ABSTRAK
Masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah kerap diperkatakan saban masa. Namun demikian, masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan. lnstitusi sekolah adalah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang kelak bakal melahirkan modal insan berkualiti .Sampel kajian di sebuah sekolah menengah agama di negeri Selangor dalam menangani disiplin pelajar bermasalah ini bertujuan mengenal pasti peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Faktor yang dikaji ialah profil pelajar, faktor-faktor penyumbang dan persepsi pelajar terhadap peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling . Seramai enam pelajar dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif . Soalan protokol telah digunakan terbahagi kepada tiga persoalan pokok. Data dianalisis dengan menulis semula perbualan yang dirakam, kemudian dikategorikan mengikut persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor diri pelajar, keluarga, rakan sebaya dan pembelajaran mempengaruhi masalah disiplin pelajar. Walau bagaimanapun, faktor rakan sebaya adalah faktor utama yang banyak mempengaruhi . Persepsi responden menunjukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memberi impak baik khususnya terhadap aktiviti pelajar bermasalah disiplin. Justeru, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar; khususnya di sekolah-sekolah menengah agama di Malaysia.
(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan