Salam Perjuangan

08 Ogos 2011

IPGM DAN PhD: APA MAKNANYA?


AWAL tahun ini Kementerian Pelajaran mengiklankan Pensyarah Cemerlang 2011 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang bertugas di Institut Pendidikan Guru (IPG). Baru-baru ini, IPG dan Jemaah Nazir menjalankan penyeliaan dan penilaian terhadap pensyarah yang terpilih.

Persoalan yang timbul ialah mengapa ada pensyarah IPG yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tidak terpilih untuk diselia dan dinilai dalam bidang kepakaran yang dimohon, sedangkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. KPM menyatakan margin yang tinggi diberikan kepada PPPS yang memiliki ijazah PhD dalam laluan kerjaya pensyarah atau guru cemerlang tetapi nampaknya penetapan ini tidak membawa makna apa-apa kepada PPPS PhD di IPG.

Dari segi penguasaan ilmu dalam bidang kepakaran yang dimohon, sudah pasti pensyarah yang memiliki PhD dalam bidang yang dipohon menguasai ilmu berkenaan lebih baik daripada pensyarah yang tidak memiliki ijazah kedua dan ketiga dalam bidang itu.
Ada pensyarah yang dipilih memiliki ijazah pertama dalam bidang yang dimohon tetapi ijazah kedua dalam bidang lain. Ini bertentangan visi IPG seperti yang diuar-uarkan oleh IPG sendiri. 

Ada juga pensyarah yang terpilih tidak menghasilkan apa-apa penyelidikan, penulisan atau penerbitan buku atau artikel, tidak membentangkan kertas kerja pada sebarang peringkat sama ada kebangsaan, zon atau antarabangsa.  Pihak rektor IPG dan Jemaah Nazir perlu melihat semula perkara ini. 

Beri ruang kepada pensyarah PhD di IPG untuk diselia dan dinilai kebolehan dan kepakaran mereka, ketepikan perasaan kronisme dan bersikap telus. (sumber: PhD Kecewa, Alor Setar,6/8/11)

TB: Isu di atas bukan sesuatu yang baru. Sebenarnya JPA tidak patut dipersalahkan jika berlaku 'kecacatan' dalam kenaikan pangkat warga pendidikan Dalam bahasa yang mudah, 'guru sesama gurulah' yang merosakkan sistem dan prosedur yang telah disusun atur bagi kenaikan pangkat..

TB akui selepas tahun-tahun 2005 hingga kini peluang kenaikan pangkat para penjawat guru PPPS untuk ke gred 44,48,52,54 dan seterusnya agak tidak begitu rigit seperti tahun-tahun terdahulu; yang penuh kecemburuan,nepotisme dan kronisme. Sebab itu, jika anda hilang kepercayaan, demi maruah lebih baik anda bersara pilihan demi harga diri. 

Tetapi tidak semua penjawat boleh bertindak sedemikian.Bayangkan jika anda memiliki PhD tetapi individu atau pihak yang menilai anda cuma memiliki ijazah pertama atau jika bernasib baik pun memiliki sarjana.Cuma yang membezakan penilai anda memilki setakuk dua gred pangkat lebih tinggi daripada anda. Anda layak tetapi siapakah yang mahu mengiktiraf jika mereka ada rasa cemburi melampau yang negatif yang mana khuatir anda akan melangkaui para penilai tersebut? 

lnilah dilema yang bertahun-tahun di KPM. TB pernah menemui seorang pensyarah sarjana syariah dan pakar dalam khat dan tulisan jawi serta pernah berjasa di sebuah lPGM . Dialah pencipta logo dan beberapa dekorasi khat di maktab itu. Namun sehingga ke akhir persaraan wajibnya pihak ketua jabatannya tidak mencadangkan agar dia dinaikkan pangkat pensyarah pakar. Dia   berasa amat kecewa. lnilah senario yang pernah berlaku 10 tahun dahulu! Jawapannya mudah: Selagi manusia bersikap tamak,dendam kesumat,iri hati dan cemburu maka selagi itulah kisah ini berlaku dan terjadi lagi. 

Tiada ulasan: