Salam Perjuangan

19 Ogos 2011

ASID : SEKAT DAN KENAKAN HUKUMAN KANUN KESEKSAAN


Kawalan dan pemantauan secara berterusan terhadap kaedah penjualan asid secara terbuka perlu dipandang serius oleh kerajaan bagi membendung kegiatan simbahan asid yang semakin berleluasa di negara ini.


Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, kerajaan perlu mengadakan kawalan dan pemantauan yang lebih ketat terhadap penjualan cecair asid itu kepada orang awam.
"Pemantauan yang berterusan terhadap kedai-kedai yang menjual bahan itu perlu dilakukan selain mengenakan syarat tambahan iaitu semua pembeli asid perlu didaftarkan.

"Kita juga meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada supaya hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pesalah terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian yang menimpa Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka akibat disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya pada 8 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Pengurus Larian Sahara, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula kaedah penjualan asid secara terbuka kepada orang ramai.
"Kejadian simbah asid seperti telah menjadi satu trend baharu di negara ini apabila satu demi satu kes berlaku," katanya.(sumber:UM,19/8/11)

Tiada ulasan: