|
MA'HAD Islam Brunei petang kelmarin mengadakan majlis bersungkai (berbuka puasa) bagi warga sekolah berkenaan khususnya penuntut-penuntut asrama bersama Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama yang di ketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun Juned.
Majlis bersungkai bersama Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama ini yang diadakan di Surau 'A' Ma'had Islam Brunei Tutong dimulakan dengan membaca surah Yasin dan tahlil kemudian diikuti dengan bersungkai dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah.
Menurut salah seorang guru sekolah berkenaan antara tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai salah satu dari aktiviti tahunan Jabatan Pengajian Islam di samping untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di antara Pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam dengan warga Ma'had Islam Brunei, khususnya penuntut-penuntut yang tinggal di asrama.(sumber:MP,14/8/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan