proven authentic none should view this but the judge and the counsels of both parties as well as the jury if we are a country that practices trial by jury (which we are not).
Even when Chua Soi Lek's video was circulated, I never mentioned it in my conversations until he himself admitted to the shameful act in which then I started to give my opinions concerning a political party that would place him as a leader.

What is happening to our country? Where has our values of Islam or as decent Malaysians gone?
What happened to 'Kesopanan dan Kesusilaan'? Mere words?
We as Malaysians must wake up from this daydream and start to be concerned as to where our children will be heading in this fragile vessel named 'Malaysia'.

Let us wake ourselves up before we are faced with a nightmare such that has been faced by other countries with regimes of authoritarianism which suspend the liberty of individuals.
If it seems that the so called authorities or leadership of this country will not take the moral high ground, then it is up to us, the people, especially the Muslims, to voice out loudly our discomfort.

For when we stand on the Day of Judgement and when Allah asks us of this episode, we cannot point our fingers at the political, civil or religious authorities. Why? Because three other fingers are pointing back at us....

Lastly remember...Negara Kita, Tanggungjawab Kita. 

(by Prof Dr Mohamad Tajuddin M Rasdi, MK,29/3/11)




Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W ..

ANTARA Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W

    * Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berlinangan.
    * Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
    * Sangat elok dan sempurna wajahnya.
    * Baginda memilik perasaan yang halus.
    * Beliau mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
    * Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
    * Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
    * Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
    * Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.
    * Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
    * Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
    * Suka membalas hadiah.
    * Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
    * Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
    * Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
    * Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
    * Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
    * Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
    * Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
    * Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
    * Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
    * Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
    * Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
    * Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
    * Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
    * Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
    * Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
    * Amat kasih terhadap umatnya
    * Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
    * Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
    * Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
    * Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
    * Suka menziarahi orang sakit
    * Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
    * Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
    * Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
    * Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

(dipetik daripada Pustaka Fikrah- TB)

29 Mac 2011

CATATAN JUMLAH PENGUNJUNG TIUB BOCOR DAILY ALAMI MASALAH TEKNIKAL

JUMLAH catatan pengunjung (visitors) Tiub Bocor Daily mengalami masalah teknikal sejak beberapa hari lalu. Catatan pengunjung statik dan tidak dipastikan apakah punca-puncanya. Pihak pengendali dan team TB sedang cuba berusaha mengenal pasti dan mengatasi kerosakan tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali.(TB)

PASAR RAYA @ HYPER MARKET: WASPADA & PERINGATAN MEMBELI-BELAH


SAYA ialah suri rumah yang setiap tiga kali sebulan membeli-belah keperluan dapur (barangan kering) di pasar raya besar di sebuah kawasan di Lembah Klang. Itulah rutin saya sejak bertahun-tahun dulu.
Semalam saya seperti biasa ke pasar berkenaan. Kepercayaan dulu mengatakan membeli-belah di pasar raya adalah murah kerana kononnya peniaga berkenaan mendapatkan barangan mereka secara pukal dan boleh dijual dengan harga lebih rendah daripada kedai-kedai runcit.

Dua tahun dulu saya membeli satu kereta sorong penuh dengan anggaran perbelanjaan RM250 ke RM300. Hari ini tiga suku penuh kereta sorong, nilai barangannya telah meningkat kepada RM450 ke RM500.
Belian di pasar raya hiper kini sebenarnya bukan lagi satu pilihan yang tepat. Selain daripada harganya yang semakin tidak stabil, berlaku juga beberapa kejadian yang sepatutnya kita sebagai pengguna lebih berhati-hati apabila berurusan dalam kuantiti yang banyak di pasar raya seperti itu.

Semalam saya buat ke sekian kalinya mendapati resit yang saya bayar dicaj berlebihan. Saya mengesyaki dicaj lebih setelah mendapati harga yang tercatat terlalu tinggi untuk barangan yang dibeli. Saya membeli barang-barang asas seperti gula, beras, minyak masak, telur, kicap dan pelbagai lagi keperluan dapur.
Sesampainya di kereta saya rasa tidak sedap hati. Lalu sebelum memandu keluar saya meneliti satu persatu harga barangan di resit tersebut. Saya mendapati telur satu dulang yang harganya RM9.90 dicaj sebanyak RM31.90.

Minyak masak yang saya lihat di rak dengan harga RM19.90 dicaj sebanyak RM23.49. Lalu saya terus ke kaunter khidmat pelanggan untuk mengadu. Tanpa rasa bersalah mereka memulangkan wang RM25.59.
Saya tidak pasti adalah ia kesilapan yang tidak disengajakan atau pun disengajakan.
Tapi setelah beberapa kali saya mengalami insiden yang sama, saya yakin ia disengajakan. Saya merasakan ia adalah perbuatan tidak amanah yang berlaku di kaunter bayaran.

Jika seorang pelanggan boleh dikutip sebanyak RM25, bayangkan ratusan, malah ribuan orang yang ada di pasar raya itu di hujung minggu semasa waktu gaji.
Jika benarlah kegiatan tidak amanah itu berlaku ia sangat-sangatlah tidak patut kerana pelanggan kini bukan saja amat tertekan dengan harga barangan runcit yang semakin tidak menentu, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan penipuan yang tidak mereka sedari itu.

Saya berharap kerajaan dan pihak pengusaha pasar raya besar dapat memantau dengan tegas gelagat-gelagat yang tidak bertanggungjawab itu.

Untuk para pengguna pula jangan hanya kutip barang, isi dalam kereta tolak, bayar dan terus berlalu. Nasihat saya ialah teliti semula satu persatu senarai barang yang dibeli itu. Mungkin ada yang 'tersalah tekan' oleh juruwang di kaunter bayaran itu.(sumber maklumat daripada: Pelanggan Tertipu, Shah Alam,UM,29/3/11)

TB percaya insiden yang memperdayakan pengguna boleh berlaku selagi pengendalinya adalah manusia. Manusia tetap manusia yang pada bila-bila masa boleh melakukan kesilapan lantaran kealpaan dan kecuaian.Akibat tidak ada pemantauan setiap hari,setiap masa daripada penyelia, penjaga stor, juruwang dan sebagainya maka kejadian begini boleh dan sering terjadi. Mesin komputer juruwang yang tidak dikemaskankini (tidak update), tanda harga yang salah letak, harga promosi atau tawaran yang sering berubah-ubah,sikap tidak amanah dan penipuan adalah beberapa punca yang dikenal pasti. Kita sebagai pengguna mulai saat ini janganlah bersikap bersangka baik apabila menerima resit daripada juruwang atau kasyier. Jangan mudah percaya!

28 Mac 2011

IBRAHIM ALI & RESOLUSI PERKASA DISOKONG

KONVENSYEN  tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai Ketua Setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

ibrahim ali pc at pwtcMenurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.(sumber: MKini,27/3/11)

TB sedih dan terasa hati juga kerana Datuk lbrahim Ali dan PERKASA terlepas pandang mengundang TB dan NGO yang TB pimpini daripada menghadiri konvensyen ini. Namun TB berfikiran positif dengan mengandaikan mungkin Datuk lbrahim Ali agak malu dengan TB. Hahaha....tidak apalah mungkin lain kali pada lain waktu.


Walau bagaimanapun TB sukalah mengingatkan kerajaan pimpinan DS Najib Razak, KSN, JPA janganlah sama sekali menggadaikan 6 pos KSU yang dinyatakan kepada bukan Melayu sekiranya adanya calon-calon Melayu yang layak,berwibawa dan beramanah Kita khuatir jika mula diberikan lama kelamaan bagaikan menjadi hak mutlak mereka pula suatu hati nanti. lngat, sejarah banyak mengajar kita.

. Peratusan jumlah kakitangan awam dan peratusan jumlah penduduk Malaysia keseluruhan yang terdiri Melayu,lslam,Bumiputer (MIB) wajib diambil kira. Kita tidak mahu jawatan KSU nanti dipolitikkan. Janganlah diambil kira sekiranya seseorang menteri itu bukan Melayu maka KSU juga hendaklah terdiri bukan Melayu. Janganlah rakyat diperbodohkan kali ini.


Kerusi menteri, senator dan ahli parlimen BN yang diwakili pun selama ini juga adalah hakikatnya IKHSAN daripada pengundi-pengundi Melayu.lngatlah, mulai saat ini gandingan Najib dan mahyuddin hendaklah bertegas! Jika mahu meritrokasi, laksanakalah betul-betul. Jika mahu demokratik, ingat-ingatlah suara demokrasi rakyat terbanyak; Melayu, lslam dan Bumiputera! Jika gandingan Najib-Mahyuddin bertukar menjadi telunjuk bertali bagai dicucuk hidung maka petunjuknya adalah PRU ke-13!!

NAIB CANSELOR ' GILA RANKING' DIGESA LETAK JAWATAN

NAIB CANSELOR atau Rektor mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang meminggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam Bahasa Melayu digesa supaya meletakkan jawatan kerana melanggar prinsip asas agenda nasional.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang ‘gila ranking’ itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.

“Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. Abdul Latiff berkata, dalam usaha sesebuah IPT untuk meningkatkan ranking, peranan mereka sebagai pendaulat bahasa tersebut juga perlu diutamakan supaya ia seimbang sebagai pemangkin pembangunan negara.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut. Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.

“Penyelidikan dan penerbitan yang dikeluarkan IPT dalam bahasa Melayu perlu diutamakan dan usaha mereka mendaulatkan bahasa ini perlu dihargai dengan pemberian anugerah dan sijil kecemerlangan tahunan,” katanya.(sumber:UM,28/3/11)

27 Mac 2011

SOKONG NAZRI AZIZ, MIC PERAK SEDIH: BAGAIMANA ISU INTERLOK?



 PENGERUSI MIC Perak Datuk S.Veerasingam berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datan (Kerusi: MIC Perak Sedih Kenyataan Nazri Aziz, TMI,27/3/11).

“Kami anggota MIC berasa sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri yang selama ini dilihat sebagai seorang yang berpengalaman,” katanya ketika mengulas kenyataan Nazri yang meminta MIC menyerahkan kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti komponen itu dikatakan boleh kalah jika ia terus bertanding di kawasan terbabit.

Veerasingam berkata sehingga hari ini, MIC bersahabat baik dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada pentadbiran negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata analisis daripada aktiviti ‘turun padang’ yang dijalankan oleh MIC mendapati peratusan kaum India menyokong BN kembali meningkat dan golongan yang tidak pernah mengundi juga kini tampil mendaftar bagi menyokong BN.

Katanya beliau berpendapat jika ada anggota BN yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang masalah dengan pihak MIC, mereka seharusnya menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat tertutup BN.
MIC diperuntukan dua kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah pada pilihan raya umum lepas, yang menyaksikan calon BN M. Saravanan memenangi kerusi Tapah manakala Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi di Sungai Siput.

Selain itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Panjang, Behrang, Sungkai dan Hutan Melintang kesemua calon BN yang diwakili oleh MIC, tewas kepada pembangkang.(sumber: Bernama)


TB berasa lucu apabila pasal kerusi mula timbul menjelang pilihan raya umum nanti. Apatah lagi MIC Perak meluahkan rasa sedih atas kenyataan Nazri Aziz yang mahukan MIC menyerahkan semula semua kerusi yang dijangka kalah kepada UMNO/BN kembali. TB sokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Nazri bercakap berdasarkan fakta dan demi survival politik semasa. Fakta tidak terikat dengan emosi dan nafu-nafsi. Selama ini pun, bukan setakat UMNO Perak sahaja yang amat berkompromi bahkan banyak kerusi UMNO di seluruh negara yang majoritinya pengundi Melayu, lslam dan Bumiputera telah diserahkan kepada MCA, MIC, PPP, Gerakan dan komponen-komponen lain.

Semua parti gabungan dalam BN dan juga PR harus menerima budaya celik mata pengundi-pengundi aliran sekarang; tidak kira pengundi lama mahupun baru yang mahu memilih calon; bukan parti. Justeru kerusi-kerusi selamat dek majoriti Melayu seperti parlimen Segamat (BN/MIC Datuk Seri Subramaniam), parlimen Hulu Selangor (P.Kamalanthan), parlimen Labis (BN/MCA Mr Chua anak Chua Soi Lek) dan banyak lagi harus difikirkan dan ditafsir kembali akan realiti,fakta dan info semasa. PR tidak teragak-agak akan menongkah arus dengan berani meletakkan semua calon Melayu/lslam/Bumiputera di kawasan majoriti ras tersebut tanpa sebarang kesangsian. Kerana apa? yang penting bagi PRU kali ini ialah menang dan kemenangan! 

Teringat TB akan desakan PENA (Persatuan Penulis Nasional) yang akan menggesa kempen tindakan tegas  tidak akan  mengundi mana-mana calon kaum lndia dari mana-mana parti pun yang kini masih terus berdegil dengan dolak-daliknya berhubung isu novel lnterlok karya SN Abdullah Hussain. Justeru, kata-kata Nazri Aziz tidak ada cacat celanya lantaran Nazri peka dan faham dengan isu-isu semasa dan aliran pemikiran pengundi Melayu kini yang terkenal dengan ketinggian tahap kesabarannya namun ada batasan dan penghujungnya. Sama-samalah kita lihat perkembangan selanjutnya.

26 Mac 2011

SURAT TERBUKA UNTUK UTHAYA SANKAR SB & INTERLOK




Rajiee Hadi
Mac 26, 11
3:26pm
Penulis rasa isu novel lnterlok semakin dibiarkan berlarutan dikhuatiri kelak masyarakat menganggap seperti ' kebudak-budakan'. 


Sejak awal lagi penulis menekankan bahawa sesiapa yang mahu bercakap mengenai novel lnterlok maka wajib dibaca dan dihayati. Jika tidak dapat dihayati maka membaca hanya sekali tidak memadai. Bacalah dua atau tiga kali ataupun beberapa kali yang disukai.


Penulis rasa tidak perlulah berhujah berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang Guru Bahasa Melayu, Guru Kesusasteraan Melayu, Pemeriksaan Kertas Peperiksaan Kesusasteraan Melayu SPM, penggiat kesusasteraan, penulis kreatif, wartawan sambilan, stringer sebuah akhbar arus perdana terkemuka dan lain-lain.


Tidak perlu penulis sebutkan yang 'lain-lain' lagi. Apatah lagi salah seorang ahli panelnya Uthaya Sankar SB dilaporkan oleh wartawan portal berita 'seorang novelis dan penulis cerpen terkenal'. Jikalau begitu, elok dan tahniahlah.

Soalnya; jika perbincangan tersebut dibincangkan dari sudut leksikologi , psikosastera dan psikolinguistik maka biarlah dibicarakan dari aspek tersebut. Dan sudah tentulah disiplin pembicara atau ahli-ahli panelnya juga berada dalam lingkungan tersebut.


Begitu juga andainya diperhalusi dari aspek sosiolinguistik,semantik, antropologi dan silang budaya maka keahlian dan kepakaran pembicara juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Bak kata bidalan Melayu; jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan tanah tinggi rendah; jika kail panjang sejengkal, janganlah lautan dalam hendak diduga; usahlah menangguk di air keruh; buang yang keruh,ambil yang jernih.

Kepada Uthaya Sankar SB yang penulis rasakan mewakili generasi anak muda pascamerdeka ataupun lebih tepat pasca-Malaysia; Uthaya tentulah mempunyai deria bara yang berkobar-kobar; semarak juang dan idealis memuncak.

Namun sebagai individu yang tahu sedikit sebanyak dunia penulisan, kreatif dan kreativiti adalah lebih baik Uthaya bercakap sebagai seorang seniman kreatif.

Apabila penulis membaca sebuah laporan daripada akhbar bahawa Uthaya juga salah seorang exco pemuda MIC maka penulis rasa agak kurang seronok dan dirasakan adalah malang jika Uthaya berfikir dan berdiri sebagai seorang exco pemuda MIC yang mana tentulah memakai kaca mata yang berkepentingan politik.

Walaupun ini hanya pendapat peribadi penulis sebagai sahabat dan rakan sesama penulis namun sewaktu pertemuan singkat dengannya sewaktu waktu dahulu penulis ada menyebut, " Jangan anda risau. Sesuatu bangsa atau individu itu akan dihormati dan dikagumi bukan kerana asal usul keturunannya tetapi kerana kejayaannya berjaya meningkatkan martabat diri dengan ilmu pengetahuan”.
Tegasnya, bukan kerana perkara-perkara yang remeh-temeh ini.

Sebenarnya penulis pun tidak mengenali sangat siapakah Uthaya Sankar SB ini. Maklumlah antara penulis dan beliau kami berbeza generasi.

Uthaya sudah pasti generasi pasca 13 Mei 69 yang mana era negara kita ke arah pembangunan dalam serba bidang; baik pendidikan, ekonomi mahupun pembinaan sosial.

Kebetulan semasa penulis bertugas di Negara Brunei Darussalam, pada awal pagi sering menonton RTM 1 slot laporan dan komentar akhbar-akhbar Malaysia lalu ternampak Uthaya di kaca TV yang pernah bekerja secara kontrak di RTM ketika itu.

Sebelum itu lama dahulu pernah penulis terserempak dengan beliau kerana ketika itu beliau satu-satunya anak muda keturunan lndia yang ikuti kuliah sarjana di Jabatan Persuratan Melayu UKM manakala penulis ketika itu sudah pun berjaya mendaftarkan diri sebagai mahasiswa PhD di UKM.

Ditakdirkan dalam kesibukan isu Interlok diperkatakan sana sini pada bulan Februari lalu, kebetulan penulis terserempak Uthaya di Shah Alam. Penulis sedang mencari bahan untuk satu projek penyelidikan manakala Sankar sibuk katanya kini bertugas sebagai wartawan di sebuah penerbitan.

Penulis seperti biasa, bertegur-sapa terlebih dahulu kerana berpegang kepada bidalan 'ular jika menyusuri akar takkan hilang bisanya'.

Oleh kerana komitmen dan hambatan waktu, penulis sekadar bertanya khabar dan berbual ringkas kerana kami saling memahami tanggungjawab masing-masing. Penulis bertanyakan tentang pengajian sarjananya di UKM. Beliau memberitahu pengajiannya tidak tamat, separuh jalan.

Penulis bertanyakan juga beliau mendapat ijazah pertama daripada universiti mana dan katanya dari Universiti Malaya dalam bidang pengajian media. Eloklah, ujar penulis jujur.

Apa yang penulis mahu nyatakan bahawa pada mulanya penulis menyangkakan mungkin Uthaya memperoleh disiplin linguistik Melayu atau antropologi ataupun dalam disiplin kesusasteraan Melayu seperti Lim Swee Tin sahabat lama penulis. Namun keadaan di sebaliknya.Tetapi tidak kisahlah.Yang penting ada minat, ada latar penglibatan dan ada kesungguhan.

Begitulah Uthaya Sankar yang penulis temui secara kebetulan. Kemudian penulis cuba memancing bertanyakan isu interlok. Tetapi mungkin situasi ketika itu, Uthaya cuba mengelaknya.

Penulis faham dan akur. Daripada situ penulis diberitahu olehnya bahawa kebolehannya berwacana dalam Bahasa Melayu kerana latarnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan bukan SJK Tamil dan tinggal di kawasan perkampungan Melayu bukan di estet.

Dengan selamba penulis bergurau bahawa jika begitu penulis lebih mengenali masyarakat lndia di Malaysia daripada beliau. Penulis jelaskan bahawa penulis membesar dan bergaul dengan kehidupan di estet sejak dilahirkan dan membesar dalam kelompok komuniti Melayu,Cina dan lndia.

Dalam erti kata lain, penulis sangat masak dengan tingkah ragam dan gaya resam masyarakat lndia ketika itu di estet. Bahkan apa yang ada dalam budaya pemikiran masyarakat lndia di Malaysia ini penulis dapat rasakan.

Sebab itu lnterlok yang penulis pernah baca pada tahun 1970, dapat penulis hayati kerana penulis merasakan terlalu hampir dengan kehidupan itu dan tiada masalah apapun jika tidak dipinda apa jua pun.

lni adalah hakikat dan realiti serta bukan penghinaan; dan merupakan silap faham dan prasangka sia-sia.

Mungkin Uthaya boleh bertutur bahasa Tamil tidak dinafikan. Namun jika dibandingkan latar kehidupan penulis dengan Uthaya yang berlatarkan masyarakat lndia maka penulis yakin melebihi beliau dari aspek latar walaupun penulis gagal untuk belajar bertutur dan menulis Tamil kerana tidak belajar di SJK Tamil.

Sekadar pengalaman membesar dan bekerja sambilan di estet semasa remaja serta pernah mengendalikan kelas tiusyen Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia untuk pelajar lndia yang mengambil SPM dan SRP (PMR) di estet pada tahun 1975. Ah, di manakah Uthaya ketika itu?

Justeru antara dipolitikkan dan disensasikan untuk meraih publisiti berhubung isu interlok yang belum berkesudahan; terserahlah kepada pembaca dan masyarakat untuk menilainya.
Kesimpulannya: Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. lkutlah rentak dan adat, 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.(sumber:MKini, 26/3/11)

VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK


DALAM budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).


Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."


Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).


Berbeza Dengan Kes Kezaliman


Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. 

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).


Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah(Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).


Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!
(sumber: Dr. Mohd. AsriZainul Abidin)

MENYELUSURI GEDUNG ILMU

Denai ilmu di tanah Seri Begawan kususuri
Jendela menghijau udara alam memagari
Mekar kelopak taman saujana lestari
Tersergam pesona dewan bagai sita dewi

Kampus kuliah pembangunan melakari
Siswa-siswi riang di kampus pagi
Ada gerak azam hasrat melatari
Setiap warga citra potret santun peribadi
lnstitut Teknologi Brunei kian mendepani hari
Brunei Darussalam UBD menara gading di jantung hati

Dan musim kian mendatang
Universiti Kolej Perguruan Ugama bertandang
Martabat dan harapan terus dijulang
Demi agama terbilang dan warisan gemilang
Bagai kampung air sejarah yang tidak menghilang

Gelojak waktu deras arus bergerak
Gedung ilmumu kian berentak pencak
Omar Ali Saifuddin universiti persada puncak
Sarjana ulama semenda bicara daulah lslamiah
Daulat Tuanku Ke Bawah Menjunjung Duli
Menyelusuri gedung ilmu persis segar mentari!

RAJIEE HADI
Bandar Seri Begawan,Brunei,
November 2007.
(BAHANA, Februari 2009)telah disiarkan dalam TB pada 6/8/10

VIDEO SEKS TERKINI! : BOLEH GUNA TEKNIK LATEX PERFECTION?

PEMALSUAN video seks Anwar Ibrahim guna Teknik Latex Perfection?



Persoalannya.. Adakah mustahil seseorang itu boleh ditukarkan wajahnya dengan wajah orang lain tanpa cacat cela sedikit pun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun tidak dapat mengecamnya? Dengan perkembangan teknologi dunia sekarang, semua itu adalah tidak mustahil.

Teknologi itu sudah lama wujud di Hollywood! Mereka menggunakan apa yang dipanggil “latex perfection” untuk menukarkan wajah seseorang daripada muda kepada tua dan sebaliknya. Daripada perempuan kepada lelaki, daripada berkulit putih kepada berkulit hitam, daripada John malkovich kepada Arnold Shwezenegger!


“Full-head latex masks саn bе mаԁе ѕο реrfесtƖу thаt іt іѕ impossible tο tеƖƖ thе wearer frοm thе person hе іѕ impersonating until thе moment hе pulls οff hіѕ face bу grabbing аn invisible seam аt thе back οf hіѕ jaw. Even close acquaintances аnԁ family members wіƖƖ bе fooled. Masks οf thіѕ quality саn completely alter thе shape οf thе wearer’s face аnԁ head, even tο thе point οf mаkіnɡ thеm thinner οr smaller аѕ needed, regardless οf common sense οr physical law. Best οf аƖƖ fοr those whο need thеm, masks οf such exquisite detail саn bе mаԁе without resorting tο casting thе face οf thе target — a couple οf small black-аnԁ-white photos wіƖƖ ԁο јυѕt fine аѕ a reference.” baca selanjutnya di sini..http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LatexPerfection

Lihat gambar di bawah. Percayakah bahawa wajah wanita tersebut boleh dimekap sehingga menyerupai lelaki berkulit gelap tersebut?


Lihat video di bawah..
Berkaitan dengan  kes Anwar Ibrahim.. Adalah tidak mustahil seseorang itu boleh ditukarkan kepada wajahnya tanpa cacat cela sedikitpun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun boleh tertipu dengannya. Apakah tidak mungkin seseorang yg begitu terdesak boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk mengupah seseorang untuk melalui proses transformasi latex perfection ini dan melakonkan adegan panas dan berani seolah-olah mangsa konspirasi fitnah itu yang melakukannya? Tidak mustahil bukan?
Atau, mungkin juga boleh guna teknologi seperti ini. sila KLIK SINI! untuk melihat video tersebut.

Oleh itu wahai saudara- saudariku sekalian, ambillah ingatan tentang ayat ini..


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”

Mengapa Allah perintahkan 4 saksi? Kerana manusia boleh memanipulasikan apa sahaja untuk mencapai hasrat kotor mereka.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Apapun wallahualam, hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui.(sumber disesuaikan daripada Solihin Zubir).

25 Mac 2011

VIDEO SEKS: POLIS SIASAT LOKASI, RISDA NAFI TERBABIT

SIASATAN polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata, siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh 
maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.


Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.


"Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir.( sumber: UM,25/3/11)


TB sudah menjangka isu ini kian berlarutan dan bertambah sensasi. Antara dendam dan sakit hati berpanjangan sememangnya tiada berkesudahan andainya tidak berpegang kepada 'tali Allah' iaitu al-Quran dan Hadis. Apa gunanya jika menang jadi arang, kalah jadi abu. Melayu sesama Melayu sengketa, Cina dan lndia adakah mahu menjadi orang tengah sebagai pendamai seperti Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang bertindak sebagai orang tengah pendamai apabila cina sesama cina bertelingkah dalam MCA?Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya!

TUKAR TIUB & TENTANG CERITA MASA DEPAN



DARI jauh aku ternampak di gigi jalan masih banyak meja kosong. Ini waktu peralihan – agak terlewat untuk minum petang dan agak terlalu awal untuk makan malam. Kalau mengikut apa yang dikesahkan oleh arwah Nenek aku – ketika inilah hantu banyak berkeliaran. Waktu-waktu bagini mengikut arwah Nenek, Sang Hantu sedang berpesta.

Pada waktu ini juga aku telah bersedia untuk menjadi hantu. Lalu aku menarik sebuah kerusi dan duduk. Aku melihat diri aku kesaorangan duduk di meja bulat yang besar. Café ini telah lama menjadi pilihan. Aku sengaja menggunakan perkataan café disini – untuk mengingatkan kota Paris. Tetapi ini bukan café di kota Paris – ini kedai kopi China Apek dekat Jalan Petaling.

Aku menggamit Apek Seluar Pendek Berbaju T. Lalu meminta secangkir teh China. Kalau di kota Paris aku telah memesan secangkir air anggur merah. Aku tak punya alasan kenapa aku memesan the China. Mungkin nak mejaga kesehatan.

Di hadapan ada lagi sebuah meja bulat besar. Di meja hadapan seorang lelaki yang aku tidak pasti mukanya kerana belakangnya berhadapan dengan aku. Disebelahnya seorang gadis China – mungkin awal tiga puluhan. Aku yakin ini China Doll kerana bunyi Mandrin yang aku dengar dari mulutnya. Skirtnya yang pendek menampakkan pehanya yang gebu meyakinkan aku lagi bahawa perempuan China ini sedang berniaga.

Jalan tidak sibuk. Yang banyak mundar- mandir hanya anak anak muda dari Eropah yang mungkin menginap di hotel-hotel murah yang banyak di wilayah ini. Tidak kelihatan langsung Minah Cun atau Awang Kiut yang biasanya melaram di daerah ini.

Teh cina aku sampai. Aku terperanjat besar. Si Apek tersenyum simpul seolah-olah meminta maaf. Harga seteko kecil telah melonjak ke tiga ringgit – dari dua ringgit. Si Apek dengan senyum cuba menerangkan bahawa semua barang telah naik harga. Lalu aku bertanya tentang harga secawan kopi o, secawan teh susu tanpa gula dan dan dan. Aduh! Semuanya telah berubah.

Tetiba lelaki di hadapan aku menoleh dan berkata ‘ nak pergi Genting’. Aku tak tahu kenapa dia berkata demikian. Apakah muka aku muka seorang penjudi. Kemudian dia bertanya apakah aku ini anak Malaysia. Ini satu soalan yang amat sering aku terima. Aku mengangguk. Dia menoleh dan berkata sesuatu kepada China Doll. Mungkin dia menerangkan bahawa aku ini bukan bakal pelanggan.

Belum sempat aku menuangkan teh aku ternampak seorang perempuan India di gigi jalan. Aku memberi senyuman percuma. Ini satu perlaboran yang tidak memerlukan wang ringgit. Pelaburan yang telah aku perbaiki hingga menjadi satu seni. Seni yang telah aku gunakan dari benua ke benua. Kadang-kadang berjaya – kadang-kadang gagal. Jika tidak melabor kita tidak tahu dengan siapa kita  akan berkongsi bantal.

Achi ini tersenyum kembali. Aku memberi bahasa badan mengajak dia duduk di meja aku. Lalu Si Achi datang untuk berkongsi di meja bulat. Aku tidak kesaorangan lagi.

Si Achi bertanya apa yang aku buat sendirian. Aku pula bertanya asal -usul si Achi ini. Aku adalah insan yang paling kurios. Insan yang tak sudah sudah ingin tahu akan kesah hidup orang-orang seperti Si Achi. Ada sesuatu yang menarik aku. Ketika di sekolah menengah dahulu aku tertarik dengan dunia Siti Salina ini. Aku juga terus bertanya dimana bermulanya dunia Suzie Wong.

Aku merasakan Salina, Suzie dan Si Achi ini lebih jujur dari ramai Sang Isteri yang di goddam suami. Kalau mahu mengoddam Siti Salina atau Suzie Wong kita perlu membayar. Kalau Sang Suami menggodam Sang Isteri bukan sahaja digoddam malah dijadikan hamba - memasak, menjaga anak, membasoh, membersih rumah – tanpa satu sen bayaran. Oh! Disini politik feminis aku mula muncul.

Nah ! Si Achi ini menerangkan kepada aku bahawa badannya boleh di pakai untuk menjadi penyedap. Dengn harga yang berpatutan – 50 ringgit untuk satu jam. Wow! Aku terbarai ketawa. Untuk aku satu jam ini agak lama. Apa yang harus aku buat satu jam bersama Si Achi ini? Apakah aku perlu terus bergumpal dan bergusti dengan Si Achi ini untuk memastkan aku tidak kerugian 50 ringgit. Aku ketawa sendirian.

Ketika aku terus ketawa Si Achi ini terus bersurah. Dia berasal dari Bahau. Datang dari keluarga miskin. Duduk dan memburuh dalam ladang sawit. Walau pun miskin dunia Achi ini pada satu ketika dahulu cukup indah. Dia disayangi oleh Sang Suami dan mendapat dua cahaya mata. Tetapi semunya berubah. Mereka diminta meninggalkan ladang kerana kawasan ini telah berubah.

Lalu keluarga ini berpindah untuk mencuba nasib di kota. Mereka mendirikan rumah setinggan dan menjadi penduduk miskin kota di wilayah Sungai Way. Sang Suami membuat itu dan ini. Dalam kemiskianan anak mereka tidak bersekolah. Hidup dalam kota tidak menjanjikan apa-apa.

Satu ketika merka diminta berpindah lagi kerana tanah yang mereka duduki akan menjadi kawasa perumahan mewah. Kali ini nasib agak baik. Keluarga mereka diberi peluang untuk memiliki rumah murah di Perumahan Baiduri. Kelihatan dunia semakin cerah. Tetapi tidak lama kerana ditakdirkan satu hari ketika memboceng bersama suami motosikal mereka dilanggar lori. Sang Suami meninggal dunia dalam kemalangan ini. Mengikut Achi ini terjadi pada tahun 1999 dahulu.

‘Lihat ini..’ Si Achi membongkok dan menunjukkan kepada aku parut di betisnya. Aku ternampak otot betisnya telah berubah menjadi kecil. Apabila sang Suami meninggal maka kehidupan menjadi porak peranda. Setiap bulan perlu ada 363 ringgit untuk membayar hutang rumah.

Si Achi mengambil talipon bimbit. Dia menalipon. Dia bercakap dalam bahasa yang aku tidak faham. Tapi dari lunak bahasanya pasti dengan orang yang disayang. Betul. Tepat.

‘Anak.. di Melaka ..dah kahwin duduk dengan suami. Anak jantan pun di Melaka. Dia juga dah kahwin.’ Bila aku tanya apakah telah ada cucu Si Achi menggeleng kepala. Apakh Si Achi ini berkata betul tidak dapat aku pastikan ini kerana anak yang tua berumur 28 tahun dan yang perempuan berumur 25 tahun.

‘Setahun sekali hari raya mereka datang.’ Si Achi menyambung surah. Dia menerangkan yang kini dia hidup bersendirian. Mengikut Achi jika dia bernasib baik dalam masa empat atau lima tahun lagi mungkin rumah ini akan selesai dibayar. Dia akan memiliki rumah sendiri.

Aku berfikir apakah dalam masa empat tahun lagi masih ada jantan yang ingin menyewa badan Si Achi ini. Ketika ini umurnya juga telah agak lanjut berbanding dengan China Doll yang duduk dihadapan aku. Malah ramai pendatang baru yang genit dan bergetah dari Indonesia telah mula membuka panggung di wilayah ini. Pendatang pendatang baru yang muda muda ini akan memberi siangan hebat.

Tetiba aku meminta maaf kerana ingin bertanya pekara yang agak sulit. ‘ Achi satu malam dapat berapa pelanggan?’

‘ Dapat lah tiga empat ekor…. China ada .. Melayu ada… India ada. Tapi jantan ini datang lewat malam lepas jam sepuluh. Awal-awal macam ini jantan ini malu’. Dengan bangganya Si Achi menerangkan sejelas mungkin pada aku.

Apabila aku mendengar perkatan ‘ekor’ ini aku terbarai ketawa. Aku rasa untuk Si Achi ini Si jantan yang datang ini bukan manusia tetapi hanya pelanggan. Ini contoh terbaik sikap seorang yang professional. Alangkah beruntungnya negara ini jika Si Achi ini ketika membesar dahulu disekolahkan. Pasti dengan sikap profesional ini dia akan bijak untuk menjadi CEO disebuah syarikat GLC kita.

Kemudian aku bertanya tentang keselamatan kerana Achi bekerja diwaktu malam hingga subuh. Achi menerangkan bahawa dia merasa agak selamat bekerja di wilayah ini. Pada waktu petang dia akan datang bekerja dengan bas atau keretapi. Dia hanya membawa beg tangan yang agak besar. Di dalamnya ada cermin muka kecil, bedak, gincu dan beberapa keping kondm.

Si Achi telah cekap dan berpengalaman. Dia telah membuat kerja ini hampir enam tahun. Dia dapat membaca siapa yang betul betul gersang dan ingin belayar dengannya dan siapa yang cuma ingin datang meraba-raba punggungnya dibelakang lorong-lorong gelap ini.

Kedai kopi dimana aku selalu melepak adalah pusat perempuan-perempuan peghibur malam ini berkumpul. Kedai kopi ini letaknya agak stratejik. Di sekitar kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Tuan empunya hotel telah ‘dikautim’ dan tidak melarang Achi membawa pelanggan. Malah bilik boleh disewa mengikut jam. Dibilik yang sama juga Achi boleh berehat jika telah terlalu lewat malam.

Ketika kami bersembang datang dua orang lagi perempaun India ke meja kami. Mereka berdiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Dari pemerhatian amat jelas dua perempuan ini adalah pemadat. Mereka kurus dan agak comot. Salah seorang kelihatan bermata kuyu - terbuka terkatup matanya kerana serangan dadah.

Oh hampir aku terlupa. Awal tadi ketika aku mula membuka mulut pada Si Achi aku telah bertanya sama ada dia jantan atau perempuan. Aku agak was was kerana di wilayah ini agak susah untuk dikenal pasti yang mana jantan dan yang mana perempuan.

Achi ketawa dan berkata, ‘ kalau saya pondan saya lagi cantik…’ Aku minta maaf dan memberi alasan yang cermin mata aku telah kabur. Achi hanya tersenyum. Kemudian tanpa aku meminta Si Achi mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kepada aku.

‘ Saya orang Islam… tengok…’ Dengan bangga dia berkata.

Aku membaca namanya Zaharah Bee. Gambar mukanya Ache yang agak muda. Mukanya dibalut dengan kain tudung hitam seperti perempuan Shiah yang sering aku lihat gambar dalam internet.

Aku terperanjat kenapa Achi memberikan kad pengenalan kepada aku. Apakah kerana dia ingin memberitahu bahawa perkerjaan ini melintasi agama. Atau hanya ingin membuktikan bahawa dirinya binte dan bukan bin. Apa pun alasan yang ada dalam kepala Achi ketika membenarkan aku melihat kad pengenalannya tidak penting.

Yang penting ialah pada malam itu aku mengenali seorang lagi warga di bumi ini yang telah tercicir dan terpinggir. Kemiskinan pastilah salah satu punca. Si Achi ingin lari dari kemiskinan. Dia wajib mencari 363 ringgit sebulan untuk membayar hutang rumah. Hidup dalam kota bukan enteng. Semuanya memerlukan wang.

Pernah memburuh di ladang sawit, pernah memburuh di kilang tapi hidup masih tidak berubah. Kini umur telah lewat. Tidak mungkin dapat mencari duit dengan membanting tulang. Dulu di Bahau Achi berdiri di belakang pokok sawit kini Achi berdiri di belakang tiang di lorong gelap Jalan Petaling.(disesuaikan dan sumber daripada Tukar Tiub,25/3/11)

VIDEO SEKS LAGI: GAJAH SAMA GAJAH BERPERANG

SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun yang silam ,termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu  akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.

Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa,lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Poutugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskan Melaka.

Apakah rahsia kemenangan Portugis? Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.

Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat kependekaran dan juang orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.Kerana kebanjiran pendatang-pendatang dan pedagang-pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama  lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.

Justeru, kini datang lagi setelah ratusan tahun. Apakah sejarah akan berulang? Demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah.'(TB)

24 Mac 2011

NAJIB AND THE STRUGGLE FOR BAHASA MELAYU

THE National Language activists and the Malays in Malaysia should hear with relief the speech by Prime Minister, Najib Tun Razak at the final of the International Malay Language Oratory Contest for the Prime Minister’s Cup.

The speech embodies the hope and reflects the love of the country’s top leader towards the Malay language. They will know that Bahasa Melayu will be in the safe hand and its future will be given a boost by Najib and the government.

This year’s International Oratory Contest participated by 50 contestants from 65 countries is the manifestation of Najib’s commitment in ensuring that Bahasa Melayu continue to be the language of the world. He was responsible for introducing the contest five years ago when he was then Deputy Prime Minister.In his speech , Najib admitted to the fact that Bahasa Melayu could not escape from the challenges and pitfalls, and he promise to ensure that all the policies formulated by the government continue to contribute to the development and strengthening of Bahasa Melayu, nationally and internationally.

There are 6,000 languages still spoken in the world but only 20 are accorded the official status.
According to the Prime Minister, Bahasa Melayu is among those 20 with the total of 300 million people speaking the language. Bahasa Melayu is the fifth biggest language spoken throughout the world.
At the end of the international language oratory contest, Malaysia will have dozens more of young friends from 56 nations.


The effort to internationalise Bahasa Melayu and promoting Malaysian culture, tourism and harmony will surely take a giant leap from the international Malay language contest and the side activities. This is to ensure that Bahasa Melayu will not suffer extinction but continue to grow and glow.


The lesson learn from the contest are many especially to those whose mother tongue is Bahasa Melayu. 
It is for this reason that Najib said the eloquence of the young from foreign countries speaking in Bahasa Melayu with such an articulate and polish language in expressing their ideas is “actually a cynicism directed at many of us who are so fond of using concocted language in our daily conversation, and even in official writing.”
Bahasa Melayu is our language so if we don’t love our own language and fail to wholly strengthen it.Love our language, Bahasa Melayu our National , Official and Unity Language .(from UM & edited by TB)